Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Pencuci Muka Garnier Untuk Semua Jenis Kulit, Kualiti Seiring Jenama Mahal

Nak kulit licin, cerah dan sihat boleh cuba guna produk ini.

Bagaimanakah untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan bebas cela?

Wajah anda haruslah dibersihkan dari kotoran 3-4 kali dalam masa seminggu. Sebelum memilih pencuci muka pastikan anda mengetahui jenis kulit anda terlebih dahulu dan masalah yang anda ingin atasi.

Jenama Garnier menggunakan bahan berasaskan alam semula jadi seperti buah-buahan, bunga dan tumbuhan lain yang mempunyai khasiat untuk penjagaan kulit. Berikut beberapa jenis pencuci muka jenama Garnier yang kami syorkan untuk jenis-jenis kulit anda.

Pencuci muka Garnier berkesan untuk memutihkan kulit wajah
Garnier
mulai
RM6.74
Semak Garnier Sakura White Pinkish Radiance Cleansing Foam (100ml) harga dibawah:

Garnier dengan ekstrak bunga Sakura putih ini mengandungi molekul anti-oksidan yang tinggi dan ianya bagus untuk membantu memutihkan dan juga menenangkan kulit yang sedang alami keradangan. Bukan sahaja itu, pencuci muka ini diperkaya dengan Vitamin B3 dan Vitamin CG untuk menyihatkan lagi kulit.

Kulit anda akan terasa lebih lembap sepanjang hari dan ia juga memberikan rona kemerah-merahan yang semulajadi kepada kulit wajah anda. Rasai kehebatannya sendiri dalam masa hanya 4 minggu.

Sesuai buat kulit berjerawat – menghapus kesan dan parut cela
mulai
RM6.97
Semak GARNIER Pure Active Foam (100ml) harga dibawah:

Kulit berjerawat bukan lagi masalah dengan adanya pencuci muka Pure Active ini. Ia membantu untuk membersihkan kulit wajah sehingga ke lapisan yang paling dalam bagi mendapatkan hasil wajah anda bebas jerawat, kotoran dan juga bintik hitam. Selain itu, ia juga diperkaya dengan ekstrak Beri untuk mencegah wajah anda dari kewujudan jerawat dan membantu mengurangkan penghasilan minyak pada wajah.

Ianya juga dapat menghapuskan kesan parut serta melambatkan kadar pertumbuhan jerawat. Kulit wajah anda akan kelihatan bermaya dan berseri sepanjang hari.

Terbaik untuk kulit kusam – mengembalikan seri wajah
mulai
RM7.38
Semak GARNIER Pure Active Fruit Energy Foam (100ml) harga dibawah:

Pembersih muka ini mengandungi bahan yang penuh khasiat iaitu buah delima, Citrus dan Vitamin C bagi membantu untuk mengembalikan seri wajah anda. Ia juga turut berfungsi sebagai agen penghapus dalam melawan kewujudan jerawat serta mencerahkan kulit yang kusam. Kini kulit akan kelihatan satu tona lebih cerah dan bebas dari minyak dengan penggunaan pencuci muka ini secara konsisten.

Pencuci muka Garnier sesuai untuk lelaki kulit berminyak
mulai
RM14.88
Semak GARNIER MEN Turbolight Oil Control Brightening Foam (100ml) harga dibawah:

Pencuci muka khas untuk lelaki ini dengan teknologi kawalan minyak mampu menarik minyak dan sebum di wajah anda seperti magnet. Ianya dirumus dengan arang hitam yang bagus untuk menarik kekotoran dan juga mengawal pengeluaran minyak berlebihan. Pencuci muka ini juga mengekalkan lembapan pada kulit agar dielakkan daripada terjadinya iritasi dan keradangan pada kulit wajah.

Dengan ekstrak lemon, pencuci muka ini memberi sensasi dingin buat kulit wajah anda. Kini, anda akan tampil lebih segar dan licin untuk sepanjang hari. Tiada lagi cela jelas kelihatan pada penampilan kulit wajah.

Pencuci muka Garnier khas untuk lelaki – membersih liang pori tersumbat
mulai
RM13.90
Semak GARNIER Men Power White Super Duo Foam (100ml) harga dibawah:

Garnier Power White adalah pembersih muka dengan sensasi penyejukkan, memberi rasa dingin dan nyaman untuk kulit. Ianya kaya dengan lumpur putih dan mineral komplek untuk membersih segala kotoran. Dengan sekali cucian, anda akan mendapat kulit yang lebih tegang, pori tertutup dan bebas dari bintik hitam.

Direka dengan teknologi khas, pencuci muka ini bukan sahaja membuatkan kulit wajah anda tampil bersih tanpa cela tetapi ianya juga dapat mencerahkan kulit dalam hanya beberapa kali sahaja penggunaan. Gunakannya secara konsisten untuk mendapat hasil kulit wajah yang lumayan.

Pencuci muka garnier lemon
Garnier
mulai
RM10.32
Semak GARNIER Light Complete Foam (100ml) harga dibawah:
add_circle Pembersihan secara mendalam
add_circle Mencerahkan kulit secara intensif
add_circle Tekstur yang lembut dan berkrim
remove_circle Bau lemon yang kuat
remove_circle Tidak memudarkan bintik hitam

Garnier Light Complete kaya dengan ekstrak lemon asli yang membantu untuk melicinkan kulit anda serta mencerahkannya selepas beberapa kali cucian. Ianya pencuci muka yang sangat menyegarkan sambil memulihkan kulit anda yang kusam. Kulit akan kelihatan lebih cerah berseri dan bebas dari jerawat dengan pemakaian secara konsisten.

Ekstrak lemon yang mengandungi Vitamin C berfungsi sebagai agen kesegaran buat kulit. Tampil lebih cerah dan berseri dalam masa hanya beberapa minggu sahaja.

Pencuci muka garnier sesuai untuk yang mengalami masalah kulit kering
Garnier
mulai
RM12.29
Semak Garnier Pure Active Matcha De-Tox Deep Clean Foam harga dibawah:

Garnier dengan kandungan ekstrak Matcha teh hijau dari Jepun ini dapat membantu membersihkan kulit secara mendalam. Bukan sahaja itu, ia juga membantu untuk mencegah jerawat akibat bakteria dari jerebu, habuk dan pencemaran sekeliling. Matcha De-Tox turut membantu untuk mengurangkan pengeluaran minyak dan sebum dari kulit anda yang akan menyebabkan jerawat.

Tidak akan ada lagi terjadinya masalah kulit. Pencuci muka ini juga berfungsi sebagai agen penghalang kotoran dari melekat terus ke kulit wajah. Kulit anda akan kekal bersih sepanjang masa.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article