Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

5 Wax Rambut Lelaki Terbaik di Malaysia 2024 - Jenama & Harga

Hello si handsome!

Wax merupakan sejenis krim minyak rambut yang diperbuat daripada minyak lilin dan selalunya wax digunakan bagi kaum lelaki untuk menggayakan rambut.

Fungsi wax untuk membuatkan rambut anda kelihatan berkilat dan kekal dengan penggayaan walaupun ditiup angin atau terkena air hujan. 

Lebih-lebih lagi jika rambut mereka tebal, beralun dan panjang, memang memerlukan wax untuk kelihatan lebih kemas.

Ini kerana bahan yang terkandung dalam wax ini boleh melembapkan serta menambah volum rambut anda dan yang paling penting tidak melekit. 

Berikut senarai wax rambut terbaik yang terdapat di pasaran.


Senarai 5 Wax Rambut Terbaik Untuk Lelaki

G9 Bad Lab Lock and Load Solid Texture Man Hair Wax
Semak G9 Bad Lab Lock and Load Solid Texture Man Hair Wax harga dibawah:
add_circle Halal
add_circle Murah
add_circle Selamat digunakan
add_circle Memegang rambut dengan baik, tidak terlalu keras
add_circle Mudah dibasuh
remove_circle Tidak tahan apabila rambut terkena air

Sebab menjadi piliha utama:

Produk ini sememangnya tidak menjadi masalah untuk anda yang Muslim kerana ia bebas alkohol dan disahkan halal.

Ciri-ciri:

Produk ini diformulasikan dengan Fluidipure 8G yang mampu memegang rambut dengan baik agar kelihatan solid serta membuatkan rambut anda berbau wangi.

Tambahan lagi wax rambut ini mudah dibasuh walaupun tanpa menggunakan syampu.

Cara penggunaan ambil wax ini sedikit dan sapukan pada seluruh helaian rambut supaya kekal statik dan bersinar sepanjang hari.

Review:

"Wangi! Rambut panjang elok la pakai untuk nampak lebih kemas,"

 

Wax untuk rambut berminyak
Semak SCHWARZKOPF Osis+ Texture Flexwax harga dibawah:
add_circle Tahan lama
add_circle Rambut menjadi tebal dan lembut
add_circle Tidak terasa melekit dan berminyak
remove_circle Tidak sesuai untuk rambut kering

Wax rambut ini memberikan kesan tahan lebih lama ke atas rambut daripada menjadi tidak terurus.

Bagi lelaki yang berambut panjang dan tebal, wax ini adalah pilihan terbaik kerana mampu menaikkan volume dan tekstur rambut.

Jadi rambut anda akan kelihatan lebih bersinar dan menghalang rambut anda dari menghasilkan minyak yang berlebihan.

Dengan formula Beeswax dan Cera Caranauba, wax rambut ini membuatkan rambut anda menjadi lebih tebal dan lembut.

Buat si pemilik rambut berminyak, anda tidak perlu risau kerana dengan matte sebagai sentuhan terakhir, rambut anda tidak akan terasa melekit dan berminyak. 

Wax rambut yang tahan lama
GATSBY
Wax rambut mampu bertahan lama
Semak GATSBY Styling Wax Hard Keep Type harga dibawah:
add_circle Jenama yang terkenal
add_circle Tahan lama
add_circle Selamat digunakan
remove_circle Penggunaan yang berlebihan boleh merosakkan rambut

Jenama Gatsby merupakan antara jenama produk styling yang paling dikenali dikalangan lelaki yang gemar menggayakan rambut mereka.

Wax ini berupaya memberi kesan tahan lama hingga sepanjang hari tanpa perlu mencalit wax berulang kali.

Bukan itu sahaja, wax ini diekstrak dari bahan semulajadi untuk memastikan tidak membahayakan rambut anda.

Berada di luar seharian bukan lagi masalah sekiranya anda menggunakan Gatsby Styling Wax Hard and Keep Type.

Tigi Bed Head B For Men Matte Separation Workable Wax
Semak Tigi Bed Head B For Men Matte Separation Workable Wax harga dibawah:
add_circle Diperakui antara wax terbaik
add_circle Melembapkan rambut
add_circle Membantu pengemasan
add_circle Sesuai untuk rambut kerinting
remove_circle Sedikit melekit

Produk wax ini diperakui wax rambut terbaik untuk jejaka berambut keriting bagi menggayakan rambut mereka.

Diformulasikan beeswax, cera caranauba dan campuran polymer menjadikan produk ini dapat membantu mengekalkan dan menggayakan rambut dengan kemasan semulajadi.

Tambahan wax ini dapat menambah kelembapan rambut. 

Wax rambut lelaki untuk rambut kering
Wax rambut yang sesuai untuk rambut kering
Semak HANZ DE FUKO Hybridized Wax harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk rambut kering
add_circle Bebas paraben
add_circle Mengekalkan kelembapan rambut
remove_circle Wax untuk rambut kering tidak banyak di jual di pasaran

Hanz de Fuko Hybridized wax merupakan jawapan terbaik untuk anda yang berambut kering tetapi masih ingin menggayakan rambut.

Kami percaya bagi yang mempunyai masalah rambut kering, seringkali rambut anda kelihatan tidak bermaya dan pecah serta hujung bercabang. 

Dengan bahan water-based, produk Hybridized Wax mengembalikan rambut kelihatan sihat dan lembap sepanjang hari.


Perbezaan Pomade, Wax Dan Gel Rambut

Untuk menggayakan rambut bagi lelaki tidak sukar dan rumit seperti wanita yang memerlukan banyak produk.

Tapi kami yakin, masih ada yang keliru dengan perbezaan pomade, wax dan gel rambut.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru saja meningkat remaja yang ingin menggayakan rambut untuk tampak kelihatan lebih kemas.

Jadi, sebelum membeli set penggayaan rambut, jom ketahui perbezaan 3 perkara ini dulu.

Pomade

Pomade terdapat tiga jenis iaitu water based, oil based dan mix based.

Oil based mempunyai ketahanan lebih lama berbanding water based tapi sukar untuk dicuci. Memerlukan syampu untuk menanggalkannya.

Manakala water based mudah ditanggalkan tetapi tidak tahan lama malah akan hilang sekiranya rambut terkena air hujan.

Pomade kebiasaanya dihasilkan daripada bahan minyak yang mengandungi lemak atau bahan dari wax (lilin) untuk mengekalkan keadaan rambut.

Apa pun, penggunaan pomade digunakan untuk membuat rambut agar rambut lebih licin, berkilauan dan kering serta tahan lebih lama. 

Wax

Wax dihasilkan daripada bahan seperti minyak wax atau lilin. Bahan ini mengambil lebih masa untuk kering berbanding pomade.

Pomade memberi kesan rambut berkilat serta merta namun kesannya tidak tahan lama tapi memberi kemasan pada rambut si pemakai.

Apa pun. wax sangat sesuai untuk penggayaan rambut berpacak dan tidak berstruktur.

Gel

Gel kebiasaannya dari bahan berasaskan air dan  gel berfungsi untuk mengekalkan gaya fesyen rambut anda kekal rapi dan terurus. 

Namun terdapat sesetangah gel yang mampu memberikan efek berkilat dan basah seperti pomade (ikut jenama dan jenis).

Anda boleh dengarkan penjelasan lebih terperinci menerusi penerangan dari video di bawah.


Artikel Berkaitan

End of Article