Guru merupakan insan yang banyak membantu dalam pelajaran dan mengajar erti kehidupan. Tanpa guru, manusia tidak akan menjadi seorang yang berjaya dalam hidup pada masa akan datang. Mereka sebenarnya tidak mengharapkan hadiah daripada murid-murid tetapi cukuplah dengan sekadar berjaya dalam peperiksaan.

Walau bagaimanapun, sempena Hari Guru yang akan tiba pada 16 Mei ini, pasti ramai yang ingin memberi hadiah sebagai tanda menghargai jasa guru masing-masing. Ini adalah senarai beberapa hadiah yang sesuai diberikan sempena Hari Guru.

1. Springfield Greeting Card

Kad ucapan yang murah

Harga mulai RM8.90

shopping_cart Photobook Malaysia RM8.90

Tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli hadiah yang mahal kerana hanya dengan kad ucapan ini sahaja sudah mencukupi. Ucapkan terima kasih atau tulis apa yang hendak disampaikan kepada guru-guru yang telah banyak mengajar tanpa penat lelah supaya mereka rasa lebih dihargai.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. Non Woven Bag (Rectangle)

Hadiah Hari Guru yang simple

Harga mulai RM15.80

shopping_cart Printcious Malaysia RM15.80

Beg ini memang nampak sangat simple tetapi anda boleh pilih untuk meletakkan gambar apa sahaja asalkan sesuai. Selain itu, ia mempunyai ruang yang besar, jadi beg ini pasti memudahkan cikgu untuk meletakkan buku-buku atau barang lain. Ia juga boleh dibasuh dengan menggunakan mesin basuh jika terdapat kotoran.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Get Started Coaster

Harga mulai RM19.00

shopping_cart Photobook Malaysia RM19.00

Tempat alas cawan ini mempunyai kata-kata motivasi membangunkan supaya hari-hari anda memulakan sesuatu yang produktif. Dengan menggunakan alas ini, cawan tidak akan tergelincir walaupun meja basah. Selain itu, ia nampak elegan dengan tulisan dan warnanya sendiri.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. Shweets Chocolates Gift Set

Hadiah coklat untuk Hari Guru

Harga mulai RM20.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM20.00

Coklat merupakan kegemaran semua orang, jadi ini ialah set coklat yang sangat sesuai untuk diberikan pada cikgu tersayang. Terdapat empat perisa coklat yang berbeza iaitu Honeycomb, Oreo, Buttercrunch Toffee dan Berry Crunch didalam kotak elegan yang membuatkan coklat ini nampak sedap dan mahal.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. DIY Wall Clock Creative Sticker

Harga mulai RM30.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM30.90

Dinding rumah pasti akan nampak lebih cantik dengan jam DIY ini yang boleh diletakkan di mana sahaja. Hanya perlu tampalkan sticker diberi dan jam didinding akan berjalan sepeti biasa. Justeru itu, dengan menggunakan jam DIY ini, rumah akan nampak lebih cantik kerana idea jam yang kreatif.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. Serenity Notebook

Harga mulai RM36.00

shopping_cart Photobook Malaysia RM36.00

Letakkan gambar yang dikehendaki atau kata-kata motivasi pada kulit buku ini. Ia seperti buku tulis yang biasa mempunyai garis lurus tetapi uniknya gambar boleh diletakkan di kulit buku.

7. Intelligent Smart Robotic Vacuum Cleaner 

Harga mulai RM16.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM16.90

Vakum ini bergerak secara automatik disekitar rumah untuk menghilangkan semua habuk pada karpet atau yang tersembunyi. Ia mempunyai kualiti tinggi dan juga tahan lama. Hadiahkan vakum kepada cikgu untuk memudahkan kerja hariannya kerana dia pasti penat bekerja di sekolah.

7 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. Magic Mugs

Hadiah Hari Guru yang unik

Harga mulai RM37.40

shopping_cart Printcious Malaysia RM37.40

Ingin menghadiahkan sesuatu yang unik? Cawan ini bukan seperti cawan biasa kerana apabila air panas dituang ke dalamnya, ia akan bertukar dan menunjukkan gambar. Jadi, pilih gambar yang diingini atau ucapan sempena Hari Guru. Selain itu, warnanya juga tahan lama dan tidak pudar. Cawan ini pasti akan menjadi kegemaran cikgu anda!

6 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

9. Teachers' Day Thank You Teacher Soap Flower Rose Set

Hadiah untuk guru perempuan

Harga mulai RM45.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM45.00

Berikan set hadiah sabun berbentuk ros kepada cikgu perempuan anda. Ini kerana perempuan sangat menyukai bau yang wangi dan cantik. Selain itu, terdapat tiga warna sabun iaitu warna merah, ungu dan juga merah jambu. Inilah masanya untuk berikan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada cikgu yang tersayang.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

10. Classic Star Wars Tee

Hadiah untuk guru lelaki

Harga mulai RM49.00

shopping_cart F.O.S Factory Outlet Store RM49.00

Hadiahkan baju Star Wars yang sangat lembut dan selesa dipakai kepada cikgu lelaki kegemaran. Baju ini tidak panas kerana tiada kolar serta tahan lama. Selain itu, ia sesuai untuk dipakai ke mana sahaja. Jika guru lelaki kegemaran anda peminat Star Wars, dia harus mempunyai baju ini!

11. SOONARU Zinfandel Light Crepe Shawl

Hadiah tudung kualiti baik

Harga mulai RM67.05

shopping_cart Zalora Malaysia RM67.05

Tudung ini mempunyai jahitan yang sangat kemas disekelilingnya. Ia senang dibentuk dan warnanya juga sangat cantik. Kain ini ialah jenis crepe, jadi tidak panas apabila digunakan. Cikgu anda pasti akan sukakanya!

12. Portrait Blank

Gambar hadiah untuk hari guru

Harga mulai RM69.00

shopping_cart Photobook Malaysia RM69.00

Hadiahkan gambar bersama cikgu kesayangan untuk disimpan sebagai kenangan supaya detik kegembiraan akan sentiasa diingati. Ia juga mempunyai kualiti gambar yang tinggi kerana dilapisi oleh gloss licin supaya nampak berkilau dan lebih rapi. Dengan menggunakan kod “APR18”, anda boleh mendapat potongan sebanyak 40%!

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

13. Happy Smiles Tumbler

Harga mulai RM89.00

shopping_cart Photobook Malaysia RM89.00

Tumbler ini sangat sesuai diberikan kepada cikgu yang suka minum kopi atau mungkin hot chocolate yang tidak terlalu panas. Letakkan ucapan atau kata-kata motivasi supaya mereka rasa lebih bersemangat ketika hendak mulakan kerja.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

14. The Modern Duke's Pudding

Kek sesuai untuk Hari Guru

Harga mulai RM99.00

shopping_cart Cat & The Fiddle RM99.00

Cheese kek Oreo ialah kek kesukaan cikgu anda? Kek yang dilimpahi dengan Oreo pada permukaan kek serta terdapat serpihan Oreo didalamnya. Pasti anda tidak akan menyesal membeli kek ini kerana ia kaya dengan cheese dan dibakar sepenuhnya.

15. Best Teacher Ever Teddy Bear

Hadiah patung beruang kecil

Harga mulai RM129.00

shopping_cart Photobook Malaysia RM129.00

Hadiahkan patung beruang comel ini untuk cikgu kesayangan. Ia mempunyai magnet tersembunyi ditapak tangan yang membolehkannya membuat pelbagai gerakkan dan eksperasi berbeza. Selain itu, patung beruang ini disarungkan dengan baju putih dimana anda boleh letakkan gambar atau ucapan untuk cikgu kesayangan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Azreena

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!