Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Cubalah 7 Contour Sticks Ini Untuk Dapatkan Raut Wajah Runcing Tanpa Perlu Buat Pembedahan

Lakukan teknik untuk dapatkan jawline yang sempurna

Tahukah anda terdapat 2 teknik yang berbeza untuk anda memakai contour iaitu highlighting and shading. Highlight berfungsi untuk menonjolkan sesetengah bahagian muka seperti tulang pipi, dahi, hidung dan atas bibir. Manakalah shading pula untuk menonjolkan features wajah anda agar kelihatan mendalam. Terdapat pelbagai jenis produk contour di pasaran yang sememangnya dapat mengikut keperluan anda. Namun, kesemua jenis produk contour memberikan efek yang berbeza. 

Contour jenis bedak memberi hasil pigmen lebih lembut dan tidak pekat untuk penampilan muka yang halus. Manakala contour jenis krim dan stick pula memberi pigmen yang tinggi, senang untuk melakukan teknik blending dan kesan muka anda akan menjadi lebih runcing dengan ketara. Kerana terdapat banyak jenis produk contour, senarai produk dibawah mungkin dapat membantu anda serba-sedikit;

Contour stick murah dan mudah untuk beginner
mulai
RM23.12
Semak RIMMEL Insta Duo Contour Stick harga dibawah:

Selain daripada harganya yang berpatutan dan senang didapati, contour stick Rimmel ini mempunyai formula berkrim yang meluncur lembut di atas kulit anda. Bukan itu sahaja, contour stick Rimmel ini amat mudah serta mesra pengguna untuk beginner kerana ia mempunyai dwi-fungsi sebagai contour dan highlight. 

Contour stick ini dibuat khas untuk solekan ‘photo ready’ yang akan membuatkan anda kelihatan flawless di dalam foto. Warnanya juga sesuai untuk kebanyakan tona kulit dan senang untuk digunakan.

Contour stick multifungsi 2-dalam-1 dengan highlighter
mulai
RM30.10
Semak Maybelline Face Studio V-Face Duo Stick harga dibawah:

Terkandung formula yang tidak mengeringkan kulit, ianya meluncur lembut ke atas kulit wajah. Kini, anda juga mampu mempunyai bentuk wajah V yang runcing dan menawan. Berbentuk nipis dan tirus, contour stick ini amat sesuai untuk dijadikan pembayang pada hidung serta melakukan teknik cupid’s bow buat efek hidung lebih mancung dan tirus. 

Dengan menggunakan highlighter pada contour stick ini, anda juga telah menjimatkan masa dan wang. Produk contour stick + highlighter ini mesra travel kerana anda tidak perlu membawa banyak barang solekan yang hanya akan memakan ruang.

Contour stick dari drugstore yang popular pilihan pengguna
mulai
RM33.96
Semak WET N WILD Dual Ended Contour Stick harga dibawah:

Apabila bercakap tentang jenama kosmetik drugstore yang dipercayai ramai, Wet N Wild adalah salah satu jenama kosmetik yang sering mengeluarkan rangkaian berkualiti dan popular. Produk contour stick-nya juga tidak ketinggalan menjadikannya produk terkenal dengan formula berkrim dan pigmen yang tinggi. 

Dengan kemasan dewy, contour stick ini amat sesuai untuk pengguna berkulit kering ataupun yang mahukan solekan natural. Produknya juga mesra pengguna serta mudah digunakan kerana mempunyai dwi-fungsi sebagai contour dan juga highlight.

Contour stick bertekstur krim yang terbaik
mulai
RM55.00
Semak NYX PROFESSIONAL Makeup Wonder Stick harga dibawah:

Contour  stick 2-in-1 ini mempunyai tekstur yang berkrim dan senang di oles pada wajah. Kerana teksturnya yang berkrim dan lembut, produk ini amat sesuai untuk jenis kulit kering dan juga yang mahukan solekan nipis untuk memberikan wajah tampil dengan efek dewy.

Disebabkan itu juga, produk ini amat sesuai untuk full-face makeup kerana formulanya yang nipis tidak akan menyebabkan solekan anda menjadi cakey dan tebal sehingga tampak bercapuk.

Contour stick tahan lama, tidak perlu aplikasi setiap masa
Sephora Collection
mulai
RM52.00
Semak Sephora Collection Color & Sculpt Stick harga dibawah:

Didatangi dengan dua tona untuk kulit cerah dan gelap, produk daripada Sephora ini tahan lama dan juga mempunyai kemasan matte. Dengan produk contour stick yang mudah dioles pada wajah, sapukan sahaja dengan hanya menggunakan tangan kerana teksturnya berkrim membuatkan ianya amat senang untuk digunakan.

Anda boleh menggunakan contour stick ini untuk full-face makeup yang akan membuatkan wajah anda tampak tajam ataupun menggunakannya secara nipis untuk hasil bronze dan sun-kissed yang natural.

Contour stick untuk tona kulit gelap dan eksotik
Fenty Beauty
mulai
RM82.00
Semak Fenty Beauty Match Stix Matte Skinstick harga dibawah:

Siapa yang tidak kenal dengan jenama Fenty Beauty, rangkaian produk solekan terkenal keluaran artis antarabangsa Rihanna ini? Formulanya amat senang dioles dan sesuai untuk anda yang inginkan solekan dari natural ke glamor. Walaupun kemasannya matte, ianya tidak meengeringkan muka. Jadi kulit jenis kering juga sesuai mengenakan produk ini. 

Produk ini juga multifungsi kerana anda boleh menggunakan tona yang cair sebagai highlighter dan concealer manakala tona gelap sebagai contour.

Contour stick sesuai untuk kulit berminyak
Nudestix
mulai
RM145.00
Semak Nudestix Matte All Over Face Color Blush and Bronze harga dibawah:

Contour stick ini dilengkapi dengan berus yang tersambung dibahagian belakangnya membuatkan sesi bersolek anda menjadi lebih pantas dan efisyen. Sesuai digunakan sebagai solekan harian untuk ke tempat kerja. Produk contour stick mengandungi formula multifungsi yang membolehkan anda menggunakannya di keseluruhan bahagian wajah seperti mata, pipi, rahang, hidung, dagu dan bibir. 

Dengan kemasan matte yang sesuai untuk kulit berminyak, contour stick ini akan menjadikan kulit wajah anda tampil sun-kissed yang memikat!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article