Product in this article

Penjagaan kulit muka yang betul memerlukan rutin pembersihan dan lembapan yang kerap. Walaubagaimanapun toner muka juga memainkan peranan penting dalam memastikan anda mempunyai kulit wajah yang sihat dan bersih selalu.

Toner yang lebih dikenali sebagai penyegar kulit, mempunyai pelbagai fungsi mengikut bahan-bahan dan formula didalam sesuatu produk toner tersebut. Secara amnya, toner bertindak sebagai cecair yang mengimbangi kadar pH dalam kulit, membersih kotoran dan sebum ekstra yang masih tertinggal selepas menggunakan cleanser, mengecilkan liang pori, menghapus jerawat serta mengembalikan semula hidrasi kepada kulit yang kering.

Toner kulit amatlah penting dan perlu ada di dalam rejim penjagaan kulit harian anda. Mari kita lihat produk toner daripada drugstore yang sudah terbukti berkesan dalam mengembalikan semula kecantikan dan kesegaran wajah.

1. NATURAL BY WATSONS Mattifying Toner (150ml)

Toner terbaik untuk kulit berminyak dengan kemasan matte

Harga mulai RM29.84

shopping_cart Watsons Malaysia RM36.72 shopping_cart Shopee Malaysia RM29.84

Jika anda mempunyai kulit berminyak dan merasa ragu-ragu hendak memilih produk toner yang bersesuaian dengan kulit berminyak, produk toner ini sesuai untuk anda. Dengan memberi hasil kemasan matte untuk menjadikan kulit anda tampil lebih segar tanpa melekit dan berminyak. Diperkaya dengan minyak Tea Tree dan teh hijau organik masih mampu memberikan penghidratan yang secukupnya. 

Bukan itu sahaja, toner ini juga boleh digunakan kepada sesiapa yang mempunyai masalah jerawat kerana rumusan minyak Tea Tree yang digunakan didalam produk ini dapat membantu mengecilkan dan mengeringkan jerawat.

2. NIVEA Aqua Sensation Invigorating Toner (200 ml)

Baik untuk kulit kering, sensasi aqua yang menyegarkan

Harga mulai RM22.90

shopping_cart Watsons Malaysia RM22.90 shopping_cart Shopee Malaysia RM22.90

Bagi anda mempunyai masalah kulit kering, cuba elak dari menggunakan produk yang mempunyai alkohol kerana ianya dapat membuatkan kulit kering menjadi iritasi dan kemerahan. Formulanya dapat menyegarkan, menghidrat dan membersih sisa kotoran yang masih tertinggal selepas mencuci muka dengan pembersih wajah. 

Ianya juga dapat menghilangkan kesan kulit kusam dan mengembalikan kesegaran dalam masa yang sama. Diperkaya dengan konsentrasi pelembap aktif, yang bukan sahaja membaiki penghadang kelembapan kulit anda, akan tetapi ia juga memelihara tekstur kulit anda agar kekal lembut dan bersih. 

3. SIMPLYSITI Luminous White Toner (100ml)

Toner untuk mencerahkan wajah – kulit kekal cerah dan berseri

Harga mulai RM27.90

shopping_cart Watsons Malaysia RM27.90 shopping_cart Shopee Malaysia RM27.90

Adakah anda mempunyai masalah tona tidak sekata, kesan parut gelap ataupun hiperpigmentasi? Cubalah produk lokal yang bukan sahaja berkualiti malah terbukti berkesan dalam mencerah dan meratakan tona wajah. Diperkaya dengan X50 Pure White, iaitu teknologi pencerah pintar yang bijak dan berkesan menghapus bintik gelap termasuk penuaan. Toner ini dapat melindungi kulit dengan penapis UV semulajadi serta diperkaya dengan Vitamin B3 dan C sebagai ejen pencerah ekstra. 

Teksturnya yang ringan dapat memberikan penghidratan kekal lama tanpa memberi rasa ketidakselesaan pada kulit. Segala yang anda inginkan ada didalam satu botol!

4. AIKEN Refining Pore Toner (100ml)

Toner untuk kulit cenderung jerawat - melindungi kesan parut

Harga mulai RM8.33

shopping_cart Watsons Malaysia RM8.33 shopping_cart Shopee Malaysia RM8.41

Minyak daun Tea Tree seringkali dikaitkan sebagai bahan yang berkesan dalam mengurangkan kesan jerawat dan kemerahan pada wajah. Toner daripada Aiken ini mengandungi minyak Tea Tree yang dapat membantu meningkatkan keseimbangan lembapan pada kulit dan juga mengecilkan serta mengeringkan jerawat pada kulit. 

Dirumus khas untuk kulit yang cenderung untuk berjerawat dan menghilangkan minyak berlebihan sambil mengawal sinaran pada wajah. Ianya tidak akan menyebabkan pori tersumbat dan sesuai digunakan oleh jenis kulit berminyak. 

5. SIMPLE Soothing Toner

Toner ringkas untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kombinasi

Harga mulai RM15.95

Toner daripada Simple ini menggunakan rumusan yang amat ringkas sehingga semua jenis kulit dapat menggunakannya. Diperbuat daripada air yang ditapis tiga kali ganda serta diperkaya dengan bunga Chamomile dan Vitamin B5 yang diekstrak daripada buah avokado, toner ini dapat menenangkan kulit sensitif. 

Ianya juga mampu untuk mengembalikan hidrasi secara mendalam serta melembutkan kulit kasar. 100% bebas alkohol, selamat untuk kulit sensitif dan tidak akan menyebabkan iritasi. Dengan sensasi penyegar, kulit anda akan terasa nyaman dan dingin sepanjang hari. 

6. SYAHIRAH Korean Secret Hydrasoft

Terbaik untuk kulit sensitif, bebas alkohol dan bahan kimia merbahaya

Harga mulai RM9.92

Jika anda mencari toner yang murah dan tidak memedihkan kulit sensitif, rangkaian Korean Secret daripada Syahirah ini amat sesuai untuk anda. Kulit yang sensitif seringkali mengalami kekeringan yang ekstrim, ianya diformulasi dengan bahan penghidratan daripada ginseng, Chamomile dan Green Tea. Toner ini tidak akan merengsakan kulit anda. 

Ianya juga akan membantu memulihkan kadar pH semula jadi kulit anda selepas membersih dengan pencuci wajah. Kulit wajah anda akan tampil lembut dan berseri bak selebriti wanita Korea.

7. MAMONDE Aqua Peel Toner (250ml)

Toner exfoliating untuk menghapuskan kulit kusam

Harga mulai RM75.65

shopping_cart Watsons Malaysia RM75.65 shopping_cart Hermo Malaysia RM85.00

Jika anda mengalami kulit kusam dan tidak bermaya, gunakan secara konsisten pembersih muka jenis skrub untuk membuang lapisan sel kulit mati yang menyebabkan kulit anda kelihatan kusam dan tidak bermaya. Exfoliating toner daripada Mamonde yang diperbuat daripada ekstrak bunga yang lebih mild dan tidak memedihkan kulit muka. 

Toner ini mengandungi sejenis chemical exfoliation yang membantu menghilangkan lapisan kulit mati dan mendedahkan lapisan kulit yang baru dibawahnya. 

8. TRILOGY Hydrating Mist Toner (100ml)

Hydrating toner terbaik untuk mengekalkan penghidratan pada kulit

Harga mulai RM97.00

shopping_cart Watsons Malaysia RM97.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM97.00

Produk toner daripada Trilogy ini mampu memberi lembapan berpanjangan pada kulit anda serta melembutkannya. Sesuai untuk semua jenis kulit, gunakan toner ini selepas selesai semua rutin mencuci wajah agar ianya dapat mengembalikan sensasi kesegaran. Diperkaya dengan ekstrak bunga Rose, Geranium dan Lavender, aroma yang terkandung dalam toner ini adalah semulajadi.

Usah risau! Kulit anda tidak akan mudah merengsa atau iritasi selepas menggunakan toner ini. Pastikan rutin penjagaan anda dilakukan dengan sempurna untuk mendapatkan hasil kulit yang diingini.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kecantikan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!