Product in this article

Ah, setiap kali datang bulan, kerisauan yang melanda pastinya disebabkan oleh tuala wanita. Bagi kaum wanita, kebiasaannya akan didatangi haid lebih kurang seminggu pada setiap bulan. Namun ada juga wanita yang tempoh haidnya lebih pendek atau panjang. Untuk 3 hari yang pertama, darah akan banyak keluar pada permulaan haid dan perlindungan sempurna amat diperlukan pada waktu malam agar tidak bocor semasa sedang tidur.

Kebanyakan wanita berasa kurang selesa untuk menjalani rutin harian seperti biasa semasa haid kerana terpaksa memakai tuala wanita. Pakaian yang dipakai juga harus berhati-hati. Takut terbocor nanti terkena seluar atau kain. Ibu baru bersalin juga perlu memakai tuala wanita yang bersesuaian kerana keluarnya darah nifas. Berikut penulis senaraikan pilihan tuala wanita yang bersesuaian dengan situasi dan keperluan anda.

1. FC Bio Sanitary Pad Night (10'S)

Tuala wanita yang sesuai untuk yang memiliki kulit sensitif

Harga mulai RM8.20

shopping_cart Shopee Malaysia RM10.44 shopping_cart Lazada Malaysia RM8.20

Tuala wanita ini diperbuat 100% daripada kapas. Ia selamat digunakan kerana tiada kandungan bahan kimia. Sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai kulit sensitif kerana ia mengandungi 17 herba semulajadi yang dapat membantu mengatasi masalah seperti kegatalan dan jangkitan kuman pada bahagian faraj. 

Ianya juga mampu mengurangkan bauan yang berpunca dari darah haid. Walaupun harganya murah tetapi berkualiti serta tidak mudah bocor. 

2. PUREEN Madame Maternity Pad (20s)

Untuk wanita bersalin – dapat menampung darah yang banyak

Harga mulai RM14.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM14.90 search Cari produk di Lazada Malaysia

Tuala wanita ini direka agar sesuai untuk kegunaan wanita selepas bersalin khususnya untuk menyerap pengaliran darah nifas yang banyak. Ianya memberikan perlindungan dan keselesaan yang berpanjangan dengan bertekstur lembut, daya penyerapan yang tinggi serta saiz pad yang ekstra lebar. 

Tuala wanita ini juga mudah dipakai kerana sudah dilengkapi dengan pita pelekat pada bahagian belakang. Mudah dan ringkas. 

3. KOTEX Total Protection Overnight Extra Long Wing - 41cm (6s)

Terbaik digunakan setiap hari - saiznya lebar dan panjang

Harga mulai RM7.07

shopping_cart Shopee Malaysia RM7.07 shopping_cart Watsons Malaysia RM7.07

Sekiranya anda memerlukan perlindungan ekstra semasa haid, gunakanlah tuala wanita ini kerana saiznya yang panjang. Tuala wanita ini boleh menyerap pengaliran darah yang banyak dan  membantu mengatasi masalah kebocoran darah haid pada bahagian tepi pad. 

Walaupun saiznya panjang, ia tetap selesa dipakai. Tuala wanita ini juga mengandungi ekstrak Aloe Vera dan Vitamin E yang baik untuk kulit anda. Boleh digunakan bukan sahaja pada waktu malam tetapi siang juga bagi anda yang sememangnya mengalami masalah pendarahan banyak. 

4. Bamboo Charcoal Reusable & Waterproof Cloth Pads Set

Tuala wanita jenis kain – mudah untuk dibersihkan

Harga mulai RM24.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM24.50

Sekiranya anda ingin berjimat, inilah tuala wanita yang sesuai untuk anda kerana ia diperbuat daripada kain dan boleh dibasuh selepas dipakai. Anda tidak perlu lagi membeli tuala wanita pakai buang. 

Didatangi dalam pelbagai pilihan corak di bahagian luar manakala bahagian padnya diperbuat daripada material bamboo charcoal, mampu menyerap pengaliran darah haid dalam kuantiti yang banyak. Ia juga selamat dipakai kerana tidak mengandungi bahan kimia. 

5. IDORE Natural Cotton Daily Sanitary Pad (10 Pcs)

Materialnya daripada kapas, selesa dipakai dalam apa jua keadaan sekalipun

Harga mulai RM12.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM12.90

Tuala wanita ini diperbuat 100% daripada kapas. Selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan kimia seperti klorin, agen pemutih fluorescent dan tiada bahan tambahan atau tiruan. Belilah tuala wanita ini kerana ia bukan sahaja lembut dan selesa dipakai tetapi tidak akan membuatkan celah peha anda melecet.  

6. BEESON Maxicare Maternity Loop Pad

Tuala wanita jenis bertali – sesuai untuk kegunaan di hospital

Harga mulai RM13.97

shopping_cart Shopee Malaysia RM14.70 shopping_cart Tateh RM13.97

Belilah tuala wanita jenama Beeson ini sekiranya anda suka memakai pada jenis bertali. Ia sesuai digunakan untuk wanita selepas bersalin dan direkomendasi untuk kegunaan di hospital buat para ibu yang baru bersalin. 

Tuala wanita yang lembut dan nipis ini memberikan perlindungan dan keselesaan maksimum kerana saiznya yang lebar dan panjang. Sesuai digunakan untuk pengaliran darah yang normal mahupun yang banyak. 

7. ORGAN(Y)C Sanitary Pads Moderate Flow (10 Pcs)

Mengandungi bahan organik – selamat digunakan untuk semua peringkat umur

Harga mulai RM27.25

shopping_cart Shopee Malaysia RM27.90 shopping_cart BMS Organics RM27.25

Tuala wanita ini sesuai untuk anda yang cenderung menggunakan produk daripada bahan organik kerana ia diperbuat 100% daripada kapas organik. Tuala wanita ini telah diuji secara klinikal dan disahkan oleh ahli dermatologi. 

Dengan sifatnya yang hypoallergenic, tuala wanita ini selamat digunakan kerana tiada bahan klorin yang boleh menyebabkan iritasi dan alergi pada kulit disekelilingnya. Tuala wanita ini sesuai digunakan semasa pengaliran darah yang sederhana.

8. LIBRESSE Green Tea Maxi Night Wing 32cm (12s)

Baik digunakan pada waktu malam – menghalang dari kebocoran

Harga mulai RM6.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM6.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM6.50

Khas buat anda yang sedang mencari tuala wanita untuk dipakai pada waktu malam, belilah tuala wanita jenama Libresse ini. Ia menyerap pengaliran darah haid dengan pantas dan memberikan perlindungan sempurna yang di reka menggunakan SecureFit melalui Deep Flow Channel pada bahagian pad untuk mengelak berlakunya masalah kebocoran. 

Anda pasti akan tidur lena apabila memakai tuala wanita ini. Dilengkapi dengan Green Tea, tuala wanita dari jenama Libresse ini mampu untuk memerangkap bauan yang kurang enak agar anda berasa selesa sepanjang memakainya.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Hubungan Intim

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!