Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Cubalah 7 Ampoule Ajaib Ini Untuk Menghalang ‘Serangan’ Jerawat Pada Kulit Wajah Anda

Masa untuk meningkatkan rutin penjagaan wajah anda

Ampoule boleh dikatakan sama seperti serum, cuma mempunyai konsentrasi bahan aktif yang lebih tinggi daripada serum dan juga kebanyakannya tidak mempunyai bahan pengawet kerana cara pembuatan dan bekas botolnya yang kedap udara. Selalunya kulit bermasalah seperti jerawat lebih menjadi sasaran yang tepat bagi menggunakan ampoule kerana ianya dapat membaikpulih kulit dengan pantas. Ianya dapat memudarkan parut pada wajah dan sekatakan tona kulit. 

Terkenal dengan keberkesanannya dalam jangka masa yang pantas dan tidak hairanlah mengapa ianya lebih mahal berbanding produk penjagaan wajah yang lain. Ampoule juga dirumus mengikut keperluan kulit terutamanya buat kulit yang bermasalah seperti sensitif dan jerawat.

Harga rendah setanding jenama mahal dengan pati emas tulen
Semak EUNYUL Power Repair Gold Ampoule harga dibawah:

Ampoule daripada Eunyul ini yang menggunakan pati emas tulen yang mewah namun masih berharga berpatutan. Ianya seperti melumur ‘liquid gold’ ke kulit anda! Dengan berasaskan pati emas tulen 24k, ampoule ini mampu meningkatkan kadar kolagen di dalam kulit supaya masalah jerawat anda akan cepat diperbaiki. 

Bukan itu sahaja, ampoule ini juga diperkaya dengan bahan pelembap asid Hyaluronik dan peptide yang membekal lembapan dan membantu membaiki kulit rosak kesan jerawat. Kesannya, kulit anda lebih bersinar, berseri dan glowy dengan kebaikan pati emas tulen!

Ampoule terbaik untuk melindungi jerawat dan cela
Ampoule terbaik untuk kulit berminyak
Semak COSRX Centella Blemish Ampoule 20ml harga dibawah:

Ampoule Centella Blemish ini direka khusus untuk kulit sensitif dan bermasalah seperti jerawat. Diperkaya dengan ekstrak daun Cantella Asiatica, ianya akan mengurangkan masalah kulit sementara melegakan kerengsaan. Ampoule ini juga membentuk lapisan perlindungan pada jerawat dengan mengimbangi pengeluaran sebum apabila diserap ke kelenjar minyak kulit. 

Dengan menyediakan sumber penghidratan yang tinggi juga, ampoule ini dapat melembutkan, menghalang kulit meradang dan juga memulihkan kerosakan kulit akibat jerawat dengan kesan serta merta.

Menghalang penghasilan minyak berlebihan dengan mudah
Semak LaF Tea Tree + BHA Pore Corset Ampoule (30ml) harga dibawah:

Pilihlah produk yang mempunyai kandungan minyak Tea Tree dan BHA untuk menghalang dan mengawal minyak serta sebum yang seimbang. Menjadikan kulit wajah anda bebas minyak dan jerawat dari pori besar dengan gabungan bahan ajaib ini. BHA akan membantu menghakis kulit mati dan mendedahkan kulit baru yang jauh lebih bersih, cerah dan sempurna. 

Kandungan minyak Tea Tree pulaakan membantu mengeringkan jerawat, membasmi bakteria penyebab jerawat dan menenangkan kemerahan dan iritasi supaya masalah cela anda tidak akan kembali lagi.

Terbaik untuk mencerahkan wajah dan bebas parut jerawat
YADAH
Ampoule yang sesuai untuk mencerahkan kulit wajah
Semak YADAH Brightening Ampoule 30ml harga dibawah:

Tidak dinafikan, memicit parut jerawat untuk menghilangkannya jauh lebih pantas, namun ini akan menyebabkan parut jerawat yang teruk pada kulit wajah anda. Ampoule daripada Yadah inilah yang akan menjadi penyelamat terbaik. Dengan rumusan Niacinamide dan Stem Cell yang berkesan untuk menjaga tona kulit supaya tetap cerah dan bebas pigmentasi. 

Ianya juga berkesan dalam menghalang pebentukan melanin supaya pigmentasi tidak terbentuk. Teksturnya yang ringan dan nipis seperti tidak memakai apa-apa di muka amat membantu anda yang berkulit jerawat dan berminyak untuk selesa dengan menggunakan produk ini.

Bahan hypoallergenic untuk kulit jerawat yang sensitif
Semak THE FACE SHOP Dr. Belmeur Clarifying Spot Calming Ampoule (22ml) harga dibawah:

Ampoule ini digunakan untuk menghilangkan dan merawat jerawat sekaligus menenangkan kulit pedih supaya muka anda tidak kemerah-merahan akibat iritasi daripada jerawat aktif. Produk ini bersifat non-comedogenic dan hypoallergenic, yang tidak akan menyumbat pori. Produk ini sangat bagus untuk pengguna yang mempunyai masalah kulit terlampau kering, ekzema, proraisis dan rosecea kerana formulanya bebas  paraben, pewarna sintetik, minyak mineral serta phenoxyethanol. 

Rumusan produk ini juga mengandungi bahan semula jadi seperti minyak Tea Tree, Bergamot, Rosemary, Eucalyptus dan limau yang mempunyai gabungan wangian semulajadi yang menenangkan sekaligus memberi tenaga pada kulit anda.

Ampoule mewah dengan khasiat Vitamin C
Semak BRTC Vitalizer C-10 Ampoule (50ml) harga dibawah:

Sebenarnya Vitamin C juga amat berkesan dalam merawat kulit berjerawat. Ampoule yang diformulasi daripada Vitamin C ini akan meresap jauh ke dalam kulit anda dan mempercepatkan proses pembuatan kolagen supaya kulit yang lama akan cepat mati dan terhakis. Ianya berfungsi untuk mendedahkan kulit baru yang lebih gebu, cerah dan bebas jerawat. 

Vitamin C juga membantu mengawal dalam pengeluaran sebum dan minyak serta mampu menarik hidrasi ke dalam kulit. Dengan menggunakan teknologi Potent Blue Phyto Complex, ampoule ini mampu untuk menenangkan kulit meradang dan meningkatkan lembapan pada kulit.

Ampoule terbaik dan popular, diterbangkan khas dari Korea
Laneige
Semak Laneige White Dew Original Ampoule Essence (40ml) harga dibawah:

Ampoule terbaik daripada Korea ini terkenal dengan kemampuannya mencerah serta membersih kulit daripada masalah dan cela seperti jerawat. Ampoule ini akan membantu mencerahkan tona tidak sekata, menambah lembapan pada kulit supaya kulit lebih lembap, cerah dan bebas jerawat. 

 Ampoule ini juga dapat menghalang daripada parut jerawat terbentuk selepas kesemua jerawat menghilang. Jadi, anda tidak usah risau lagi tentag parut jerawat kerana Laneige akan memastikan anda tidak mempunyai masalah yang berulang.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article