Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Carrier Kucing Bawah RM50, Selesa untuk Si Comel & Mudah Dibawa

Hanya yang terbaik untuk si comel anda!

Tanyalah kepada mana-mana pemilik haiwan peliharaan kucing, antara aksesori wajib yang harus ada adalah carrier. Carrier ini didatangi dalam pelbagai bentuk, rupa dan saiz. Ianya amat berguna jika kita hendak keluar membawa kucing ke klinik mahupun bersiar-siar.  Bergantung kepada keperluan masing-masing, memilih carrier kucing bukanlah perkara yang susah. 

Bolehkah 2 ekor kucing dimuatkan dalam satu carrier?

Ianya bergantung kepada saiz kucing peliharaan anda serta saiz carrier yang anda miliki. Pengudaraan yang baik serta ruangan mencukupi amat penting bagi sesebuah carrier agar kucing anda selesa dan mendapat oksigen dengan baik. Terutamanya jika anda hendak melakukan perjalanan yang jauh.

Justeru, edisi kali ini khas buat pencinta kucing yang hendak membeli carrier untuk kucing kesayangan. Jom tengok recommendation kami untuk carrier yang terbaik dengan harga kurang dari RM50;

Hanya Yang Terbaik buat Si Comel dengan 8 Carrier Kucing

Carrier bag kucing terbaik – sesuai untuk bersaiz kecil hingga sederhana
Semak Large Breathable Pet Travel Carrier Bag harga dibawah:

Carrier ini bersaiz besar dan boleh memuatkan lebih dari seekor kucing bersaiz kecil. Ianya diperbuat daripada material yang berkualiti dan tidak panas. Reka bentuknya menjamin pengudaraan yang baik untuk kucing anda. 

Carrier ini mudah untuk dipasang, hanya zip sekelilingnya sahaja. Ianya juga ringan dan mudah untuk dibawa.

Carrier kucing transparent pilihan terbaik – masa untuk pamer si comel
Semak Japanese Full Transparent Carrier harga dibawah:

Untuk anda yang mencari carrier transparent, ini jawapannya. Spesifikasinya hampir sama dengan carrier biasa yang pertama di atas, cuma bezanya adalah carrier ini transparent. Barulah boleh show off kucing kessyanagn anda pada rakan-rakan yang lain. Tak perlu buka carrier untuk melihat kucing anda jika anda khuatir ia akan lari.

Carrier kucing untuk kegunaan di dalam kenderaan
Semak Pet Booster Seat Travel Carrier harga dibawah:

Dengan carrier ini anda boleh memandu dengan lebih fokus dan selamat. Hanya strap carrier pada kerusi passenger dan kucing kesayangan anda boleh duduk dengan selesa. Ianya juga menjamin keselamatan kucing anda, melindunginya daripada terjatuh. Carrier ini adalah pelaburan yang sangat bijak.

Carrier kucing bentuk backpack, rekaan trend terkini
Semak Astronaut Capsule Pet Backpack Carrier harga dibawah:

Carrier ini amat trendy dan mudah untuk digalas. Ianya mempunyai tingkap transparent dihadapan untuk memudahkan kucing anda melihat persekitaran diluar. Carrier ini juga mempunyai lubang-lubang ditepi bag untuk aliran udara masuk. 

Jika anda tidak mahu menggunakan tingkap semi sfera, anda boleh menukarnya dengan jejaring udara yang disediakan.

Carrier kucing sling bag – mudah bawa si comel ke mana sahaja
Alpha Living
Semak Alpha Living Pet Carrier Sling harga dibawah:

Anda boleh memilih ini untuk membawa kucing anda berjalan-jalan di taman. Ianya selamat dan mudah untuk disandang kerana rekaannya hands-free. Kainnya juga jenis reversible dan tidak panas. Ini untuk memastikan kucing anda menerima pengudaraan yang baik. Si comel akan berasa selesa semasa berada di dalam beg ini.

Carrier kucing mudah lipat / foldable – menjimatkan ruang
Semak Pet Outdoor Carrier Travel Tote harga dibawah:

Carrier ini lebih sesuai digunakan jika anda hendak membuat aktiviti luar seperti piknik atau berkelah. Ini kerana ianya lebih selesa untuk kucing anda berehat kerana dasarnya yang lebih selesa dan dijamin selamat. Plus point, ianya mudah untuk dilipat dan tidak memakan ruangan penyimpanan yang banyak.

Carrier kucing backpack berbentuk harness – ringan dan selamat
Semak Pet Carry Bag Carrier harga dibawah:

Jika anda mahukan backpack yang lebih ringan, dapatkan ini. Ianya seperti harness yang dipasang pada badan kucing anda. Carrier ini mempunyai zipper yang selamat serta kain mesh diperbuat daripada material Oxford agar kucing anda tidak panas semasa berada di dalamnya. Carrier ini lebih sesuai untuk kucing yang bersaiz kecil dan ringan.

Carrier kucing dengan rekabentuk seperti sangkar
Catit
Semak HAGEN CAT IT Voyageur Pet Carrier harga dibawah:

Carrier sebegini adalah yang paling sering digunakan oleh pencinta kucing. Ianya teguh dan tahan lasak membuatkan carrier ini menjadi pilihan nombor satu untuk penggunaan travel yang lebih jauh atau dengan menggunakan kapal terbang. Carrier ini dilengkapi 2 pintu serta compartment makanan dan air.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article