Product in this article

Salah satu rutin penjagaan wajah yang digemari oleh seluruh dunia ialah sudah tentu rutin penjagaan wajah orang Korea yang mengetengahkan tentang kepentingan hidrasi. Nah, jika anda mempunyai kulit berminyak, penting untuk anda melakukan teknik yang betul untuk menghalang penghasilan minyak dan sebum pada kulit wajah. Cara yang betul adalah dengan melembap dan menghidrat kulit dengan menggunakan produk bersesuaian agar tidak menyumbat pori-pori serta membantu membaiki keadaan kulit anda. 

Terlalu banyak produk berkualiti yang diterbangkan khas dari Korea Selatan. Dan, seringkali menjadi pilihan pengguna kerana produknya mengandungi bahan-bahan organik dan semulajadi. Bebas dari bahan kimia merbahaya, ianya selamat untuk semua jenis kulit. Jom ikuti senarai dibawah untuk mengetahui produk  terbaik dari Korea untuk kulit berminyak;

1. SECRET NATURE Volcanic Cleansing Foam

Pencuci wajah ‘foam’ untuk menghalang kulit berminyak dan pori besar

Harga mulai RM40.50

shopping_cart Watsons Malaysia RM45.00 shopping_cart Hermo Malaysia RM40.50

Musuh utama kulit berminyak ialah masalah pori tersumbat. Pori di kulit boleh tersumbat akibat radikal bebas yang menempel pada kulit dan juga penghasilan sebum daripada dalam kulit terlalu aktif sehingga menyumbat liang pori. 

Dengan ekstrak kebaikan abu gunung berapi daripada kepulauan Jeju, serbuk arang, biji kacang soya, biji kacang bijan, buah beri hitam dan daun buah blackcurrant, pencuci ini mampu menyedut dan menarik keluar semua kotoran dan lebihan sebum serta tidak mengeringkan muka supaya muka sentiasa terhidrat dan lembap.

2. CREMORLAB Blanc De Cremor Brightening Toner (150ml)

Toner pencerah untuk wajah kusam dan berminyak

Harga mulai RM84.15

shopping_cart Watsons Malaysia RM84.15

Siri rangkaian pencerah Blanc de Cremor daripada Cremorlab ini bertujuan untuk mengatasi masalah tona tidak sekata dan kekusaman pada kulit. Komponen untamanya adalah T.E.N Geumjin Mineral Water dan Glow Boosting Ferment yang dapat memperbaiki masalah kusam, parut serta pigmentasi. Toner ini juga bertindak sebagai rawatan pengelupasan untuk membuang lapisan kulit mati yang menyebabkan kulit kelihatan kusam dan keletihan.  

Kulit mati anda akan lebih senang terhakis dengan mengawal pengeluaran sebum, mengurangkan pembentukan melanin yang menyebabkan kulit menjadi gelap serta memastikan kulit anda kekal segar, terhidrat, bebas minyak dan kekusaman.

3. MAMONDE Floral Hydro Ampoule Toner (150ml)

Hydrating toner sesuai untuk kulit berjerawat dan berminyak

Harga mulai RM79.20

shopping_cart Shopee Malaysia RM99.00 shopping_cart Hermo Malaysia RM79.20

Kulit yang berminyak adalah kesan daripada kekurangan hidrasi. Kerana kurangnya cecair pelembap di dalam kulit, sel kulit anda mengeluarkan lebih banyak minyak untuk mengekalkan lembapan. Hydrating toner daripada Mamonde ini diperkaya dengan ekstrak bunga Narcissus dan Hyaluronic Acid, untuk mengawal pengeluaran minyak dan sebum dari dalam kulit. 

Dengan penghadang lembapan yang telah dibaiki, jerawat pada kulit juga dapat dikawal dan akan berkurangan kerana jumlah hidrasi pada kulit yang tinggi akan membaiki masalah kulit seperti jerawat.

4. THANK YOU FARMER Miracle Age Repair Eye Cream

Krim mata untuk kulit berminyak dengan ejen anti-penuaan

Harga mulai RM90.35

shopping_cart Zalora Malaysia RM111.20 shopping_cart Thank You Farmer RM90.35

Krim mata ini penuh dengan kebaikan yang bukan sahaja akan melembap dan menganjalkan kulit yang menipis, malah membantu bawah mata untuk bebas daripada minyak yang menyebabkan kelenjar minyak dibawah mata terlalu aktif sehingga timbulnya bijian milia di sekitar kawasan mata anda. 

Krim ini amat sesuai untuk semua jenis kulit kerana walaupun formulanya mempunyai minyak Argan, ianya bersifat non-comedogenic yang tidak akan menyumbat pori. Krim ini akan membaiki bawah mata anda dan mencerahkan satu tona daripada kulit wajah anda. Anda akan tampil segar dan bermaya!

5. SOME BY MI AHA BHA PHA 30 Days Miracle Serum (50ml)

Serum exfoliating untuk kulit berjeragat degil

Harga mulai RM44.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM44.50 shopping_cart Lazada Malaysia RM52.00 shopping_cart Wynora RM55.00

Diperkaya dengan khasiat minyak Tea Tree, AHA, BHA dan PHA, serum ini amat sesuai untuk kulit berminyak dan berjeragat. Serum ini dapat membantu mengawal pengeluaran minyak dan membersih pori tersumbat kerana ianya akan membantu dalam proses pengelupasan sel kulit mati serta akan menghilangkan kesan jeragat dengan cepat.

Asid-asid ini sebenarnya membantu  meregulasikan hidrasi dan lembapan di dalam kulit supaya sel kulit baru akan tetap lembap dan tidak mengering. Ekstrak Centella Asiatica pula membantu mengurangkan kesan iritasi dan pedih pada wajah supaya serum ini cukup stabil untuk digunakan pada setiap malam.

6. Benton Snail Bee High Content Essence (60ml)

Essence pencerah untuk kulit bebas parut dan bintik hitam

Harga mulai RM40.53

Essence khas untuk kulit berminyak daripada Korea ini diuji secara dermatologi, selamat untuk semua jenis kulit walaupun jenis sensitif dan kering. Kandungan Snail Secretion Filtrate, Bee Venom, Oligopeptide-1 serta pelbagai bahan semulajadi yang terdapat di dalam essence ini dapat membaikpulih kerosakan pada wajah seperti parut dan bintik hitam. Ianya mampu menghasilkan kolagen dan memberi keanjalan pada kulit wajah anda.

Selain itu, ekstrak arbutin yang terdapat di dalam essence ini dapat melawan penampilan bintik hitam dalam hanya masa beberapa minggu sahaja sambil mencerahkan kulit.

7. BRTC Vitalizer C-10 Ampoule (50ml)

Ampoule dengan Vitamin C untuk pencerahan, sekatakan tona kulit

Harga mulai RM259.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM259.90 shopping_cart Watsons Malaysia RM259.90

Ampoule Vitamin C ini amat kuat daripada serum kerana ampoule mempunyai kandungan bahan aktif yang tinggi dan kesannya juga lebih cepat. Jadi tidak hairanlah dengan harganya yang agak mahal berbanding produk skincare yang lain. Ampoule ini juga mengandungi 10 jenis vitamin berbeza yang akan membantu mencerah, meratakan tona wajah, mengurangkan penghasilan melanin yang tinggi dan memastikan kulit sentiasa melembap.  

Ianya tidak akan menyebabkan kulit tambah berminyak kerana teksturnya yang ringan, pantas menyerap dan tidak akan menyumbat liang pori.

8. KLAIRS Midnight Blue Calming Cream (60ml)

Krim pelembap terbaik untuk kulit berminyak dan sensitif

Harga mulai RM108.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM108.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM117.70

Jika anda mencari penyelesaian terhadap kulit berminyak dan sensitif, ini adalah jawapannya. Walaupun krim ini menjanjikan kelembapan dan hidrasi yang maksimum, ianya tidak akan menyumbat pori dan membuatkan kulit anda berminyak. Formulanya yang senang meresap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan melekit amat sesuai untuk pengguna berkulit berminyak. 

Sifat krim ini yang diperkaya dengan ekstra bunga Chamomile yang menenangkan dan menyejukkan kulit sensitif amat penting bagi memastikan wajah anda tidak terasa pedih, iritasi atau merengsa sambil pelembap ini melakukan ‘kerjanya’ dengan berkesan seperti membaiki kulit dari dalam.

9. YADAH Oh My Sun Screen SPF35, PA++

Sunblock dengan kesan matte sesuai untuk remaja aktif

Harga mulai RM24.50

shopping_cart Watsons Malaysia RM35.00 shopping_cart Hermo Malaysia RM24.50

Krim ini akan melindungi wajah daripada pembentukan jeragat, bintik hitam, kesan sunburn, tona tidak sekata, tanda penuaan awal dan kulit kusam. Sunblock adalah produk penting di dalam rutin penjagaan wajah bagi remaja yang aktif menyertai sukan atau aktiviti luar dan kerap terdedah kepada sinaran UV. 

Nah, sunblock daripada Yadah dengan harga berpatutan amat sesuai sekali kerana sunblock ini memberikan kesan matte dan tidak melekit pada kulit. Ianya juga bebas minyak dan tidak menyumbat pori-pori supaya kulit sentiasa dapat bernafas.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kecantikan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!