Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Elakkan Iritasi & Rengsaan Dengan 11 Pencuci Muka Himalaya Ini

Mulakan rejimen penjagaan kulit anda dengan pembersih muka yang betul

Product in this article

Apabila timbulnya soal penjagaan kulit muka, anda pasti mengambilnya dengan serius, bukan? Tahukah anda produk dari Himalaya ini menggunakan rawatan ayurveda yang baik untuk merawat kulit bermasalah. Tak perlu lagi melakukan rawatan kulit di klinik, hanya gunakan jenama Himalaya ini sahaja. 

Apakah kebaikan menggunakan pencuci muka Himalaya?

Produk penjagaan kulit dari Himalaya Herbals sangat dipercayai oleh orang ramai kerana kehebatan kandungan formula herba yang diekstrak secara semulajadi melalui bahan organik. Selama bertahun-tahun, jenama ini telah mengukir niche untuk dirinya sebagai perintis dalam produk penjagaan muka serta rambut. Pencuci muka ini juga bebas daripada bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit menjadi iritasi atau merengsa.

Kali ini, kami telah mengumpulkan koleksi pencuci wajah Himalaya terbaik dengan fungsi dan formula berbeza, untuk pelbagai jenis kulit termasuk rawan jerawat, kombinasi, kering, berminyak dan juga untuk mencerahkan kulit; 

11 Pencuci Muka Terbaik Dari Himalaya

Himalaya Herbals Fairness Kesar Face Wash

RM 12.5
Himalaya Herbals
1. Himalaya Herbals Fairness Kesar Face Wash
Pencuci muka dengan Kesar untuk mencerahkan kulit
Updated on 17th April 2020

Pembersih muka terbaik dari rangkaian jenama Himalaya ini dapat mencerah dan meremajakan kulit serta mengembalikan seri pada wajah. Ia diperkaya dengan kesar iaitu herba yang terdapat dalam bunga Crocus, sangat terkenal dengan ciri-ciri penambahbaikan kulit.

Ekstrak buah delima dalam formula ini pula berfungsi untuk menyuburkan kulit, sementara pudina dan timun menyegarkan kulit wajah. Anda akan terasa bermaya dan berseri sepanjang hari.

Himalaya Herbals Tan Removal Orange Face Wash (50ml)

RM 10.62
Himalaya Herbals
2. Himalaya Herbals Tan Removal Orange Face Wash (50ml)
Hapuskan sel-sel kulit mati dengan pencuci muka ini
Updated on 17th April 2020

Pasti ada sesetengah daripada anda yang alami masalah kulit menjadi gelap dan kusam, bukan? Nah, apa kata cuba pencuci muka dari Himalaya ini yang mengandungi ekstrak oren, berkesan untuk menghapuskan masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan kembali kulit menjadi seperti biasa.

Himalaya Herbals Fresh Start Oil Clear Strawberry (100ml)

RM 18.9
Himalaya Herbals
3. Himalaya Herbals Fresh Start Oil Clear Strawberry (100ml)
Pencuci muka dengan ekstrak Strawberry – sesuai untuk kulit normal
Updated on 19th June 2020

Himalaya Fresh Start Oil Clear Strawberry Face Wash mengandungi ekstrak buah Strawberry dalam bentuk manik semulajadi yang menghidupkan semula keaktifan kulit wajah dari kelihatan letih dan kusam. Pembersihannya secara mendalam membersih kulit dari sisa minyak serta kotoran. Kegunaan secara kerap membantu kulit untuk tampak lebih berseri, sihat, dan segar.

Himalaya Herbals Men Intense Oil Clear Lemon Face Wash (100ml)

RM 18
Himalaya Herbals
4. Himalaya Herbals Men Intense Oil Clear Lemon Face Wash (100ml)
Sesuai untuk lelaki yang ingin kulit bebas minyak
Updated on 19th June 2020

Pencuci muka ini sesuai untuk lelaki yang alami masalah kulit berminyak akibat penghasilan berlebihan. Dengan mengandungi ekstrak Indian Willow Bark yang kaya dengan polyphenols dapat melindungi kulit anda daripada radikal bebas. Diformulasi bebas sabun yang mampu menghapuskan kotoran melekat pada liang pori dengan sekali cucian. 

Teknologi active boost pencuci muka ini dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit sambil melakukan pembersihan secara menyeluruh. Kulit wajah anda akan terasa segar dan berseri.

Himalaya Herbals Power Glow Licorice Face Wash (100ml)

RM 20.1
Himalaya Herbals
5. Himalaya Herbals Power Glow Licorice Face Wash (100ml)
Pencuci muka untuk lelaki – sesuai buat semua jenis kulit
Updated on 19th June 2020

Siapa kata produk kecantikan hanya untuk wanita? Pencuci muka ini dirumus khas untuk lelaki bagi mengembalikan keserian pada kulit dengan serta-merta. Ia boleh mengurangkan bintik-bintik hitam, tona kulit tidak sekata dan pigmentasi. 

Ekstrak Licorice yang terdapat didalamnya membersihkan kulit secara mendalam dan menawarkan kecerahan wajah. Ini adalah produk muka popular untuk lelaki dari Himalaya Herbs. Sesuai untuk semua peringkat umur.

Himalaya Herbals Oil Control Lemon Face Wash (150ml)

RM 24.95
Himalaya Herbals
6. Himalaya Herbals Oil Control Lemon Face Wash (150ml)
Pencuci muka dengan ekstrak Lemon untuk kulit kombinasi
Updated on 17th April 2020

Himalaya Herbal Oil Clear Lemon Face Wash mengandungi ekstrak lemon bertindak untuk mencuci agen astringen dan menyejukkan kulit wajah. Ekstrak madu yang terkandung mempunyai ciri pembersihan yang mendalam, membantu menghilangkan kotoran tanpa membuat kulit anda terasa kering atau diregangkan. Ia juga membantu menghilangkan bintik hitam yang degil.

Himalaya Purifying Neem Face Wash (150ml)

RM 19.95
Himalaya Herbals
7. Himalaya Purifying Neem Face Wash (150ml)
Pencuci muka untuk kulit berminyak dengan formula bebas sabun
Updated on 23rd June 2020
add_circle Sesuai buat kulit yang 'super' berminyak
add_circle Melambatkan pertumbuhan jerawat
add_circle Bebas paraben, SLES, sulfat dan sabun
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kombinasi

Pencuci muka berformula herba ringan dari jenama Himalaya ini membersih kulit secara mendalam dan mengeluarkan kotoran serta minyak yang berlebihan. Tidak seperti kebiasaan sabun pencuci muka, face wash bersifat foam ini terasa ringan di wajah dan menghindar kulit dari menjadi rapuh.

Diformulasi dari bahan antibakteria dan serbuk kunyit berfungsi menghalang penghasilan minyak berlebihan dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat. Gunakan pencuci muka ini secara konsisten untuk kulit bebas minyak. 

Himalaya Herbals Moisturizing Aloe Vera Face Wash

RM 13.09
Himalaya Herbals
8. Himalaya Herbals Moisturizing Aloe Vera Face Wash
Kaya dengan bahan semulajadi Aloe Vera untuk kulit kering
Updated on 19th June 2020

Pencuci muka ini membaiki dan menambah lembapan kulit selepas setiap cucian. Ia menyuburkan regangan kulit kering dan kusam serta tidak menyebabkan wajah terasa pedih. Diperkaya dengan bahan organik seperti timun untuk menyejukkan dan melegakan kulit serta lidah buaya bagi memberi kelembutan dan meningkatkan seri kulit.

Formula bahan semula jadi terkandung di dalamnya menjadi fungsi utama untuk kesegaran kulit anda. Tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan kulit, selamat untuk dipakai setiap hari.

Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Face Wash (150ml)

RM 15
Himalaya Herbals
9. Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Face Wash (150ml)
Pencuci muka untuk kulit kusam – hilangkan bintik hitam
Updated on 19th June 2020
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Pembersihan mendalam untuk kulit berminyak
add_circle Aroma wangian floral
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kering
remove_circle Kulit akan menjadi 'flakey' dan tegang

Pencuci muka Himalaya ini mampu untuk membuang bintik-bintik gelap, membersih kulit dan menghapuskan kekotoran untuk memberi hasil kulit yang lebih bersinar, berseri, dan licin. Ia mengandungi bunga safron yang membantu menghilangkan bintik hitam yang ketara.

Ekstrak Licorice di dalamnya mengawal sintesis melanin untuk memulihkan kecerahan semulajadi di dalam kulit anda.

Himalaya Herbals Gentle Exfoliating Apricot Scrub

RM 28.27
Scrub muka apricot yang boleh didapati di Watsons
Himalaya Herbals
10. Himalaya Herbals Gentle Exfoliating Apricot Scrub
Pencuci muka dengan kandungan Apricot untuk jeragat
Updated on 19th June 2020

Himalaya Herbal Deep Cleansing Apricot Face Wash perlahan-lahan menghapuskan sel-sel kulit mati dan menghasilkan kelicinan serta kehalusan kulit wajah. Ia menenggelamkan komedo atau blackhead, juga menghalang jerawat degil dari terhasil. 

Pencuci wajah ini diperkaya dengan kebaikan utama Granul Apricot untuk menghidrat dan menigkatkan kolagen di wajah, kacang lentil merah sebagai antioksida, daun Neem, lemon serta lidah buaya yang tinggi khasiatnya. Kulit wajah anda akan mendapat nutrisi penting secukupnya. 

Himalaya Herbals Purifying Foaming Face Wash (150ml)

RM 30.99
Himalaya Herbals
11. Himalaya Herbals Purifying Foaming Face Wash (150ml)
Pencuci muka untuk kulit berminyak dengan formula bebas sabun
Updated on 19th June 2020

Pencuci muka berformula herba ringan dari jenama Himalaya ini membersih kulit secara mendalam dan mengeluarkan kotoran serta minyak yang berlebihan. Tidak seperti kebiasaan sabun pencuci muka, face wash bersifat foam ini terasa ringan di wajah dan menghindar kulit dari menjadi rapuh.

Diformulasi dari bahan antibakteria dan serbuk kunyit berfungsi menghalang penghasilan minyak berlebihan dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat. Gunakan pencuci muka ini secara konsisten untuk kulit bebas minyak.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article