Kasih sayang yang diberikan oleh ibu kepada setiap anak memang tiada bandingan. Ibu ialah orang yang sentiasa menyokong dan merupakan tulang belakang untuk setiap orang. Justeru itu, hargailah ibu anda ketika mereka masih lagi ada disisi dengan membuatkan mereka berasa bahagia.

Anda tidak perlu membelanjakan wang yang sangat banyak untuk membuat seseorang itu berasa dihargai dan disayangi. Runsing dan tidak tahu hadiah apa untuk diberikan kepada ibu?  Jangan bimbang, ini ialah beberapa cadangan hadiah untuk diberikan sempena hari ibu yang jatuh pada 13 Mei 2018 tahun ini.

1. Pink Clouds Roses

Bunga ros merah jambu yang segar
Harga mulai RM197.00
Flower Advisor Malaysia RM197.00

Bunga ros yang berwarna merah jambu ini menandakan penghargaan dan kasih sayang kepada seseorang. Oleh sebab itu, ia sangat sesuai diberikan sebagai hadiah kepada ibu anda. 12 kuntum bunga ros ini juga dibekalkan sekali dengan pasu bunga yang elegan.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. Mommy World Photobook

Customize gambar dengan Photobooks
Harga mulai RM159.00
Photobook Malaysia RM159.00

Pilih gambar yang anda inginkan untuk mengingati kenangan bersama orang yang tersayang dan menjadikan ia sebagai buku. Selain itu, catatkan perasaan atau ucapan yang diingini untuk membuat ibu rasa lebih dihargai. Dengan hanya menggunakan gambar sahaja dapat menunjukkan kasih sayang terhadap seseorang.Anda juga dapat menikmati diskaun ekstra 35% dengan menggunakan kod APR18.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Aqua Shine Facial Treatment

Home facial treatment yang menenangkan
Harga mulai RM149.00
Effortless RM149.00

Tidak perlu ke spa untuk kelihatan cantik dengan adanya “home service facial” yang cepat dan menjimatkan masa.  Ia dapat merawat kulit yang kering serta menyegarkan kulit kusam. Setiap wanita perlukan masa untuk memanjakan diri sendiri setelah penat bekerja seharian. Jadi, tidak salah untuk hadiahkan facial treatment inikepada mama tersayang.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. Real Rose Gold Plated Environmental Tin Alloy Czech Rhinestone

Set barang kemas rose gold
Harga mulai RM16.91
Pandahall.com RM16.91

Didalam set barang kemas ini terdapat rantai dan anting-anting yang diperbuat daripada rose gold. Rantai dan anting-anting ini berbentuk hati serta bentuknya agak tebal. Sesiapa yang menerima set barang kemas ini pasti akan tersenyum kerana bentuknya yang unik dan cantik.

5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. SEMBONIA Synthetic Leather Tote Bag

Beg tangan jenis kulit sintetik
Harga mulai RM164.50
Lazada Malaysia RM164.50

Beg ini sesuai dipakai ke mana-mana tempat atau acara kerana warnanya yang senang untuk dipadankan dengan warna baju. Terdapat banyak poket dan ruang untuk meletakkan barang didalam beg dan yang paling penting ialah berzip. Ia juga mempunyai tali yang panjang untuk menyilangkan beg bagi yang tidak suka memegang beg tangan.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. Elianto Trio Miniature EDP Set

Harga mulai RM65.94
Hermo Malaysia RM65.94

Perfume ini mempunyai tiga jenis botol dan wangian iaitu Ballet, Taffy dan bBlush. Ia direka khas untuk menaikkan semangat wanita supaya mempunyai keyakinan yang tinggi. Mempunyai bau perfume yang sangat wangi bagai berada di taman bunga. Botol kaca perfume ini juga nampak mewah kerana bentuk serta warna botol tersebut.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. 100-mins Muslimah Full Body Massage + Sauna

Harga mulai RM38.00
Fave Malaysia RM38.00

Pakej ini menyediakan pakej urut seluruh badan selama 1 jam dan sauna selama 40 minit. Badan akan rasa lebih segar kerana pakej ini dapat bantu menenangkan urat-urat yang tegang. Ia direka khas untuk wanita muslimah supaya mereka berasa lebih selesa. Selain itu, sesi sauna dapat menghilangkan toksik yang ada terkandung didalam badan.

9 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. Hi-Tea Buffet and Admission to Blue Coral Aquarium

Harga mulai RM75.00
Fave Singapore RM75.00

Nikmati hidangan makanan Malaysia dan antarabangsa di Atmosphere 360 yang terletak didalam Menara Kuala Lumpur sambil melihat permandangan. Selain itu, anda boleh melihat kehidupan air Bersama ibu kerana tiket untuk ke Blue Coral Aquarium akan diberikan secara percuma.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

9. Health Food Hamper (Mother’s Day Specialty)

Makanan berkhasiat yang baik untuk kesihatan
Harga mulai RM128.00
Lazada Malaysia RM128.00

Terdapat pelbagai makanan yang berkhasiat didalam hamper ini iaitu chia seed, bird nest dan virgin oil. Ia sangat elok untuk ibu makan bagi mencegah penyakit kerana semakin meningkat umur, semakin banyak penyakit yang akan datang. Selain itu, bird nest makin diterima oleh masyarakat umum kerana khasiatnya yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

10. The Body Shop Olive Beauty Bag Gift Set

Set mandian yang diperbuat daripada minyak zaitun
Harga mulai RM89.00
Hermo Malaysia RM89.00

Hadiahkan set mandian ini dari hujung rambut hingga hujung kaki untuk menambahkan lagi keyakinan ibu anda. Terdapat 3 jenis benda didalam set ini iaitu sabun mandian, body butter dan body scrub. Produk yang diperbuat daripada minyak zaitun mempunyai sifat anti-penuaan, sesuai untuk mereka yang berusia lebih matang.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

11. Chocolate Bouquet

Harga mulai RM70.00
Shopee Malaysia RM70.00

Selain daripada bunga, jambak yang diperbuat daripada cokelat juga boleh diberi sebagai hadiah sempena Hari Ibu. Ada 3 jenis coklat yang sangat sedap seperti Ferrero Rocher, KitKat dan Hershey’s Kisses. Warna pembalut boleh dipilih mengikut kesukaan diri masing-masing. Buat tempahan seawal 3 hari untuk mengelakkan kekecewaan jika kehabisan stok!

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

12. Medium Fruit Basket

Harga mulai RM159.00
Flower Chimp RM159.00

Hadiahkan bakul berisi buah-buahan segar ini kerana ia baik untuk kesihatan. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang berbeza didalam bakul ini seperti epal, anggur, dan oren. Justeru itu, banyak nutrisi dan vitamin dapat diperoleh daripada buah-buahan, membuatkannya pilihan yang sempurna untuk mama.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

13. Sunday’s Mama Bunch

Harga mulai RM89.00
Happy Bunch RM89.00

Bunga carnation, orchid, spray aster dan cordyline nampak sangat cantik dan sesuai bila digabungkan kerana warnanya yang pelbagai. Pembalut bunga yang digunakan juga berbeza dan unik. Selain itu, salted caramel chocolate cookies akan diberikan secara percuma dengan hanya membeli sejambak bunga. Tempahan bunga sempena Hari Ibu telah pun dibuka, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk membuat ibu tersayang senyum.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

14. Fitbit Alta Fitness Tracker Wristband Watch Small 

Harga mulai RM535.00
Lazada Malaysia RM535.00

Gelang tangan ini memudahkan untuk mengira langkah, jarak dan kalori terbakar akibat aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung, Fitbit akan memberi peringatan supaya bergerak aktif untuk mencapai matlamat hidup sihat. Ia juga boleh berhubung dengan smartphone anda, jadi tidak perlu bawa telefon bimbit ketika bersenam.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

15. Blush Pink Exquisite Pouch

Harga mulai RM287.40
Bonia Singapore RM287.40

Mempunyai kualiti tinggi dan diperbuat daripada kulit yang tahan lama. Pouch yang berwarna merah jambu ini mempunyai ruang luas untuk mengisi duit serta 4 ruang untuk kad. Pouch yang bersifat minimalist, sesuai untuk mereka yang bergaya simple dan mudah yang inginkan beg praktikal.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

16. Beautiful Mum

Hadiah T-shirt untuk Hari Ibu
Harga mulai RM39.70
Printcious Malaysia RM39.70

T-shirt ini sangat selesa dan sesuai untuk dipakai ke mana sahaja. Ia berwarna putih dan baju ini mempunyai saiz S sehingga 2XL. Bukan itu sahaja, anda juga boleh customize dan pilih ayat yang sesuai untuk diletakkan pada baju seperti ‘Beautiful and amazing mom’. Ini membuat hadiah anda lebih bermakna kepada ibu anda.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

17. Cushions (Love)

Harga mulai RM37.40
Printcious Malaysia RM37.40

Kusyen sangat sesuai diberikan sebagai hadiah kerana ia memberi keselesaan ketika sedang berehat. Ia dating dalam bentuk hati untuk menandakan kasih sayang. Tuliskan ucapan atau kata-kata yang ingin disampaikan kepada mama tersayang pada bantal ini.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

18. Canvas (Square)

Harga mulai RM53.80
Printcious Malaysia RM53.80

Pilih gambar kesukaan yang sesuai seperti gambar anda dan ibu untuk dijadikan kanvas. Ia boleh diletakkan dimana-mana sahaja tidak kira cuaca panas atau sejuk. Kanvas ini juga merupakan kalis air dan tahan lama.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

19. I Love You, Mom

Hadiah cawan untuk hari ibu
Harga mulai RM26.70
Printcious Malaysia RM26.70

Ibu anda sukakan minuman kopi? Cawan ini merupakan hadiah yang sesuai untuk diberikan kerana ia berserta tulisan atau gambar customized yang boleh menunjukkan kasih sayang anak terhadap ibunya. Justeru itu, ibu anda pasti akan ingatkan anda ketika hendak menikmati kopi.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

20. Cat and the Fiddle Cheesy Mix (Limited Edition)

Harga mulai RM139.00
Cat & The Fiddle RM139.00

Kek berperisa cheese merupakan kesukaan ibu anda? Justeru itu, dapatkan semua jenis kek berperisa cheese yang mempunyai rasa berbeza dan sedap. Terdapat 10 keping cheese kek dan setiap rasa datang dengan 2 keping kek. Anda dan ibu bolehlah nikmati kek keju berpersia strawberi, Oreo, klasik New York, mangga, dan coffee and tea.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

21. Stage Cosmetics Runway Makeup Organizer

Harga mulai RM65.00
Stage Cosmetics RM65.00

Memiliki beg makeup organizer seperti ini merupakan impian setiap wanita. Ia mempunyai ruang yang besar untuk menyimpan barang-barang makeup dan poket untuk menyimpan berus. Selain itu, beg ini mudah dibawa kemana sahaja. Hadiah sempurna jika mama anda merupakan seorang yang mempunyai banyak jenis makeup.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

22. Corelle Livingware City Block

Set pinggan mangkuk moden
Harga mulai RM259.00
Shopee Malaysia RM259.00

Set pinggan ini berkonsepkan moden kerana warna yang digunakan ialah hitam dan putih. Ia juga mempunyai corak geometri yang membuatkan pinggan ini nampak lebih elegan. Terdapat beberapa jenis pinggan didalam set ini iaitu piring, pinggan, mangkuk serta cawan.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

23. Deerma Air Humidifier Aroma Oil Diffuser F450

Harga mulai RM89.00
Shopee Malaysia RM89.00

Humidifier ini dapat memberi kelembapan di sesuatu tempat kerana udara yang terlalu kering boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Selain itu, letakkan sedikit aroma didalam humidifier ini untuk ia melepaskan bau wangi yang dapat menenangkan ketika stress atau susah tidur. Ia sesuai diletakkan didalam bilik atau diruang kerja. Mama pasti sukanya!

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

24. Foottee MT 3080 Therapy Foot Reflexology

Harga mulai RM259.00
Shopee Malaysia RM259.00

Ibu anda selalu rasa sakit kaki selepas seharian berjalan atau berdiri terlalu lama ketika bekerja? Ini adalah mesin urut kaki yang sangat sesuai untuk melegakan ketegangan urat dan meningkatkan peredaran darah. Selepas ini, tapak kaki pasti akan lebih selesa dan boleh berjalan dengan lebih lama lagi.

5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

25. OGAWA Snazzy Touch Rechargeable Massager

Harga mulai RM158.00
Shopee Malaysia RM158.00

Melegakan diri dari segala tekanan dengan menggunakan alat urut ini. Ia mempunyai 5 tahap kelajuan, jadi anda boleh memilih kelajuan yang diingini. Selain itu, alat ini sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja kerana saiznya yang kecil tetapi harus diingatkan untuk mengecas dahulu sebelum menggunakannya.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

26. MADDOX Cat-Eye Sunglasses DE16393 C05

Harga mulai RM113.00
Shopee Malaysia RM113.00

Ini merupakan cermin mata hitam gaya terbaru yang sesuai dipakai ketika memandu atau keluar dengan kawan-kawan. Ia sangat sesuai digayakan dengan semua warna baju kerana warna cerminnya hitam serta bingkainya yang berwarna keemasan. Selain itu, cermin mata hitam ini dapat lindungi mata daripada terkena sinaran UV.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

27. Homezest Mini Semi-automatic Coffee Machine

Harga mulai RM42.70
Shopee Malaysia RM42.70

Peminat tegar kopi dan selalu ke kedai semata-mata untuk mendapatkan secawan kopi?  Tidak perlu lagi pergi ke kedai untuk mendapatkan secawan kopi kerana mesin ini dapat menyediakan kopi yang sangat sedap. Selain itu, ia dapat menghasilkan aroma kopi yang agak kuat serta mudah dibersihkan.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

28. Tarte Clay Clique Amazonian Clay Set

Harga mulai RM53.00
Sephora Malaysia RM53.00

Ini adalah set makeup yang mudah dibawa ke mana sahaja kerana saiznya yang kecil. Walaupun sainya kecil, makeup set ini mempunyai ketahanan lama. Selain itu, ia diperbuat daripada tanah liat untuk mendapatkan kulit yang seimbang serta pigment kuat yang akan tahan lama dari pagi hingga malam.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

29. BENEFIT COSMETICS Erase Case Concealer Kit

Harga mulai RM135.00
Sephora Malaysia RM135.00

Mama anda menghadapi masalah lingkaran hitam dibawah mata? Ini adalah jawapan untuk masalah yang dihadapi kerana ia membantu mencerahkan mata yang nampak letih, menyembunyikan lingkaran bawah mata dan melembapkan kulit. Salah satu produk, Hydrating Concealer, mempunyai vitamin E yang dapat memberi kelembapan pada kulit.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

30. Sephora Favorites Hair Saviours Kit

Harga mulai RM210.00
Sephora Malaysia RM210.00

Gunakan koleksi set penjagaan rambut ini yang mempunyai 8 produk penjagaan rambut dari pelbagai jenama kegemaran untuk pastikan ibu anda mendapatkan rambut lembut dan sihat. Mengandungi produk seperti spray rambut, shampoo, minyak rambut, conditioner, dan juga hair mask. Dengan menggunakan set penjagaan ini, rambut pasti boleh disikat hanya menggunakan jari sahaja.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Azreena

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!