Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

37 Cadangan Hadiah untuk Ibu di Malaysia 2024

Oh ibu, engkaulah ratu hatiku!

Bila ditanya seorang ibu, apakah hadiah yang dia nak untuk hari ibu dan apakah hadiah terbaik untuk ibu secara keseluruhan, pasti jawapannya 'tidak ada apa-apa'.

Tidak dinafikan, bukan mudah untuk kita pilih hadiah sesuai untuk ibu malah ada kalanya keliru mencari idea hadiah untuk ibu.

Sebenarnya cukup menghargai kehadirannya, membantu meringankan beban mereka dan menghormati mereka adalah antara hadiah istimewa.

Tapi, jika anda tetap ingin memberi hadiah, tidak perlu pening kepala fikir barang apa nak kena beli kerana kami ada senarai lebih puluhan jenis hadiah.

Jom kita lihat senarai pilihan hadiah untuk ibu tersayang, permaisuri hati!


Senarai 37 Hadiah Untuk Ibu Tersayang

Table of Contents

Hadiah terbaik untuk ibu secara keseluruhan
ECOVACS DEEBOT U2PRO Robot Vacuum Cleaner With Mop
mulai
RM1,099.00
Semak ECOVACS DEEBOT U2PRO Robot Vacuum Cleaner With Mop harga dibawah:
add_circle Tangki air 300ml
add_circle Kuasa sedutan 1500Pa
add_circle Sensor anti perlanggaran
add_circle Maksima masa operasi 110 minit
add_circle Bateri dicas semula secara automatik
remove_circle Bunyi agak bising, melebihi 66dBA

Robot vacuum ECOVACS boleh memastikan setiap ruang di rumah anda bebas daripada habuk dan bulu halus agar alahan atau serangan asma dapat dielakkan. 

Mempunyai 3 mod pembersihan iaitu Auto, Spot serta Edge

Boleh bergerak bebas dengan selamat sekitar rumah ketika beroperasi kerana menggunakan anti-drop sensor agar dapat mengelakkan dari terjatuh di tangga. 

Tak perlu buang kotoran yang telah disedut dengan kerap kerana kapasiti bekas habuk besar iaitu 400ml. 

Bukan itu sahaja, ia mampu membersihkan ruang berkeluasan 200 meter per segi apabila dicas penuh. 

Kesan kotoran kicap, sos atau kopi yang tumpah juga boleh dihilangkan semudah ABC dengan adanya fungsi mop pada robot vakum ini. 

Ini boleh jadi hadiah terbaik untuk ibu anda, sekali gus boleh meringankan beban ibu untuk mengurus rumah agar sentiasa bersih.

Hadiah untuk ibu yang murah untuk beribadah
Zehco Digital Tasbih
mulai
RM25.75
Semak Zehco Digital Tasbih harga dibawah:
add_circle Free size
add_circle Kalis peluh
add_circle Rekaan ergonomik
add_circle Tak mudah terjatuh
add_circle Sesuai untuk semua saiz jari
remove_circle Harga mahal

Tasbih digital Zehco ini diperbuat daripada silikon jadi selesa dipakai pada jari ibu anda.

Bagi yang mempunyai masalah tapak tangan mudah berpeluh, anda tak perlu risau kerana tasbih digital ini mempunyai ciri anti peluh.

Alat ini perlu dicas menggunakan kabel USB dan baterinya mampu bertahan sehingga 3 bulan penggunaan jika dicas penuh selama 2 jam.

Turut lengkap dengan ciri lock screen agar data jumlah kiraan zikir anda tak akan hilang. 

Terdapat 5 pilihan warna menarik untuk semua, rekaannya juga cantik dan lain daripada tasbih digital lain yang ada di pasaran. 

Hadiah untuk ibu 50 tahun
Al Quran Digital Al Falah
mulai
RM195.99
Semak Al Quran Digital Al Falah harga dibawah:

Sememangnya sudah menjadi impian sorang anak untuk membantu orang tuanya yang ingin lebih mendekatkan diri pada agama pada usia senja.

Sudah menjadi kebiasaan di usia tua, orang tua kita akan lebih banyak luangkan masa menunaikan ibadah seperti membaca Al-Quran dan sebagainya.

Jadi hadiah Al-Quran digital ini memang sangat sesuai untuk ibu anda kerana ia akan membantu memberi panduan lengkap cara bacaan yang betul.

Bukan itu sahaja, cara bacaan yang betul juga boleh didengari menerusi pen pembaca digital yang disertakan.

Selain itu, Al-Quran digital ini lulus KDN, jadi tak perlu risau jika terdapat kesalahan dalamn cetakan Al-Quran ini.

Hadiah terbaik untuk ibu hamil
REALEOS Foldable Running Treadmill
mulai
RM142.39
Semak Realeos Foldable Running Treadmill harga dibawah:
add_circle Boleh lipat
add_circle Mudah dibawa kemana saja
add_circle Boleh menampung lebih 200 kg
remove_circle Manual
remove_circle Pemegang mudah goyah

Jangan tak tahu ya, para ibu mengandung juga boleh menggunakan treadmill sebagai senaman ringan.

Jadi kami mengesyorkan ibu hamil menggunakan treadmill manual dari jenama Realeos.

Ini kerana kaedah treamill manual bersifat mudah alih dan anda boleh mengawal sendiri kelajuan yang sesuai.

Sistem ini lebih selamat dan sangat praktikal untuk senaman ringan dan paling menarik tidak memerlukan elektrik kerana mekanisme treadmill manual menggunakan pemberat khas bagi memudahkan pengguna untuk melaraskan pergerakan belt.

Walaupun manual, Realeos masih membekalkan pengguna dengan paparan digital untuk mengesan kalori, kelajuan, masa dan jarak larian.

Hadiah untuk ibu 70 tahun
Sejadah Maryam
mulai
RM40.00
Semak Sejadah Sandar MARYAM harga dibawah:

Jika ibu anda sering ke kuliah atau memanfaatkan masa lapang dengan mengaji di rumah, berikan kejutan buat ibu tercinta dengan sejadah sandar daripada Maryam ini.

Dengan material lembut dan saiz kecil yang mudah dibawa ke mana-mana, sejadah ini memberi keselesaan di samping kemudahan untuk mengerjakan ibadah.

Pasti ibu anda akan tersenyum lebar tiap kali menggunakan sejadah ini.

Pemanggang Elektrik Multi Cooker BBQ
mulai
RM61.84
Semak Pemanggang Elektrik Multi Cooker BBQ harga dibawah:

Jika ibu anda suka memasak dan gemar mencuba resipi masakan baharu, anda wajib hadiahkan Pemanggang Elektrik Multi Cooker BBQ ini.

Tentu ibu anda akan suka dengan pemanggang elektrik ini kerana mudah digunakan dan boleh cuba resipi masakan bakar.

Apa yang menarik, ia tidak memerlukan gas dan hanya perlu masukkan ke plug soket dan terus boleh grill makanan.

Kalau nak beli dan beri kepada isteri anda sempena hari ibu pun boleh, jadi anda pun boleh merasakan masakan panggang isteri anda.

Hadiah untuk ibu murah tapi bermakna
Siti Khadijah Telekung Signature Sari Mas in White
mulai
RM125.00
Semak Siti Khadijah Telekung Signature Sari Mas in White harga dibawah:

'Nak, mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah'

Siapa tidak kenal jenama Siti Khadijah?

Jenama yang seringkali meniti di bibir para wanita tiap kali ingin membeli telekung.

Bukan hanya pada jenama, telekung rekaan mereka terbukti memberi keselesaan kerana fabriknya yang sejuk dan lembut.

Ayuh dapatkan tudung ini dengan harga yang berpatutan akan tetapi mampu memberi makna kepada si ibu.

Hadiah untuk ibu mesin treatment muka
FOREO
foreo untuk kulit muka
mulai
RM1,699.00
Semak FOREO UFO™ 2 Facial Treatment Device For All Skin Types harga dibawah:

Selain daripada memanjakan ibu anda di spa, anda juga boleh buat rumah anda spa dengan menghadiakan FOREO UFO™ 2.

Produk ini sangat famous untuk fungsi merawat muka di rumah, jadi hadiahkan FOREO ini pada ibu anda untuk mereka rasai rawatan muka ala-ala spa.

Fungsi Foreo ini akan membantu anda merawat keadaan kulit tertentu dengan terapi cahaya LED.

Anda tidak perlu risau kerana produk ini sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit. 

Dengan penggunaan yang berterusan boleh membuatkan kulit cantik sekaligus menjadikan kulit kelihatan lebih sihat, segar dan awet muda.

Hadiah untuk orang tua
Dyson
dyson air purifier
mulai
RM1,799.00
Semak Dyson Pure Cool™ air purifier harga dibawah:

Ibu anda sering mengadu sakit dada ataupun sering batuk dirumah?

Mungkin kerana faktor habuk yang tidak kelihatan di dalam rumah, dan kalau sudah lanjut usia lagilah bahaya membiarkan ibu terdedah dengan persekitaran berhabuk.

Anda boleh berikan air purifier ini kepada ibu anda untuk dipasang di rumah bagi menghapuskan habuk habuk kecil yang tidak kelihatan dengan mata kasar. 

Selain dapat menjaga kebersihan, kesihatan mereka juga turut sama terjamin!

Manjakan badan ibu dengan mesin pengurut
GINTELL
gintell messager
mulai
RM9,988.00
Semak GINTELL DéVano SC Queen Massage Sofa harga dibawah:

Jenama Gintell sangat terkenal dalam rangkaian alatan penjagaan kesihatan.

Produk terbaru dari Gintell ini dapat mengurangkan rasa letih dan melegakan kekejangan otot, meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan dalam badan dengan 7 teknik urutan utama.

Jadi, hadiah ini sangat sesuai untuk ibu kerana setelah penat melakukan kerja rumah atau melalukan kerja di pejabat.

GINTELL DéVano SC Queen Massage Sofa ini mempunyai 3 mod berbeza iaitu mod kerusi, sofa dan urut. Menarik bukan?

Hadiah hari ibu smartwatch
Apple
apple smart watch
mulai
RM1,199.00
Semak Apple Watch SE 2nd Generation (GPS) harga dibawah:

Jam tangan ini memudahkan untuk mengira denyutan jantung, langkah, jarak dan kalori terbakar akibat aktiviti yang dijalankan.

Memang sesuai untuk ibu anda yang sukakan melakukan aktiviti lasak.

Jam dari jenama Apple ini dapat memberi peringatan supaya bergerak aktif untuk mencapai matlamat hidup sihat. 

Boleh gunakannya semasa melakukan aktiviti outdoor mahupun di dalam air.

Jadi ibu anda tidak perlu bawa telefon bimbit ketika bersenam kerana boleh berhubung melalui jam ni saja.  

Hadiah hari ibu mesin urut kaki
SNOWFIT
foot massage
mulai
RM799.00
Semak SNOWFIT SnowFeet PRO XL Foot Massager Reflexology Machine harga dibawah:

Ibu anda selalu rasa sakit kaki selepas seharian berjalan atau berdiri terlalu lama ketika bekerja?

Ini adalah mesin urut kaki yang sangat sesuai untuk melegakan ketegangan urat dan meningkatkan peredaran darah.

Mesin ini mengurut dari betis sehingga ke tapak kaki dengan tekanan yang sederhana untuk melegakan kesakitan kaki ibu.

Jadi selepas ini, tapak kaki pasti akan lebih selesa dan boleh berjalan dengan lebih lama lagi. 

tudung fazura
mulai
RM97.00
Semak Tudung FAZURA Black Label "Leilani" Collection (10 Designs) harga dibawah:

Ingin membuat ibu anda gembira tanpa perlu berbelanja lebih?

Dapatkan tudung Fazura untuk memiliki tudung eksklusif keluaran artis ternama Malaysia, Fazura dengan harga mampu milik.

Rekaan corak pada tudung yang berona lembut menggunakan warna pastel ini pasti kelihatan lembut dan ayu ketika disarungkan di kepala.

Paling penting, sesuai dipakai oleh ibu setiap hari atau untuk hadiri majlis-majlis khas.

Para ibu yang meminati Fazura wajib memiliki sekurang kurangnya satu helai tudung keluaran Fazura ini!  

Blusher yang sesuai untuk si ibu
rare beauty liquid blush
mulai
RM118.00
Semak RARE BEAUTY Soft Pinch Liquid Blush harga dibawah:

Jika ibu anda sukakan bersolek, bolehlah belikan blusher dari Rara Beauty yang viral ini!

Tekstur pemerah pipi yang tahan lama ini mempunyai warna cantik dalam kemasan matte dan dewy yang akan buatkan si pemakai tampak lebih manis.

Jangan risau, blusher ini sesuai untuk semua warna kulit kerana mengandungi 11 warna pilihan yang natural, anda tinggal pilih sahaja untuk ibu.

Mudahkan ibu anda dengan sekali gosok
Panasonic
panasonic-steam-generator-iron
mulai
RM2,399.00
Semak Panasonic Steam Generator Iron GT500 harga dibawah:
add_circle Tangki air boleh tanggal besar 1.8 L
add_circle Pembersihan mudah
add_circle Stim menegak
remove_circle Bunyi panaskan air sedikit bising

Hadiahkan ibu anda seterika steam jenama Panasonic ini!

Ibu tersayang pasti akan terus tersenyum sebab dapat menggosok baju dengan mudah. 

Iron ini memang kena ada satu dekat rumah sebab bukan sahaja jimat masa, malah tenaga sebab ibu anda boleh buat banyak lagi benda.

Teknologi yang ada pada steam iron ini dapat melaraskan suhu yang dikehendaki semasa seterika baju jenis material berlainan sekaligus tidak mudah terbakar tau!

Menariknya, seterika ini akan tutup secara automatik jika tidak menggunakannya walaupun sedang suis sedang berfungsi.

sketcher kasut wanita
mulai
RM429.00
Semak Skechers Women Sport Arch Fit Modern Rhythm Shoes - 149717-BKHP harga dibawah:

Kasut dengan warna cerah ini tampak bergaya dan ranggi jika digayakan oleh ibu anda. 

Pasti mereka kelihatan muda daripada usia. Kasut keluaran Sketcher ini sudah dikenali ramai atas faktor keselesaan yang dijamin 100%.

Meskipun harganya agak mahal, namun jika dibandingkan dengan tahap keselesaan yang ditawarkannya, ianya sudah amat berpatutan. 

Mari beli segera untuk anda sarungkan ke kaki si ibu sempena Hari Ibu tahun ini!

Hadiah birthday untuk ibu yang gemarkan baking
Cornell
oven cornell baru murah
mulai
RM319.00
Semak Cornell Electric Oven CEO-SE50L harga dibawah:
add_circle 6 pilihan fungsi pemanasan
add_circle Pemegang oven tahan karat
add_circle Rod pemanas dari besi tahan karat
remove_circle Bentuk rekaan sederhana

Terbaik buat si ibu yang gemarkan mememasak pastries atau membuat biskut dengan menggunakan oven dari Cornell yang didatangi dengan 50L kapasiti untuk sekali masak.

Bukan itu saja, kelebihan lain Cornell Electric Oven CEO-SE50L adalah dapat mengawal suhu sehingga 250 ℃ dan mempunyai pemasa automatik 60 minit.

Hadiah bag untuk ibu
Christy Ng
Christy Ng Tote Mini _ Dusty Pink
mulai
RM44.00
Semak Fillmore SS23 Mini Canvas Tote harga dibawah:

Jika ibu anda salah seorang bag collector, anda boleh hadiahkan mereka mini canvas tote dari jenama Christy Ng ini!

Rekaannya yang simple dan manis ini akan membuatkan si pemakai tampak cantik dan bergaya tau. 

Tambahan pula, bag ini sangat sesuai dibawa ke mana sahaja kerana boleh saiznya yang sederhana besar membolehkan banyak barang boleh diletakkan di dalamnya. 

Kalau ibu anda tidak berminat dengan warna merah jambu, mini tote bag ini ada lagu dua pilihan warna iaitu hitam dan coklat.

Hadiah ibu ulang tahun
Photobook Malaysia
gambar
mulai
RM79.00
Semak Photobook Malaysia Canvas Print/Air 1 Pc (Wall & Home Decor) harga dibawah:

Jarang kita lihat hadiah diberikan dalam bentuk photo frame canvas bukan? 

Namun mengapa tidak? Pasti memberi senyuman pada wajah si ibu pada ulang tahunya. 

Anda boleh membuat pesanan khas untuk memilih gambar mana yang anda ingini, mereka pasti mampu merealisasikannya. 

Kami yakin ibu anda tidak jemu memandang photo frame di dinding terutama jika anda memilih gambar keluarga.

Forest Ladies Windbreaker Women Jacket Jogging Running Hoodie Waterproof Jacket
mulai
RM69.00
Semak Forest Ladies Windbreaker Women Jacket Jogging Running Hoodie Waterproof Jacket harga dibawah:
add_circle Fabrik berkualiti
add_circle Sesuai untuk pelbagai aktiviti
add_circle Rekaan ringkas
add_circle Murah
remove_circle Kurang breathable

Ibu anda seorang yang aktif bersukan dan anda masih mencari barang yang sesuai?

Hadiahkan mereka jacket sukan jenama Forest ini! 

Rekaan jacket yang simple dengan kocek pada bahagian depan baju memudahkan si pemakai. 

Ibu anda akan kelihatan ranggi ketika melakukan aktiviti di luar rumah.

Hadiah untuk ibu 60 tahun
Orkid Latex Printed 3D
mulai
RM250.00
Semak Orkid Latex Printed 3D harga dibawah:

Beri Orkid Lated Printed 3D ini kepada si ibu sempena ulangtahun ke 60. 

Kualitinya yang dijamin bermutu tinggi pasti akan dapat kekal lama.

Set ini didatangkan dengan pasu yang boleh anda pilih sendiri. Ia pasti menceriakan hati dan rumah si ibu. 

Buat ibu yang gemar mengumpul koleksi solekan.
No Brand
mulai
RM42.90
Semak Adjustable 360 Rotate Cosmetic Case Storage harga dibawah:

Bekas menyimpan solekan ini tahan lama dan boleh digunapakai untuk mempamerkan set koleksi solekan kegemaran ibu anda.

Rekabentuknya diamond dan boleh diputar sebanyak 360 darjah.

Ini memudahkan ibu anda mencari solekan kegemarannya tanpa perlu memunggah keluar dari bekas.

Hadiah untuk ibu mertua
Tupperware Blue Royale Serveware
mulai
RM123.00
Semak Tupperware Blue Royale Serveware harga dibawah:
add_circle Ada dua pilihan warna
add_circle BPA free
add_circle Boleh guna untuk microwave
remove_circle Harga mahal

Siapa yang tak suka Tupperware?

Semua perempuan tidak kira usia, tua ataupun muda pasti menggemari produk keluaran Tupperware ini. 

Set yang didatangkan lengkap dengan semua kelengkapan set makan ini menjadi dambaan semua wanita untuk dijadikan koleksi untuk musim kali ini. 

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan set Tupperware Blue Royal ini untuk dihadiahkan khas buat ibu mertua kesayangan anda!

Hadiah ibu mengandung
Bantal Ibu Mengandung
mulai
RM39.83
Semak Bantal Ibu Mengandung harga dibawah:
add_circle Menyokong badan ibu mengandung
add_circle Menjaga postur badan ibu
add_circle Tekstur linen lembut
remove_circle Makan ruang banyak

Ibu mengandung seringkali mengadu sakit belakang

Jadi buat kejutan kepada mereka sempena Hari Ibu dengan memberi bantal peluk khas buat mereka. 

Didatangkan dengan 5 warna yang berbeza jadi anda boleh pilih mana satu warna kegemaran mereka. 

Dengan pemberian ini, mereka pasti dapat tidur dengan selesa!

Hadiah untuk ibu berpantang
MIZONA Adjustable Nursing Chair
mulai
RM109.90
Semak MIZONA Adjustable Nursing Chair harga dibawah:

Saat kita mendengar berita kelahiran ahli baru dalam keluarga, pasti kita teringat akan si bayi. 

Namun si ibu adalah yang paling banyak bertarung nyawa, jadi beri penghargaan buat si ibu dengan memberi kerusi khas untuk ibu mengandung ini!

Kerusi ini sesuai untuk si ibu yang ingin menyusukan bayi untuk memberi keselesaan kepada mereka.

Terdapat 4 pilihan warna yang cantik untuk anda pilih. 

Pasti si ibu suka hadiah berguna seperti ini!

Hadiah hari raya untuk ibu
KUN Eyelet Starry Stylish Curtain
mulai
RM12.90
Semak KUN Eyelet Starry Stylish Curtain harga dibawah:

Ceriakan rumah anda dengan langsir baru buat menggembirakan hati si ibu sempena hari raya ini. 

Langsir yang datang dengan pelbagai warna ini pasti mampu menaikkan seri rumah.

Lagipun dapat memberi suasana yang berbeza untuk menyambut perayaan sekali setahun ini!.

Si ibu boleh memilih sendiri rekaan ataupun warna mana yang mereka minati. 

Hadiah bag tangan untuk ibu
SEMBONIA Winged Satchel Tote Bag
mulai
RM419.00
Semak SEMBONIA Winged Satchel Tote Bag harga dibawah:

Beg ini sesuai dipakai ke mana-mana tempat atau acara kerana warnanya senang untuk dipadankan dengan baju.

Terdapat banyak poket dan ruang untuk meletakkan barang di dalam beg dan yang paling penting ialah berzip. 

Malah, mempunyai tali yang panjang untuk menyilangkan beg bagi yang tidak suka memegang beg tangan. 

Khas buat mama tersayang, gembirakan hatinya sempena hari istimewa ini! 

Hadiah hari ibu set periuk Tefal
Tefal
mulai
RM209.99
Semak Tefal Bistro Red Cookware Set Pots & Pans (5pcs) harga dibawah:

Ibu anda gemar ke dapur dan memasak makanan yang enak-enak buat hidangan keluarga?

Apa kata hadiahkan set cookware dari Tefal ini dengan mengandungi 5pcs cookware dalam satu kotak termasuk 2 frypan, 2 saucepan, milkpan dan penutup.

Periuk-periuk ini disalut dengan non-stick coating dan anti-calar agar memudahkan ibu anda memasak.

Dilengkapi dengan teknologi Thermospot dimana berfungsi penunjuk bahawa periuk sedang dipanaskan.

Hadiah hari ibu set pinggan mangkuk moden
Corelle
Set pinggan mangkuk moden
mulai
RM239.00
Semak Corelle Livingware City Block Dinner Set harga dibawah:

Set pinggan ini berkonsepkan moden kerana warna yang digunakan ialah hitam dan putih.

Mempunyai corak geometri yang membuatkan pinggan ini nampak lebih elegan.

Terdapat beberapa jenis pinggan didalam set ini iaitu piring, pinggan, mangkuk serta cawan.

J'adore Eau De Parfum Infinissime (50 ml)
mulai
RM565.00
Semak J'adore Eau De Parfum Infinissime (50 ml) harga dibawah:

Wangian istimewa daripada Dior ini sering menjadi pilihan para wanita kerana baunya yang mewah, harum dan tahan lama. 

Mengandungi esen dari bunga dengan ekstrak daripada Centifolia Rose, Jasmine Sambac, Ylang-Ylang dan Grasse Tuberose memberi ‘exotic feel’ kepada si pemakai selepas menggunakannya. 

Pasti si pemakai tampil lebih yakin apabila menyembur wangian ini ke tubuh mereka. 

Hadiah hari ibu tupperware
Tup Tiffin
Tuppaware Tup Triffin
mulai
RM32.80
Semak Tupperware Tup Tiffin Set (4) 550ml harga dibawah:

Jika ibu anda seorang yang sukakan koleksi tupperware, boleh belikan mereka Tup Triffin.

Maklumlah, para ibu akan gunakan tupperware ini untuk waktu kecemasan.

Misalnya untuk menyimpan lebihan makanan di rumah apabila tiada tempat yang sesuai untuk menyimpan.

Mungkin dengan pemberian koleksi tupperware Tup Triffin yang mempunyai empat tingkat dan pelbagai warna ini membuatkan ibu anda lebih menyayangi anda.

Hadiah hari ibu barang perhiasan
Her Jewellery
mulai
RM99.90
Semak Her Jewellery Double Ring 3 Styled Embellished Swarovski harga dibawah:

Seperti kita tahu, kebanyakan wanita sukakan barang perhiasan seperti cincin, gelang, rantai atau anting-anting.

Jika ibu anda tergolong dalam kumpulan ini, hadiahkan saja Her Jewellery Double Ring 3 Styled!

Mesti dia suka teruja dengan pemberian kecil ini.

Berikan ketegangan kulit pada wajah si ibu.
SK-II
SK-II Pitera
mulai
RM272.00
Semak SK-II PITERA (Power Kit) harga dibawah:

Semua wanita inginkan kecantikan termasuklah ibu kita tapi malangnya, kesibukan jadual hariannya membesar dan mendidik kita membuatkan kesihatan kulilt wajahnya terjejas.

Ibu anda layak untuk tampil cantik dan berseri-seri dengan SK-II Facial Treatment Pitera (Power Kit) kerana set ini mengandungi cleanser, milky lotion dan juga krim wajah yang sesuai untuk menganjalkan kulit.

Set Lip Gloss buat ibu tersayang
PAT MCGRATH LABS Love & Lust Lip Gloss Duo
mulai
RM150.00
Semak PAT MCGRATH LABS Love & Lust: Lip Gloss Duo harga dibawah:

Duo pewarna bibir mewah ini menyerlahkan warna erotik yang sama rata dengan kilauan yang menggoda dari glossy balm.

Pasti ibu anda akan tampak muda dari usianya apabila mengoles pengilat bibir ultra-ringan ini! 

Formulasi kandungan dalam set edisi terhad ini diolah supaya gelnya tidak melekit. Jadi si pemakai akan kekal selesa tanpa merasa seperti memakai apa apa di bibir.

Mesin kopi untuk si ibu yang penggemar kafein.
Petrus
Petrus PE3320
mulai
RM309.00
Semak Petrus PE3320 Coffee Machine harga dibawah:
add_circle Ringan dan saiz yang kecil
add_circle Design retro yang sangat cantik
remove_circle Material binaan plastik
remove_circle Bunyi agak bising

Adakah ibu anda seorang yang gemar minum kopi terutama pada waktu pagi?

Apa kata hadiahkan kepadanya mesin kopi Petrus PE3320 yang didatangi 0.8 liter supaya ibu anda dapat membancuh kopi dengan mudah. 

Malah, bukan setakat boleh bancuh kopi asli saja tapi dapat membancuh cappuccino, latte dan juga mocha.

Jadi, tak perlu membazir beli di kedai atau cafe, bancuh saja di rumah!

Jambanan bunga kait untuk Hari Ibu
JYJ Daisy Crochet Knitting
mulai
RM32.90
Semak JYJ Daisy Crochet Knitting harga dibawah:

Tidak ada wanita yang akan menolak jika dihadiahkan bunga,apatah lagi bunga yang dikait khas.

Jambangan bunga kait ini agak mahal jika dibandingkan dengan bunga segar di pasaran.

Namun kerana nilai estatikanya serta masa yang diambil untuk menyiapkan setiap kelopak bunga, maka harganya amatlah bersesuaian.

Bunga ini tidak layu jadi penjagaannya tidaklah serumit bunga segar. 

Malah kekal selamanya dan dapat diabadikan untuk tempoh yang begitu panjang. 

Ibu anda pasti menyukai pemberian anda pada kali ini!

Hadiah untuk ibu yang gemar bersolek
Authentic Dior Backstage Glow Face Palette 10g
mulai
RM210.00
Semak Authentic Dior Backstage Glow Face Palette 10g harga dibawah:

Ibu anda seorang yang gemar bersolek?

Masukkan Backstage Glow Face Palette ini dalam list hadiah untuk diberikan sempena Hari Ibu kelak.

Palet ini menjadi dambaan setiap wanita kerana rona warnanya yang tampak mahal dan elegan

Ayuh dapatkan segera sebelum anda berputih mata. 


Bagaimana Cara Untuk Memilih Hadiah Terbaik Untuk Ibu Anda?

Sebenarnya bila tiba hari ibu atau hari istimewa untuk ibu kita seperti hari lahir dan sebagainya, kita jadi pening sebab tak tahu nak pilih hadiah yang mana satu.

Tambahan lagi di pasaran ada pelbagai pilihan barangan untuk ibu kita, tapi kalau boleh kita mestilah kita nak pilih hadiah yang sesuai dengan cita rasa ibu kita.

Ada beberapa perkara yang anda boleh lihat atau nilai sebelum buat pembelian hadiah untuk ibu anda, jadi pertimbangkan beberapa perkara berikut:

  • Pertimbangkan hobi dan minat ibu anda seperti minat berkebun, memasak, membaca, atau hobi-hobi harian yang lain. Ini akan menunjukkan anda seorang yang mengambil perhatian terhadap apa yang diminati ibu anda.
  • Bersikap sentimental dengan pemberian seperti barang peribadi, album foto, atau kraftangan buatan tangan yang boleh beri makna istimewa bagi ibu anda agar anda sentiasa berada dalam ingatannya.
  • Mendengar keinginan atau komen ibu anda tentang sesuatu perkara seperti keinginan ibu untuk pergi bercuti atau melakukan aktiviti yang tidak pernah dilakukan. Ini akan membuatkan anda seorang anak yang sentiasa mendengar apa yang diperkatakan ibu.
  • Tunjukkan penghargaan terhadap penat lelahnya selama ini dengan memberikan hadiah seperti spa atau percutian yang menenangkan agar ibu anda boleh berehat dengan lebih lama dan puas.

Itulah antara perkara yang anda boleh pertimbangkan sebelum buat pemilihan jenis hadiah apa yang anda ingin berikan, dan paling penting pemberian tersebut perlulah ikhlas dari hati anda.


Artikel Berkaitan

End of Article