Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Tiada Masalah Tak Cukup Bajet Dengan 8 Pencuci Wajah Dibawah RM20 Ini

Berkesan dan berpatutan!

Kita semua tahu bahawa asas kulit yang baik adalah bermula daripada pembersih muka yang betul dan merupakan salah satu produk penting dalam regimen penjagaan wajah seseorang. Membersih muka ataupun tidak, akan meninggalkan perbezaan yang besar pada wajah anda dan sepatutnya menjadi kebiasaan untuk mencuci wajah 2 kali sehari. Ada juga produk pencuci wajah yang harganya berpatutan dan masih mengikut kemampuan bajet. Sejujurnya, bermula dengan pencuci wajah yang berharga rendah lebih berbaloi dan jimat. Bukan itu sahaja, kualiti mereka juga kebanyakannya sama bagus dengan produk ‘high-end’ lain yang terkenal di pasaran.

Semua produk pencuci muka mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk membersihkan liang pori tersumbat dan segala kekotoran yang melekat pada kulit wajah. Yang membezakan adalah sejauh mana keberkesanannya untuk kulit anda. Kenalpasti terlebih dahulu jenis kulit samada berkesan atau tidak dengan seleksi produk pilihan ini. Jadi gunakan produk yang jauh lebih murah, nanti anda tidaklah sakit hati jika produk tersebut tidak sesuai dengan kulit.

Pencuci wajah yang terbaik untuk mengawal kulit berminyak
Himalaya Herbals
Semak Himalaya Herbals Gentle Exfoliating Daily Face Wash (100ml) harga dibawah:

Jika anda mencari penyelesaian kepada masalah kulit berminyak, cuba produk daripada Himalaya ini dapat membantu membersih kesan minyak lebihan dan radikal bebas yang menempel pada kulit. Jenis kulit berminyak akan membuatkan wajah anda kelihatan kusam dan kotor. Ini kerana radikal bebas daripada udara sekitar berpaut dan melekat pada kulit anda menyebabkan wajah menjadi kotor dan berminyak.

Diperkaya dengan biji Aprikot sebagai ejen pengelupasan ringan untuk memastikan bahawa kulit anda bebas minyak lebihan dan sebum. Esktrak Aloe Vera pula membantu melembap kulit secara mendalam dan memberikan efek penyejukan ketika mencuci wajah.

Terbaik untuk kulit kering – elak iritasi dan rengsaan
Nivea
Semak Nivea Hydration Caring Whip Facial Cleanser (100ml) harga dibawah:

Anda mempunyai masalah kulit kering? Kadang kala melembap sahaja tidak cukup. Anda memerlukan pencuci wajah yang mengandungi bahan seperti ‘humectant’, bahan penghidrat iaitu asid Hyaluronik yang menarik lembapan ke dalam wajah untuk memberi hidrasi ekstra dan membaiki hadangan pelembap di dalam lapisan kulit.

Diformulasi dengan 3 kali esktrak asid Hyaluronik dan menggunakan 3 ejen pelembap lain iaitu ekstrak alga emas, Hydra IQ dan garam laut. Teksturnya yang berbusa dan ringan akan memberi hasil kulit lebih lembut dan anjal. Ianya 100% bebas alkohol dan sesuai untuk berkulit kering dan sensitif seperti ekzema.

Khas untuk lelaki – menghapus sel-sel kulit mati
Semak GARNIER MEN Turbolight Icy Duo Foam Double White (100ml) harga dibawah:

Kita semua pasti bersetuju bahawa pengguna lelaki lebih senang tertarik dengan produk yang mempunyai fungsi lebih dari satu. Mudah untuk disasarkan kepada  lelaki yang menghadapi pelbagai masalah dan tidak mempunyai masalah kerosakan teruk pada wajah.

Diperkaya dengan khasiat tanah liat dan serbuk arang yang akan menyerap lebihan minyak, ianya dapat menarik keluar kotoran dari liang pori, menanggalkan sel kulit mati, memberi hasil kulit wajah yang lebih cerah, bersih dan tidak kusam lagi.

Terbaik untuk kulit sensitif, aman buat kulit
Simple
Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel (150ml)
Semak Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel harga dibawah:
add_circle Triple purified water dan vitamin
add_circle Bebas sabun 100%
add_circle Non-comedogenic
remove_circle Mungkin tidak sesuai untuk sesetengah kulit

Terkenal dengan penggunaan ‘skin loving ingredients’, Simple adalah jenama utama jika anda inginkan produk bebas alkohol dan dibuat khas buat yang mengalami masalah kulit sensitif. Dengan tekstur produknya yang berasaskan gel dan sensasi dingin, ianya membantu meredakan keradangan dan iritasi.

Seperti namanya, produk ini menyegarkan dan melembap kulit muka setiap kali cucian dengan rumusan yang diperkaya dengan Pro-Vitamin B dan Vitamin E. Bukan itu sahaja, pencuci ini 100% bebas busa, yang tidak akan memedihkan kulit sensitif anda.

Buat si kulit kombinasi, produk multifungsi ini khas untuk anda
Semak SAFI BALQIS White Trilogy Pembersih & Penyegar 2-Dalam-1 (150ml) harga dibawah:

Jika mempunyai kulit jenis kombinasi, pasti anda keliru tentang pencuci muka yang mana bersesuaian, bukan? Cubalah produk 2-dalam-1 daripada Safi ini. Ia berfungsi sebagai pencuci muka dan penyegar dalam masa yang sama membantu mengembalikan kesegaran wajah, mengecilkan pori dan menjadikan kulit lebih halus.

Pencuci ini membersih secara mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran tanpa menghakis lembapan pada kulit wajah. Ianya mengandungi manik-manik mikro daripada minyak bunga matahari yang tinggi dengan kandungan Vitamin E dan bertindak sebagai antioksida yang memberi pelindungan daripada sinaran UV sambil mencerahkan kulit.

Gunakan pencuci muka ini untuk hilangkan jeragat dengan berkesan
Semak NANOWHITE Microfoliating Clay Cleanser harga dibawah:

Kesan jeragat samada akibat terdedah kepada cahaya matahari ataupun parut gelap kadang-kala amat sukar untuk dipulihkan. Kini, Nanowhite ada jalan penyelesaiannya. Nanowhite dirumus khas untuk memberi pencerahan yang pantas pada kulit dengan masalah tona tidak sekata, parut dan jeragat.

Diperkaya dengan formula Omega White-C dan tanah liat laut semula jadi yang membantu menarik kotoran yang terperangkap dalam liang pori dan mengekalkan lembapan pada wajah untuk pembaharuan sel kulit baru yang bebas jeragat agar lapisan luar kulit wajah anda akan kelihatan berseri dan bermaya.

Pencuci muka sesuai untuk kulit wajah cenderung jerawat
Semak OXY Ultimate Cleanser harga dibawah:

Siapa sahaja tidak kenal dengan pencuci wajah berjenama Oxy yang popular dalam menghasilkan produk khas untuk menentang masalah jerawat. Dengan fungsi 8-dalam-1, Oxy dapat melawan jerawat dan menarik keluar blackhead serta kotoran yang terperangkap dengan Isopropyl Methylphenol. Ianya mampu menembusi liang pori untuk memperbaiki tona dan tekstur kulit, mengawal pengeluaran minyak, menghilangkan sebum serta membersih secara mendalam.

Ekstrak daun Sage, rumpai laut serta minyak zaitun untuk mengekalkan lembapan dan mengelakkan rasa kering selepas mencuci. Kulit anda akan terasa tenang daripada iritasi dan bebas jerawat.

Pencuci muka terbaik untuk mencerahkan kulit dan berkualiti tinggi
Semak SYAHIRAH Korean Secrets White Glow Facial Cleanser harga dibawah:

Tidak mampu berbelanja lebih untuk membeli produk penjagaan muka terkenal daripada Korea? Usah risau kerana kami boleh memberikan anda pengalaman memakai produk lokal dengan formula daripada Korea yang memberi hasil sama hebat seperti jenama Korea terkenal.

Rangkaian Korean Secrets daripada Syahirah ini diperbuat daripada bahan yang dipilih secara teliti, diimport khas dari Kepulauan Jeju. Diformulasi dengan bahan pencerah dan pemutih dari Essence Tri-Flower iaitu Cherry Blossom, Lotus dan Camelia yang membantu memutihkan kulit. Menjadikan kulit anda lebih gebu, anjal dan berseri.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article