Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Biar Betul? Anda Boleh Kraf Nama Pada Botol Coke Dengan Hanya RM8!

Hadiahkan diri sendiri, rakan baik atau teman istimewa dengan botol kaca Share A Coke!

Semenjak kempen Share A Coke (Kongsi Coke) dilancarkan di negara barat seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah beberapa tahun yang lalu, peminat di Asia juga telah kecoh dalam mencari nama mereka pada botol Coca-Cola, Diet Coke atau Coke Zero.

Ada yang untung kerana dapat menjumpainya ketika bercuti di London atau mempunyi kenalan di luar negara, sementara yang lain telah meninggalkan kedai runcit tanah air dengan tangan kosong.

Jika anda adalah salah seorang daripada peminat yang hampa akan hal ini, nampaknya ini adalah bulan bertuah anda.

Terima kasih kepada Shopee, kempen “Kongsi Coke” telah kembali ke Malaysia selepas muncul selama hanya 2 minggu pada tahun 2016, dan kali ini jenama Coca-Cola sekali lagi menjemput anda untuk meletakkan nama anda pada botol kacanya yang bersaiz 250ml.

Daripada mempamerkan nama sendiri, rakan baik, teman istimewa, ahli keluarga dan sebagainya, terdapat pelbagai kegunaan untuk anda memperibadikan nama pada botol Coca-Cola ini.

Yang menariknya, harga setiap botol Coke yang diperibadikan adalah cuma RM 8.00. Anda boleh meletakkan sebanyak 10 abjad dan angka sahaja (tidak termasuk simbol), dan pastikan bahawa tiada sebarang kesilapan menaip kerana botol yang telah dicetak tidak boleh dikembalikan.

Botol akan dihantar kepada pembeli dalam masa 4 minggu selepas pesanan dibuat, dan oleh kerana unitnya agak terhad, jangan lepaskan peluang keemasan anda untuk memiliki botol Coca-Cola eksklusif ini di Shopee

End of Article