Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Tiada Lagi Istilah ‘Janji Melayu’ Dengan 7 Jam Tangan Wanita Paling Trendi 2019

Menepati masa dengan bergaya!

Selalunya istilah ‘janji melayu’ berlaku apabila kita tidak menepati masa yang dijanjikan. Yalah, perempuan katakan. Dengan hendak berhias lagi, mekap, mix and match baju, kasut, tas tangan, semuanya harus diambil berat. Gunakan sahaja jam tangan untuk memastikan anda tepati janji. Wanita amat bertuah dengan rekaan dan variasi jam tangan yang memenuhi pasaran zaman sekarang, daripada gaya fesyen terkini sehingga ke inspirasi vintaj yang akan melengkapkan dekorasi diri anda.

Kini, terdapat pelbagai fungsi jam tangan bermula daripada jenis classy dan ringkas sehingga kepada jam tangan pintar yang boleh disambungkan ke telefon bimbit pintar anda, ataupun jam tangan yang mampu menahan tekanan bawah air sehingga kedalaman 100 kaki semasa menyelam skuba. Samada analog ataupun digital, kini anda mempunyai pelbagai pilihan untuk memenuhi kesesuaian dirimu!

mulai
RM17.90
Semak FULAIDA Women Quartz Rhinestone with Tassels Decorated Watch harga dibawah:

Rekaan jam tangan berkos rendah ini bukan sahaja menarik, malahan boleh digunakan sebagai aksesori tambahan pada tangan. Warna yang neutral menampilkan kesederhanaan pada keseluruhan produk. Boleh digayakan dengan gelang untuk menaikkan ciri-ciri mewah yang ada pada jam tangan tersebut. 

Ciri muka jamnya yang bersifat analog serta berwarna putih dan emas menampakkan gaya vintaj kepada keseluruhan penampilan produk. Tidak perlu lagi berbelanja besar hanya untuk membeli seutas jam tangan eksklusif. 

Jam tangan wanita waterproof yang sesuai untuk aktiviti air seperti berenang
mulai
RM490.00
Semak ADIDAS Originals Process M1 Watch harga dibawah:

Produk dari jenama Adidas ini yang terkenal dengan barangan sukannya, bersifat ke arah maskulin telah menghasilkan rekaan jam  tangan sesuai untuk wanita. Boleh dibawa ketika menikmati aktiviti air seperti berenang di kolam atau menyelam skuba kerana ianya mampu menahan dari telus air sehingga 100 kaki kebawah. 

Jam tangan berkancing logam sesuai ini mengekalkan ciri kewanitaan dengan memberi rona warna ‘rose gold’ yang lebih trendi. Muka jamnya yang bersifat analog dengan bertatakan logo Adidas, sudah memadai untuk menarik perhatian wanita yang memerlukan jam tahan lasak.

Berdiameter kecil – sesuai untuk pergelangan tangan yang langsing
mulai
RM530.00
Semak DANIEL WELLINGTON Petite Cornwall (28mm) harga dibawah:

Jam tangan daripada jenama tersohor Sweden ini terkenal dengan rekaannya yang elegan dan klasik. Versi Petite Cornwall adalah salah satu rekaan yang terkenal dan amat sesuai untuk si pemakai wanita dengan reka bentuknya kecil dan tali jam lebih tirus. Jam tangan yang kecil memberi ilusi kelembutan dan keayuan pada si pemakai. Muka jam tangan ini yang bertona putih dengan kuning keemasan memberikan efek mewah dan classy. 

Talinya diperbuat daripada jenis material fabrik yang selesa dan kalis air sesuai untuk wanita feminin yang inginkan sedikit kelainan.

Jam tangan wanita dengan penampilan analog
mulai
RM69.00
Semak NUVEAU Round Marble Face Mesh Strap Watch harga dibawah:

Kepada sesiapa yang gemar dengan rekaan muka jam tangan analog klasik dengan sedikit sentuhan kelainan, jam tangan berjenama Nuveau ini amat sesuai untuk anda. Ini kerana rekaan unik muka jam tangan yang tidak bernombor, memberikan sentuhan moden kepada si pemakai. Dengan gabungan  tona warna ‘rose gold’ dan motif corak marble dimuka jam, jam tangan ini sesuai digunakan untuk semua acara. 

Rekaan talinya yang diperbuat daripada ‘wire mesh’ memberikan efek feminin dan lembut dilengkapi dengan gayanya yang trendi dan ringkas ianya dapat menarik perhatian wanita yang mengikuti perkembangan ‘fashion forward’ diluar sana! 

Sesuai untuk si manis berkulit sawo matang
mulai
RM725.00
Semak Fossil Neutra Chrono Blue Watch FS5454 harga dibawah:

Bagi anda yang berkulit sawo matang atau hitam manis, boleh cuba untuk menggayakan aksesori dengan warna terang. Kebanyakan jam tangan lebih kepada warna asas seperti hitam, perang, silver dan emas. Warna biru laut akan mempengaruhi efek pada si pemakai yang akan lebih menyerlah dan menarik perhatian, ditambah pula dengan kemasan perincian rona emas.  

Diperbuat daripada logam kalis air yang mampu menahan tekanan kedalaman air sehingga 50 kaki. Dengan muka jamnya bersifat nombor roman yang elegan dan talinya diperbuat daripada kulit tulen, jam tangan ini adalah definisi kemewahan yang berbaloi.

Buat anak perempuan anda ke sekolah – sesuai dipakai setiap hari
mulai
RM45.00
Semak Q&Q Watch By Citizen Q979J111Y harga dibawah:

Jam tangan dengan harga berpatutan, bersifat kalis air dan diperbuat daripada kulit tiruan ini sesuai digunakan untuk anak anda yang masih bersekolah.Rekaannya lebih ringkas dan) praktikal untuk kegunaan setiap hari, malahan rekaan muka analog tidak bernombor boleh digunakan sebagai medium pembelajaran kepada anak-anak supaya lebih peka untuk membaca dan membezakan waktu. 

Bukan itu sahaja, walaupun talinya berwarna hitam, muka jamnya yang berwarna putih dengan perincian emas memberikan efek feminin yang amat sesuai untuk anak perempuan anda. 

Artikel Berkaitan

End of Article