Product in this article

Pernahkah anda terfikir bagaimana wanita di Korea menjaga kulit mereka agar sentiasa bersih dan cerah dari parut jerawat, kesan cela dan kekusaman? Wanita Korea amat menitikberatkan warna kulit mereka membuatkan banyak produk penjagaan wajah tertumpu kepada produk pencerahan. Namun, produk pencerah bukan sahaja untuk memutihkan tona kulit malahan ia juga membantu mengembalikan tona kulit yang sebenar, meratakan tona tidak sekata, menghilangkan parut dan juga kesan kulit sunburn. 

Produk pencerah membantu kulit anda yang bermasalah untuk kembali bersih dan bebas daripada tona tidak sekata. Ianya berfungsi untuk menghapuskan sel kulit mati dan pembentukan melanin. Mari kita lihat produk pencerah yang popular yang diterbangkan khas  dari Korea ini.

1. NEOGEN Bio-Peel Gauze Peeling Lemon (200ml)

Atasi masalah kulit kusam dengan kuasa lemon

Harga mulai RM64.80

shopping_cart Lazada Malaysia RM64.80 shopping_cart Shopee Malaysia RM69.90

Ekstrak lemon bertujuan untuk membantu dalam mencerahkan kulit dan membuang sel mati yang menyebabkan kekusaman pada kulit wajah. Direka dalam bentuk pad kapas pantas menyerap cecair toner dan diperkaya dengan khasiat jus lemon. Ianya menggunakan pendekatan seperti exfoliating toner, anda hanya perlu sapukan sahaja pada kulit wajah seperti menyapu toner. 

Pad kapas yang digunakan pula akan membantu dalam proses pengelupasan sel kulit mati pada lapisan wajah yang terdedah supaya berlaku proses pengelupasan kulit kusam dan mendedahkan kulit baru lebih cerah, segar dan lembut.

2. SECRET KEY Snow Whitw Moisture Cream

Rahsia wanita Korea menghilangkan parut jerawat degil

Harga mulai RM50.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM50.00 shopping_cart Hermo Malaysia RM72.90

Krim pelembap penuh dengan ejen pencerah Snow White Booster seperti Glutathione, serbuk mutiara dan Marronier Extract yang mencerahkan wajah secara keseluruhan serta membantu menghilangkan parut jerawat degil dan gelap. Krim ini amat sesuai untuk semua jenis kulit kerana bertekstur gel, sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak dan kombinasi. 

Rumusannya menggunakan khasiat asid Hyaluronik dan Niacinamide pula membuatkan krim ini juga sesuai dengan pengguna berkulit kering yang akan menghidrat dan mengunci lembapan supaya kulit menjadi lebih anjal.

3. The Face Shop Rice Water Bright Foaming Cleanser

Pencuci muka untuk mencerahkan kulit dengan khasiat air beras

Harga mulai RM19.90

shopping_cart Wynora RM19.90 shopping_cart Hermo Malaysia RM43.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM24.80

Sesuai untuk semua jenis kulit, pencuci muka ini amat menggagumkan. Walaupun bertekstur foam berbusa, ianya baik untuk kulit berminyak. Formula pencuci muka ini tidak akan mengeringkan kulit anda malahan ia akan melembap dan menghidrat dengan baik, menjadikan pencuci muka ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Dengan khasiat air beras dan minyak Moringa, ianya adalah ramuan pencerah semula jadi yang telah lama digunakan sebagai rawatan penjagaan kulit. Air beras akan mencerahkan, menyegar, melembap sambil mendetoks kulit agar kulit tampil berseri dan luminous.

4. COSRX Galactomyces Alcohol Free Toner (150ml)

Toner ajaib untuk mencerahkan wajah anda

Harga mulai RM44.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM44.00

Samada anda mempunyai masalah tona tidak sekata, parut, masalah pigmentasi ataupun kulit kusam dan sunburn, amalkan rutin pencerahan dengan menggunakan toner pencerah. Toner Cosrx ini mengandungi teknik pentapaian Galactomyces yang akan bantu mengelupas sel kulit mati supaya wajah anda kelihatan bersih, sekata dan berseri dari dalam. 

Jangan risau! Produk ini bebas dari alkohol dan tidak akan memedih serta mengiritasikan kulit anda. Maka, amat sesuai sekali untuk pengguna berkulit kering yang sensitif.

5. SOME BY MI Galactomyces Pure Vitamin C Glow Serum (30ml)

Serum Vitamin C untuk kulit kekal cerah dan awet muda!

Harga mulai RM60.50

shopping_cart Wynora RM69.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM60.50

Serum amat penting dalam rutin penjagaan wajah kerana ia mensasarkan masalah kulit dengan lebih ekstra. Vitamin C amat popular dikalangan produk serum kerana ianya berfungsi merawat segala masalah kulit. Bukan sekadar mencerah kulit yang berparut, kusam, dan pigmentasi malah ianya juga memberikan khasiat anti-penuaan kerana sifatnya membantu dalam penghasilan kolagen pada kulit.

Galactomyces akan membantu menganjalkan dan melembap kulit serta Vitamin C berfungsi sebagai agen pencerah. Dengan gabungan dua bahan ajaib ini, serum ini akan memberikan anda kulit yang berseri, mulus dan bebas dari penuaan.

6. Pyunkang Yul Oil (26ml)

Mencerah dan melembap kulit kusam dengan facial oil

Harga mulai RM46.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM46.00

Menggunakan produk pencerah sahaja tidak mencukupi jika anda tidak mengekalkan kelembapan di dalam kulit. Facial oil ataupun minyak muka daripada Pyunkang Yul ini bukan sahaja membantu mencerahkan kulit, malah memberi khasiat kelembapan yang maksimum untuk memastikan kulit anda sentiasa lembap dan lembut.

Diperkaya 100% dengan minyak semulajadi biji Jojoba, Geranium, Rosemary dan Shea Butter, minyak yang bertekstur ringan dan nipis ini akan menyerap ke dalam kulit dengan mudah dan membekalkan khasiat pada kulit untuk wajah lebih glowing, sihat dan berseri dari dalam.

7. MISSHA Time Revolution The First Treatment Essence Intensive Moist (150ml)

Essence pencerah yang popular dari Korea

Harga mulai RM103.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM105.00 shopping_cart Wynora RM103.00

Formula bahan yang ditapai amat terkenal di kalangan rangkaian produk penjagaan wajah dari Korea. Essence yang dinaik taraf formulanya ini merupakan produk Holy Grail di kalangan pencinta produk penjagaan wajah Korea kerana ia terkenal untuk membaiki kerosakan dan meratakan tona kulit dalam masa beberapa minggu sahaja. 

Dengan mengandungi lebih daripada 90% ekstrak yis yang ditapai untuk memberi kesan pencerahan yang maksimum, memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan pigmentasi. Teksturnya yang nipis dan ringan juga mmbuatkan essence ni amat senang untuk diserap membolehkan kulit mengekalkan kelembapan lebih lama sambil memulihkan keanjalan kulit.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kecantikan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!