Product in this article

Bukan sahaja rupa paras yang memainkan peranan untuk mencerminkan gaya yang menarik bagi setiap lelaki. Tetapi, bau wangian juga menjadi faktor penting untuk melengkapkan rupa yang kemas, menarik dan lengkap bagi lelaki. Bau yang tidak menyenangkan akan membuatkan orang ramai tidak selesa dan dengan memakai minyak wangi bau itu dapat dielakkan.

Apa perbezaan antara minyak wangi lelaki dan wanita?

Perbezaan antara dua item ini adalah minyak wangi wanita kebiasaannya terdiri dengan bau-bau yang lembut seperti bau-bau bunga, manis dan sebagainya. Bagi lelaki pula, minyak wangi lelaki memberi bau yang kuat bau seperti maskulin.

Yang penting, kenalpasti dahulu jenama dan wangian yang ingin dibeli. Kemudian, cuba dahulu samada bersesuaian atau pun tidak dengan anda. Jom ikuti senarai minyak wangi lelaki yang terbaik dipasaran;

10 Minyak Wangi Lelaki Paling Wangi Tahun Ini 

Dashing
1. DASHING EDT Speed (100ml)
Minyak wangi lelaki murah dan sesuai untuk yang cepat berpeluh

Minyak wangi ini merupakan haruman maskulin yang memberi kesegaran berpanjangan. Direka untuk kesesuaian kulit lelaki ketika berpeluh dan dibawah cuaca panas terik. Minyak wangi ini sangat berkualiti dan tahan lama walaupun tubuh badan berpeluh.

Ubermen
2. UBERMEN Eau De Toilette Style Freedom Extreme (100ml)
Minyak wangi lelaki dari drugstore

Minyak wangi UBERMEN ini memberi bau atau haruman yang segar, kemas, maskulin dan bergaya. Ianya boleh digunakan untuk melengkapkan rupa lelaki yang bergaya dan minyak wangi ini popular dikalangan remaja. Mudah untuk didapati di drugstore yang berdekatan.

Calvin Klein
3. BE by Calvin Klein Perfume For Men (100ml)
Minyak wangi lelaki yang boleh dijadikan sebagai hantaran

Minyak wangi lelaki ini iaitu Calvin Klein merupakan jenama yang dikenali ramai dan popular. Ianya sangat berkualiti dan tahan lama, memberi haruman maskulin dan kesegaran sepanjang hari. Haruman minyak wangi ini sesuai dijadikan sebagai hantaran kepada pengantin lelaki pada hari pernikahan. 

Minyak wangi ini sangat berkualiti dan tahan lama, sesuai juga dijadikan sebagai hadiah dan sebagainya.

Avon
4. AVON Men Perfume - Wild Country Eau de Cologne Spray (100ml)
Minyak wangi lelaki jenis cologne, terbaik untuk dipakai setiap hari

Minyak wangi ini memberi haruman yang segar dan bertenaga, sesuai digunakan semasa bersukan. Minyak wangi ini juga sangat tahan lama dan boleh digunakan untuk segala peringkat umur. Memberi haruman maskulin dan dapat melengkapkan rupa yang segak dan kemas.

Adidas
5. ADIDAS Dynamic Pulse for Men (100ml)
Minyak wangi lelaki popular, sering digunakan oleh remaja

Minyak wangi ini adalah wangian yang kuat, maskulin dan terbaik untuk digunakan sebagai wangian harian. Ianya sesuai untuk kegunaan ketika bersukan, tidak akan ada bau yang kurang menyenangkan semasa anda melakukan aktiviti outdoor. Mempunyai bau segar Citrus Cedar dan Mint dengan buah-buahan manis, Fragrant Woods dan Tonka Bean. 

Dicipta dengan pulse dinamik agar minyak wangi ini mempunyai aroma bersih yang direka untuk kegunaan atlet. Ia memberi sensasi penyejukan tambahan sehingga 24 jam, melalui teknologi tenaga segar untuk membantu anda melangkah secara aktif dan yakin.

Romano
6. ROMANO Metro Pulse Perfume for Men (100ml)
Minyak wangi lelaki yang tahan lama lebih daripada 8 jam

ROMANO Metro Pulse diformulasi dengan adunan Citrus dan Aqueous yang menyegarkan, dicampur bersama daun Pudina dan Sage yang menyamankan serta diakhiri dengan kehangatan Woody. Memberi kesan yang segar dan provokatif, tahan lama lebih daripada 8 jam, haruman ini sempurna untuk lelaki urban bersemangat tinggi.

Ard Al Zaafaran Attar Fragrance
7. AHLAM AL KHALEEJ By Ard AlZaafaran Attar Fragrance EDP (80ml)
Minyak wangi lelaki jenis attar sesuai untuk kegunaan bersolat

Minyak wangi ini menggunakan minyak attar sebagai asas harumannya. Minyak atar merupakan wangian semulajadi yang dihasilkan dari haruman bunga. Biasanya, haruman tersebut diekstrak dari Bunga Melur, dan Mawar. Kebanyakan minyak attar adalah bebas alkohol dan boleh digunakan oleh kaum Muslim kerana ianya halal serta dipakai semasa beribadah.

Ard Al Zaafaran Attar Fragrance
8. MALIK OUD Perfume for Men (100ml)
Minyak wangi lelaki yang dijamin Halal - sesuai untuk lelaki muslim

Malik Oud Eau de Parfum adalah minyak wangi yang memberi haruman yang sedikit segar dan haruman kayu. Dihasilkan dengan Grapefruit, Marine Notes and Tangerine yang natural serta bunga  Jasmine dan daun Bay digunakan sebagai asas haruman floral.

Minyak wangi ini memberi haruman yang meyakinkan dan maskulin dengan kayu Ambergris, lumut, nilam dan Guaiac. Sesuai untuk lelaki muda dan ideal untuk kegunaan seharian.

Alfred Dunhill
9. DUNHILL London Perfume For Men
Minyak wangi lelaki pilihan terbaik di pasaran

Perekaan klasik minyak wangi ini yang juga sempurna untuk dijadikan sebagai pemberian hadiah, tahan lama dan dapat memberi kesegaran sepanjang hari. Minyak wangi yang memberi kepuasan dan sangat berkualiti, didatangi dengan harga yang berpatutan, kekal segar dan harum serta kualiti tinggi sepanjang hari

Paco Rabanne
10. PACO RABANNE 1 Million Eau de Toilette for Men (100ml)
Minyak wangi lelaki dengan harga yang mahal dan paling berkualiti

Minyak wangi ini nenberikan haruman kejayaan dan bau yang mengujakan. Bau minyak wangi ini tidak lembut seperti minyak wangi wanita dari jenama sama. Ianya memberi haruman elegan, mewah dan segar. Sangat sesuai untuk lelaki yang mementingkan gaya dan kualiti, minyak wangi ini mahal tetapi sangat berbaloi.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article
Selengkapnya Gaya Lelaki

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!