Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

7 Gitar Terbaik Mengikut Rentak Jiwamu Bagaikan Pemuzik Profesional

Jom tunjuk skil hebat sambil ‘menggoreng’ gitar!

Product in this article

Memilih gitar yang sesuai dengan keperluan anda apabila terdapat berpuluh jenis gitar dan beratus jenis jenama boleh menjadikan keputusan sedikit sukar. Terdapat pelbagai jenis muzik yang berbeza yang dimain mengikut jenis gitar seperti flamenco, jazz, blues, klasik, rock, pop dan juga muzik rakyat. Jika ingin membeli gitar, pastikan terlebih dahulu keperluan anda. Terdapat perbezaan antara gitar yang berada di pasaran mengikut tahap pengetahuan anda bermain alat muzik. Dari pemula sehinggalah pemuzik profesional, gitar yang digunakan haruslah mengikut kesesuaian. Bajet juga menjadi salah satu masalah yang kerunsingan anda untuk membeli gitar yang berkualiti.

Jadi bagaimana ingin mencari gitar yang sesuai bukan hanya dengan keperluan anda tetapi juga yang serasi dengan jiwa anda? Ikuti senarai gitar-gitar terbaik yang telah dinilai dengan teliti oleh pakar!

EPIPHONE DR-500MCE Acoustic Electric

RM 2540
1. EPIPHONE DR-500MCE Acoustic Electric
Gitar jenis akustik-eletrik terbaik untuk teknik fingerstyle
Updated on 24th May 2019

Memilih gitar yang boleh melengkapkan gaya bermain anda akan menjadikannya lebih mudah untuk memainkan lagu-lagu kegemaran. Gitar untuk fingerstyle mempunyai anatomi yang sedikit berbeza dengan gitar biasa dan boleh menjadi satu kesukaran jika anda baru berjinak didalam bermain gaya fingerpicking. 

Frets gitar dan jarak tali yang memberi banyak ruang untuk jari anda bergerak mengikut irama dan boleh dipasang kepada amplifier menjadikan gitar ini sebagai pilihan terbaik. Ini kerana anda tidak perlu memetik terlalu kuat dan boleh menikmati alunan muzik dengan lembut sambil mendapat bunyi yang kuat. 

ZTA 38 inch Acoustic Guitar

RM 99.00
2. ZTA 38 inch Acoustic Guitar
Gitar akustik untuk pemula – sesuai untuk yang baru berjinak dengan dunia muzik
Updated on 24th May 2019

Gitar akustik berkualiti tinggi keluaran Jepun ini berukuran 38 inci dan mempunyai bentuk moden yang diinspirasi daripada negara matahari terbit itu. Kualitinya yang tinggi pasti mengelirukan anda dengan harganya yang kompetitif dan rendah. Bukan sahaja harganya yang rendah, malah ciri-ciri gitarnya yang serba lengkap dengan asas yang bagus untuk si pemula belajar bermain. 

Bentuk badannya yang nipis, tidak seperti gitar akustik yang lain dimana kebanyakan gitar akustik bersaiz penuh terlalu lebar dan tidak selesa digunakan dalam masa yang lama jika ingin mengikuti pembelajaran.

SEAGULL CANADA S6 Concert Hall Solid Top Acoustic

RM 2880
3. SEAGULL CANADA S6 Concert Hall Solid Top Acoustic
Gitar akustik lagenda terbaik – alunan muziknya lebih lembut
Updated on 23rd May 2019

Seagull Canada S6 adalah gitar akustik yang terkenal dari tahun 1994, tahun ianya dikeluarkan sehinggalah sekarang dimana masih nilai yag tinggi dan bunyinya kekal seperti dulu. Gitar ini bukan sahaja amat bagus untuk pemain profesional, malahan amat sesuai juga bagi pemula. 

Talinya diperbuat daripada keluli serta badan gitar pula daripada kayu cedar dan pokok ceri liar ini yang menjadikan ianya amat sesuai dimainkan ketika membuat persembahan diatas pentas.Alunan muzik lembut daripada gitar ini pasti akan membuatkan anda tertarik untuk membelinya. 

YAMAHA C40 II Full Scale Nylon-String Classical Guitar

RM 428
4. YAMAHA C40 II Full Scale Nylon-String Classical Guitar
Gitar klasik terbaik – sesuai untuk pemuzik yang berpengalaman
Updated on 24th May 2019

Pasti anda tertanya apakah perbezaan diantara gitar klasik dan akustik bukan? Gitar klasik menggunakan tali nylon yang melontarkan bunyi yang lembut manakala gitar akustik menggunakan tali keluli yang nipis daripada nylon dan mempunyai bunyi yang tinggi, tajam dan kemas. Sesetengah pemuzik tidak menyukai gitar klasik kerana saiz fret terlalu tebal dan amat susah dimainkan jika anda mempunya tangan yang kecil. 

Dengan harga yang berpatutan, badannya diperbuat daripada kayu pokok Spruce dan meranti. Gitar dari Yamaha C40 ini mempunyai bunyi yang terang dan tajam yang membuatkan pemain teruja dan bersemangat untuk berlatih. 

FENDER Mustang Bass PJ

RM 2590
5. FENDER Mustang Bass PJ
Gitar elektrik bass terbaik – pilihan rockstar antarabangsa
Updated on 24th May 2019

Secara umumnya, jika ditanya tentang gitar bass pasti anda terbayang gitar eletrik yang digunakan oleh rockstar diatas pentas yang mempunyai 4 bilangan tali, badan solid dan nipis sambil melontar bunyi nota yang lebih rendah daripada gitar biasa. Model ini adalah bass elektrik bertali 4 dengan badan diperbuat daripada pokok Alder, berleher kayu Maple, dan papan fretnya diperbuat daripada Rosewood.

Mustang PJ adalah salah satu gitar bass terbaik yang mengabungkan nada keras bass yang sesuai dengan lagu-lagu rock dan alternative, akan tetapi juga mempunyai sentuhan lembut jazz. 

TAYLOR Big Baby Taylor Acoustic Guitar (BBT)

RM 1510
6. TAYLOR Big Baby Taylor Acoustic Guitar (BBT)
Gitar akustik bersaiz kecil – sesuai untuk pemain wanita
Updated on 24th May 2019

Siri keluaran gitar jenama Taylor yang berkolaborasi bersama artis antarabangsa, Taylor Swift. Saiz badannya yang sedikit kecil daripada saiz original gitar akustik, Big Baby Taylor amat sesuai untuk pemain wanita yang inginkan gitar yang sesuai dan selesa akan tetapi masih mementingkan bunyi akustik dreadnought yang bersaiz original. 

Diperbuat daripada kayu pokok Spruce daripada Sitka, Alaska, ianyan menyumbang kepada bunyinya yang sama seperti gitar dreadnought yang original dengan nada lontarannya terang dan berbunyi sangat lancar jika memainkan nada tinggi.

MAHALO MR1 Soprano Ukelele

RM 119
7. MAHALO MR1 Soprano Ukelele
Gitar kecil untuk kanak-kanak – tidak terlalu besar dan ringan
Updated on 23rd May 2019

Pilihan gitar yang terbaik ini bukan sahaja harganya yang jauh lebih murah daripada gitar akustik biasa, malah ukulele lebih selesa untuk belajar bermain sehingga anak anda dapat memainkan lagu penuh lebih cepat kerana mempunyai hanya 4 tali gitar. Kebanyakan kanak-kanak akan bermula dengan ukulele bersaiz soprano. 

Soprano adalah saiz ukulele yang paling kecil dan paling terkenal kerana bunyinya yang lebih nyaring dan tinggi. Diperbuat daripada kayu pokok Maple, dan menggunakan tali nylon yang akan menghasilkkan bunyi lembut dan memukau.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article