Apa itu makeup finishing spray dan apakah perbezaannya dengan setting spray? Setting spray untuk solekan diformulasi untuk menjadikan solekan anda kalis comot dan menetap solekan pada wajah anda supaya tidak berganjak walaupun disentuh oleh jari dan anda. Manakala finishing spray pula kebiasaannya digunakan untuk melembapkan kulit sebelum dan selepas mengenakan solekan pada wajah agar kekal segar dan tidak bercapuk. Ianya amat sesuai untuk pengguna yang mengalami masalah kulit kering kerana kebanyakannya bahan yang terkandung adalah sejenis pelembap supaya dapat menembusi solekan tebal pada kulit wajah.

Penggunaan finishing spray tidak terhad pada aplikasi di wajah sahaja malahan sesetengah makeup artist menggunakan finishing spray sebagai pelembap untuk berus solekan pembayang mata bagi memberi hasil efek warna eyeshadow lebih terang dan meriah. Ikuti artikel ini untuk mengetahui jenis finishing spray yang sesuai dengan kulit wajah dan bajet anda;

1. Nano White Fresh Miracle Mist

Terbaik dari drugstore, sesuai untuk semua jenis kulit
Harga mulai RM18.84
Lazada Malaysia RM18.84 Hermo Malaysia RM23.90 Watsons Malaysia RM18.84

Produk 9-dalam-1 ini memberi kesegaran untuk solekan selepas semburan bagi menghalang kulit wajah menjadi letih. Diperkaya dengan Vitamin C, minyak Tea Tree dan alga laut ini boleh digunakan sebelum solekan sebagai penyediaan kulit kerana ianya mengurangkan penampilan dan memperbaiki liang-liang pori, pencerahan, mengurangkan penghasilan sebum berlebihan, memulih keseimbangan kulit wajah dan juga menenangkan kulit sensitif akibat jerawat.

Semburkan sahaja pada kulit, anda akan terasa efek glowy sepanjang hari serta kekal segar, bermaya dan lembap.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. MAC PREP + PRIME Fix Plus Mattifying Mist (100ml)

Finishing spray untuk kulit berminyak dengan hasil efek matte
Harga mulai RM111.00
Sephora Malaysia RM111.00

Siapa sahaja tidak kenal dengan produk holy grail daripada MAC ini. Produk yang popular ini telah menempah nama sebagai produk kegemaran rata-rata beauty guru Youtube, malah kebanyakan makeup artist juga menggunakan produk ini yang semestinya berkesan dalam menyediakan kulit sebelum dan selepas solekan. 

Sesuai untuk kulit berminyak, semburannya yang ringan dan menyegarkan kulit anda dengan serta-merta tanpa menganggu solekan anda. Formulanya yang inovatif mengandungi serbuk bedak halus, silika dan ejen penyerap minyak yang lain untuk membantu mengekalkan solekan dan mengurangkan penampilan pori. 

3. MARY KAY Makeup Finishing Spray By Skindinavia (59ml)

Finishing spray untuk kulit berjerawat agar tahan lama
Harga mulai RM42.50
Lazada Malaysia RM48.00 Shopee Malaysia RM42.50

Jika anda mempunyai masalah jerawat dan kulit berminyak, pasti anda ingini solekan tahan lama dan tidak mudah tersapu sehingga comot yang menampakkan kulit anda kemerahan. Finishing spray daripada Mary Kay ini amat sesuai untuk kulit seperti anda. 

Formulanya yang bebas minyak dan ringan menjanjikan ketahanan solekan selama 16 jam tanpa meninggalkan kesan melekit kerana ianya pantas meresap ke dalam lapisan kulit wajah. Gunakan sebagai semburan penyegar sepanjang hari, anda pasti tiada masalah solekan comot dan terusap lagi. 

4. TARTE Rainforest of The Seas Marine Boosting Mist (30ml)

Dengan harga mampu milik, sesuai dibawa semasa travelling
Harga mulai RM47.00
Sephora Malaysia RM47.00

Produk Tarte ini adalah salah satu penyembur wajah yang mempunyai fungsi setting dan finishing agar solekan tahan lebih lama serta kekal segar. Ianya berfungsi sebagai primer muka sebelum solekan, setting spray, semburan pelembap dan penyegar kulit. Diformulasi dengan teknologi Complexion-Boosting untuk membantu memulihkan cahaya dan penghidratan kulit anda sebagai penjamin bahawa solekan kekal tahan lama sehingga 12 jam.

Semburan yang menyegarkan membantu menutup liang pori terbuka, kulit kemerahan dan bengkak. Dirumuskan dengan kompleks Rainforest of the Sea dan yang diperkaya dengan antioksida akan menghalang kulit daripada dicerobohi radikal bebas. 

5. BEAUTYBLENDER Re-Dew Set and Resfresh Spray (50ml)

Baik untuk kulit kombinasi, tak perlu beli produk berasingan
Harga mulai RM145.00
Sephora Malaysia RM145.00

Digunakan sebagai penyegar kulit dan menjadikan solekan anda tidak sarat serta memberi efek solekan natural pada kulit kerana mengandungi formula yang sesuai untuk melembapkan kulit. Semburan nipisnya pula tidak menganggu solekan anda dan tidak akan terpadam ketika menyemburkannya. 

Finishing spray ini boleh digunakan dimana sahaja, ianya dapat menghidupkan kembali muka anda yang kelihatan letih dan kusam setelah seharian mengenakan solekan. 

6. PIXI Glow Mist (80ml)

Sesuai untuk kulit sensitif – bebas alkohol dan paraben
Harga mulai RM67.00
Shopee Malaysia RM68.00 Sephora Malaysia RM67.00

Produk bebas alkohol yang berasaskan air (aqua) ini diperkaya dengan 13 minyak semulajadi selain propolis, lidah buaya dan ekstrak buah-buahan. Ianya mengandungi bahan baik untuk anda yang mengalami masalah kulit sensitif dan kering seperti Propolis dan minyak Argan. Produk daripada jenama Pixi ini amat terkenal dengan kandungan formula yang bebas alkohol. 

Bauannya yang natural amat menyegarkan dan menyenangkan kulit sensitif. Sesuai digunakan sebelum dan selepas solekan untuk memberi hasil akhir kulit anda menjadi lembut dan segar serta-merta tanpa iritasi dan merengsa.

7. NATURE REPUBLIC Aloe Vera 92% Soothing Gel Mist

Finishing spray tanpa haruman – mendinginkan kulit
Harga mulai RM19.50
Lazada Malaysia RM19.50 Shopee Malaysia RM19.90

Produk popular daripada Korea ini adalah salah satu produk kecantikan yang harus dimiliki oleh anda. Diperbuat daripada 92% gel Aloe Vera, ianya diperkaya dengan vitamin dan hebat dalam menjaga kulit supaya kekal terhidrasi, tenang dan sejuk sepanjang hari. Aloe vera amat sesuai untuk semua jenis kulit kerana sifatnya yang terbaik dalam membaikpulih masalah kulit. 

Semburkan sahaja pada wajah anda jika ingin mengembalikan semula kesegaran wajah dan solekan anda atau gunakan sebagai semburan penyegar ketika dihari panas untuk sensasi penyejukkan supaya solekan anda kekal terletak dan tidak cakey. 

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

 

Tentang fei feisal

a co-parent of a cat, a chef and a freelance writer who got stuck trying to figure out how to “adult”.

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!