Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Foundation Tahan Lama Berkualiti yang Pasti Bertahan Sepanjang Hari

Kekal flawless selama berjam-jam

Pasti anda pernah mengalami belum sampai satu hari solekan anda sudah mencair. Syukurlah terdapat banyak foundation tahan lama dan full-coverage berkesan dan tidak akan cair atau pudar sepanjang hari. Samada anda siap mengenakan stail solekan natural mahupun full face, foundation tahan lama bakal menjadi kawan baik anda bukan sahaja untuk dipakai ke tempat kerja malahan untuk keluar bersantai atau untuk solekan  glamour jika ingin menghadiri majlis penting. 

Dengan mempunyai fungsi yang sama iaitu menutup cela seperti pigmentasi, parut jerawat dan bintik hitam, menjadikan foundation tahan lama ini pilihan ramai. Namun pasti anda tertanya-tanya foundation yang manakah yang sesuai dengan keperluan kulit anda bukan? Nah, kini kami mempunyai penyelesaiannya! Jom ikut senarai dibawah untuk melihat jenama foundation yang bersesuaian untuk kulit wanita Asia;

Foundation dari drugstore - murah dan tidak mudah luntur
Semak ESSENCE Stay All Day 16H Long-Lasting Make Up (30ml) harga dibawah:

Foundation daripada Essence dapat membuktikan bahawa foundation murah juga berkesan dan tahan lama. dengan efek velvety dan selembut suera, walaupun foundation ini tidak memberi kemasan matte, namun formulanya kekal lama sehingga 16 jam. Teksturnya yang halus mudah meresap pada kulit dan tidak menyumbat liang pori dengan hanya satu sapuan. 

Botolnya direka dengan bentuk dispenser pam berkualiti tinggi, membolehkan anda mengawal kuantiti yang mahu digunakan. Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, jadi anda tidak perlu risau kerana foundation ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Foundation jenis matte yang popular di kalangan penatarias wajah
WET N WILD
Semak WET N WILD P harga dibawah:

Jika anda peminat produk kosmetik dari drugstore pasti anda kenal dengan foundation Wet N Wild yang popular ini. Direka khas untuk menepati keperluan kulit anda agar kelihatan mulus dan lembut tanpa berminyak. Foundation yang berasaskan silikon ini menyamarkan kesan cela pada liang pori yang besar, parut dan jerawat yang tampil pada kulit wajah. 

Dengan kemasan matte, foundation ini sesuai untuk yang berkulit berminyak dan kombinasi. Teksturnya amat nipis, meluncur terus pada kulit anda dengan mudah dan membuatkan kulit wajah seperti mempunyai kesan filter!

Foundation untuk kulit berminyak – meminimumkan kilauan pada wajah
Semak MAYBELLINE Superstay Full Coverage 24H Liquid Foundation (30ml) harga dibawah:

Muka berminyak bukanlah penghalang untuk anda memakai foundation selain daripada berformula matte. Yang penting, ianya bebas minyak dan  tidak menyumbat liang pori dengan memberi kesan full coverage. Foundation daripada jenama Maybelline ini mengandungi pigmen yang tinggi dapat memastikan keseluruhan wajah anda dilitupi dengan sempurna. 

Bukan itu sahaja, malah formulanya yang tahan lama sehingga 24 jam akan memastikan solekan glam anda akan tampak segar sepanjang masa. Kini tidak perlu risau lagi dengan kulit berminyak. Maybelline ada jawapannya!

Foundation Holy Grail yang tahan lama untuk kulit kombinasi
Revlon
Semak Revlon Colorstay Makeup for Combination/Oily Skin (30ml) harga dibawah:

Foundation Revlon sudah berada di pasaran agak lama tetapi masih berjaya memenangi hati pengguna dengan formulanya yang tidak berubah. Ianya tetap mengekalkan kualiti yang bagus dan tahan lama. Diformulasi untuk kulit kombinasi cenderung berminyak, foundation ini memberi kesan solekan yang nipis dan ringan. Foundation ini memberi litupan penuh dengan kemasan bebas minyak supaya kulit anda kelihatan berseri sepanjang hari. 

Disebabkan foundation ini bukan bersifat matte, ianya sesuai untuk kulit kombinasi dan berminyak kerana kawasan kering pada bahagian pipi tetap tidak akan mengering dan patchy jika mengenakan foundation ini. 

Foundation tahan lama berkesan untuk menaikkan seri wajah pengantin
MAKE UP FOR EVER
Semak MAKE UP FOR EVER Ultra HD Foundation (30ml) harga dibawah:

Make Up For Ever Ultra HD Foundation ini sememangnya di reka khusus untuk kegunaan penggambaran. Amat sesuai sekali jika ingin digunakan pada hari perkahwinan yang semestinya mempunyai momen emosional yang membuatkan anda menangis atau berpeluh, kerana formulanya kalis air dan tahan lama. Kemasan foundation ini juga mempunyai formula cecair yang berpigmen memberi liputan tinggi dan maksima.

Efeknya yang natural, membuatkan solekan pada hari bahagia anda lebih kepada natural beauty. Ianya mampu menutup cela dan parut untuk kesan solekan yang flawless serta sempurna

Sesuai untuk kulit kering – elak iritiasi dan merengsa walaupun tahan lama
Semak BECCA SKIN Love weightless Blur Foundation (35ml) harga dibawah:

Asas yang sempurna utuk kulit jenis kering dan sensitif! Formulanya nipis, cair dan ringan tidak akan membuatkan kulit bertambah kering dan memberi kesan sentuhan baldu pada kulit anda. Istimewanya foundation ini ianya diperkaya dengan pelembap Sodium Hyaluronate iaitu asid Hyaluronik yang akan melembapkan kulit serta-merta dan tidak|mengeringkan muka anda untuk pemakaian jangka masa yang lama. 

Formulanya juga membantu memberikan efek penyamaran pada pori-pori yang tampil pada kulit wajah, dan juga menutupi segala cela dan parut walaupun teksturnya nipis.

Foundation ajaib yang tidak akan luntur dan comot
Estee Lauder
Semak Estee Lauder Double Wear Stay In Place SPF10 Foundation (30ml) harga dibawah:

Foundation yang digemari oleh kebanyakan makeup artist dan beauty guru ini sememangnya tiada bandingan. Direka khas untuk menahan cuaca panas dan lembap, ianya tidak mudah comot dan meluntur, foundation ini tahan selama 24 jam dengan SPF10 untuk perlindungan matahari minima. 

Walaupun kesannya mattifying, teksturnya begitu ringan dan selesa seperti tidak memakai apa-apa pada wajah anda serta memberi full coverage untuk menutup segala cela. Foundation ini bersifat kalis air dan bebas minyak sesuai untuk semua jenis kulit untuk semua jenis cuaca!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article