Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Rambut Kembali Kuat, Sihat Dan Menawan Dengan 7 Serum Untuk Rambut Gugur Ini

Tiada lagi masalah cenderung botak

Penipisan dan keguguran rambut pramatang biasanya disebabkan oleh genetik, tetapi faktor lain seperti diet tidak teratur, tekanan dan hormon memainkan peranan yang juga menyumbang kepada keguguran rambut. Impian anda untuk memiliki rambut lebat dan panjang bak Rapunzel boleh menjadi kenyataan dengan hanya beberapa langkah. Lakukan rutin penjagaan rambut dengan teratur terlebih dahulu. Langkah-langkah seperti mengurangkan penggunaan alat pendandan rambut berhaba, menukar syampu dan pelembap rambut kepada yang bersesuaian dengan jenis rambut anda.Melaburlah sedikit dalam produk tepat untuk rambut gugur seperti minyak, tonik dan serum yang berkualiti.

Serum untuk pertumbuhan rambut dapat memulih dan mengembalikan nutrien pada setiap helaian rambut dan kulit kepala bagi menggalakkan pertumbuhan rambut baru, menguatkan akar serta mengurangkan kadar kerosakan rambut. Pilih serum rambut anti gugur dibawah yang sesuai dengan situasi rambut anda;

Sesuai untuk rambut gugur dan kelemumur - demi kulit kepala bebas minyak
mulai
RM58.00
Semak SCHWARZKOPF Bonacure Scalp Anti-Dandruff Serum (100ml) harga dibawah:

Kelemumur adalah kepingan kulit kering yang mengumpul pada kulit kepala. Ianya tidak menyebabkan masalah yang teruk tetapi pada sesetengah orang, kadar kelemumur itu menjadi terlalu aktif menyebabkan kulit kepala menjadi iritasi dan menghasilkan sel kulit tambahan. 

Rawatan kulit kepala yang menenangkan daripada Schwarzkopf ini berfungsi untuk mengimbangi kualiti keseluruhan rambut dan kulit kepala anda dengan mengembalikan keselesaan sambil memperbaiki keadaan serta tekstur rambut. Diformulasi untuk membersih dan menenangkan, cecair nipis dan ringan ini mengandungi Vitamin E dan B5 untuk meredakan keradangan dan kegatalan. 

Atasi masalah rambut gugur dan kegatalan pada kulit kepala
mulai
RM283.00
Semak PHYTO Phytocyane Revitalizing Serum harga dibawah:

Produk rawatan jenama Phyto ini sememangnya amat popular dengan rangkaian produk untuk penjagaan rambut lebih sempurna. Sama seperti produk yang menggunakan kaedah ‘Phytocyane’, ianya memberi 3 tindakan sokongan dan anti-penuaan  kepada rambut. Formula canggihnya menyokong peredaran mikro kulit kepala untuk mewujudkan persekitaran yang optimum untuk pertumbuhan rambut lebih sihat. 

Rumusannya mengabungkan asid amino, vitamin B dan protein sutera untuk menggalakkan pemgeluaran keratin pada dasar folikel sekaligus menggalakkan pertumbuhan rambut baru. Formulanya yang nipis dan senang dioles amat menenangkan kulit kepala yang gatal dan sesuai digunakan jika mengalami kulit kepala sensitif. 

Terbaik untuk rambut gugur dan beruban – membaikpulih dengan segera
mulai
RM39.90
Semak PEDISON Char Char Argan Oil Hair Serum (200ml) harga dibawah:

Tekstur rambut beruban amat kasar, kering dan rapuh yang memerlukan satu produk untuk merevitalisasi dan meremajakan helaian rambut sehingga ke akar. Gunakan serum yang dapat melembap rambut dari dalam untuk memastikan ianya sentiasa kuat dan sihat supaya tidak mudah gugur dan kasar walaupun beruban. 

Produk dari Pedison ini menggabungkan campuran minyak argan eksotik daripada Morocco yang akan membantu menembusi, melembap dan memulih. Hasilnya rambut menjadi lembut dan kuat sambil membantu melindungi rambut anda dari keguguran, kerosakan haba serta kerosakan UV. 

Serum untuk rambut gugur dan nipis, beri hasil rambut lebih lebat dan kuat
mulai
RM95.80
Semak KLORANE Quinine Serum Anti Hair Fall (125ml) harga dibawah:

Jika anda mengalami keguguran rambut yang menyebabkan rambut menjadi nipis, cuba produk yang mengandungi keratin.Ianya dapat mengembalikan kekuatan rambut supaya tiada lagi masalah keguguran dan putus. Serum rambut ini mengandungi kekuatan keratin untuk memulihkan kerosakan rambut anda. 

Dengan formulanya yang berdasarkan Quinine-Caffeine, Vitamin B dan keratin, produk ini membantu menghalang keguguran dan merangsang pertumbuhan rambut yang lebih kuat.

Fomula bebas minyaknya sesuai untuk rambut gugur dan berminyak
L’OREAL
mulai
RM92.80
Semak L’OREAL harga dibawah:

Untuk rambut gugur dan berminyak, anda harus mencari produk yang berformula bebas minyak. Dalam pada masa yang sama juga, ianya mampu untuk mengembalikan kekuatan rambut supaya rambut tidak mudah gugur dan putus. Serum rambut L’Oreal ini menjanjikan rambut yang subur dengan teksturnya yang ringan dan nipis. 

Serum ini dirumus dengan ramuan Intra-Cyclane yang berkuasa meningkatkan kadar pertumbuhan dan ketebalan rambut anda. Bukan itu sahaja, serum bebas minyak ini sesuai digunakan oleh semua jenis rambut terutamanya yang mengalami masalah rambut dan kulit kepala berminyak. 

Harga mesra poket – berkualiti dengan hasilnya berkesan
mulai
RM10.00
Semak HANA Advance Hair Serum (50ml) harga dibawah:

Jika anda baru sahaja ingin mencuba menggunakan serum rambut dan tidak mahu membazir dengan membeli produk yang mahal, cubalah produk Hana ini. Serum ini mensasarkan untuk memperbaiki rambut yang menipis dan gugur. Formulanya yang bebas minyak dan berasaskan air amat sesuai digunakan oleh pengguna yang mempunyai kulit kepala kombinasi, kelemumur dan berminyak. 

Teksturnya yang nipis dan ringan sangat senang diaplikasikan kepada rambut. Bukan hanya merawat masalah rambut gugur, serum ini juga bertujuan untuk melembut serta memelihara rambut yang kasar, tidak terurus dan bewarna. 

Related articles

End of Article