Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Cubalah 7 Foundation Stick Ini Untuk Gaya Solekan Lebih ‘Up-To-Date’

Anda boleh bersolek kurang dari 10 minit

Anda sering mengambil masa yang agak lama untuk bersolek? Kadangkala tu sampai 1-2 jam masih belum lagi selesai. Jika anda ingin keluar bertemujanji, pasti anda akan siap 2 jam lebih awal. Nah, ini cara lebih ringkas dan cepat untuk bersolek dengan menggunakan krim asas dalam bentuk stik ini segalanya lebih mudah dan menjimatkan masa. Krim asas ini mampu menutupi kesan jerawat, pori terbuka, bintik hitam dan sebagainya untuk solekan yang lebih kemas dan cantik.

Foundation ini berbentuk solid dan mudah untuk disekatakan pada kulit wajah, sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak. Elakkan daripada memakai loose powder atau compact powder selepas memakai foundation ini supaya wajah anda tidak kelihatan ‘cakey’. Sesuai untuk dibawa kemana sahaja kerana ianya ringkas dan menjimatkan ruang dalam beg tangan atau beg solekan anda. Berikut kami kongsikan beberapa krim asas stik yang digemari ramai untuk anda jadikan pilihan;

Foundation ikut kemampuan bajet, setanding dengan jenama mahal
mulai
RM25.00
Semak MAYBELLINE Clear Smooth All in One BB Stick harga dibawah:

Foundation stick all-in-1 dari Maybelline ini boleh digunakan sebagai krim asas dan juga krim BB. Ianya mampu menutupi kesan parut, jerawat dan juga bintik hitam di wajah agar kelihatan licin berseri serta tampil anggun. Ianya juga sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat kerana ianya dapat menghalang dan menyerap minyak berlebihan serta merawat kembali kulit untuk yang lebih sihat.

Terbaik untuk kulit kering – elak dari menjadi iritasi dan merengsa
SILKYGIRL
mulai
RM42.21
Semak SILKYGIRL Gen Matte Cushion Foundation harga dibawah:
add_circle Mudah dipakai dalam bentuk stick.
add_circle Bebas paraben.
add_circle Bebas pewangi.
add_circle Lulus KKM
remove_circle Tidak full coverage pada wajah.

Krim asas stick ini bukan sahaja ringan tetapi ia juga bebas minyak dan tidak menyebabkan muka kelihatan bercapuk. Walaupun pemakaian sehingga 24jam tetapi ia masih kekal melembapkan kulit anda tanpa menyebabkan kekeringan. Direka bersama dengan kusyen lembut untuk memudahkan anda meratakannya di seluruh wajah.  

Krim asas yang berpatutan dari segi harganya dan juga mampu memberikan kemasan yang menakjubkan untuk solekan harian anda.

Foundation stick yang tahan lebih lama sehingga 12 jam
HOURGLASS
mulai
RM208.00
Semak HOURGLASS Vanish Seamless Finish Foundation Stick harga dibawah:

Krim asas stick dari Hourglass ini memiliki rupa bentuk yang sangat elegan dan eksklusif. Ianya krim liputan penuh yang kelihatan semulajadi apabila dikenakan pada wajah dan mampu bertahan lama sehingga 12 jam tanpa perlu diaplikasi berulang-kali. Krim asas ini juga sesuai digunakan sebagai kontur dan penyinar untuk solekan anda. 

Hourglass hadir dengan pelbagai tona warna yang menarik dan yang pastinya sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya buat anda yang memiliki kulit berminyak.

Buat kulit sawo matang – pilihan shade haruslah tepat dengan tona kulit
mulai
RM139.00
Semak NARS Velvet Matte Foundation Stick harga dibawah:

Nars mengeluarkan krim asas pro all-in-1 yang tahan lama dan memberikan liputan penuh. Ianya krim asas dengan kemasan matte lembut dan berkrim serta kalis peluh, membuatkan kulit wajah anda tidak tampil berminyak. Ianya sangat mudah digunakan kerana direka bersama blender pengemas untuk diratakan ke atas kulit. Nah, disinilah pilihan shades menjadi ‘tricky’.

Bagi yang memiliki kulit sawo matang, anda berada di dalam kategori warna dasar kulit hangat (warm). Maka pilihlah foundation dengan warna asas (base) kuning keemasan atau anda juga boleh cuba shades seperti caramel, golden tan, chestnut atau beige.

Foundation stick terbaik untuk kulit cenderung jerawat
mulai
RM149.00
Semak TARTE Clay Stick Foundation harga dibawah:

Krim asas ini mengandungi Vitamin C, E dan tanah liat yang diimport khas dari Amazon, sesuai untuk kulit yang bermasalah dan berjerawat kerana krim ini bukan sahaja mencantikkan solekan bahkan membantu memperbaiki kulit. Ianya krim asas yang memberi liputan sederhana agar solekan anda kelihatan lebih semulajadi. 

Bukan sahaja itu, ia juga sangat selesa dipakai dan memberikan penghidratan sepenuhnya untuk kulit sehingga 12 jam. Sesuai untuk anda yang memiliki jenis kulit cerah ataupun kuning langsat kerana shadesnya tidak akan membuatkan kulit kelihatan bercapuk.

Sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak – kulit wajah tidak melekit
Anastasia Beverly Hills
mulai
RM120.00
Semak Anastasia Beverly Hills Stick Foundation harga dibawah:

Kemasan solekan kini boleh disempurnakan dimana sahaja dan bila-bila masa dengan adanya krim asas stick dari Anastasia ini. Ianya krim asas yang sesuai untuk kulit kombinasi dan berminyak. Teksturnya yang berkrim dan lembut membuatkan solekan anda lebih menonjol dan sangat kemas. Anastasia menjadikan solekan anda tampil menarik dan cantik serta sesuai untuk semua tona kulit.

Foundation stick terbaik dari Watsons – memberi liputan penuh
mulai
RM129.00
Semak SON & PARK Ultimate Cover Stick Foundation harga dibawah:

Foundation stick dari jenama Son & Park ini dapat menutupi kesan bintik hitam dan parut di wajah serta memberikan liputan penuh agar cela tidak kelihatan dengan jelas. Ianya mengandungi serbuk pengawal sebum dan menghalang dari kulit wajah menghasilkan minyak berlebihan. Diperkaya dengan minyak Argan dan Jojoba untuk mengekalkan kelembapan kulit sepanjang masa.  

Bagi anda yang mempunyai kekangan masa terutamanya di waktu pagi semasa ingin ke tempat kerja atau kuliah, foundation stick ini sesuai untuk dijadikan pilihan kerana ianya mudah serta ringkas. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article