Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Fuhhh Nasib Sempat Elak! Kekal Fokus Dengan 7 Pemegang Telefon Ini

Ingatlah orang yang tersayang!

Pemegang telefon menjadi satu benda penting untuk setiap pemandu terutamanya jika anda sering menggunakan sistem navigasi GPS. Beberapa faktor yang perlu diambil kira ketika membeli pemegang telefon ini adalah sudut yang ingin diletakkan dan pastikan ia sesuai untuk keselesaan anda. 

Bukan sahaja itu, malah anda juga perlu memastikan yang ianya sesuai dengan jenis telefon bimbit anda dari segi ketebalan dan saiz. Anda juga dinasihatkan tidak terlalu kerap melihat skrin telefon ketika memandu dan yang paling penting memandu dengan berhati-hati. Berikut beberapa jenis pemegang telefon yang mungkin anda cari.

Pemegang telefon untuk windscreen – terbaik untuk pengguna waze
mulai
RM5.10
Semak 360 Phone Holder Car Phone Holder Adjustable Holder harga dibawah:

Pemegang telefon ini mudah dari segi pemasagannya, lekatkan sahaja samada pada dashboard ataupun di bahagian kanan cermin hadapan. Anda juga boleh mengubah jarak yang diinginkan samada lebih dekat atau jauh kerana ianya boleh diselaraskan sehingga 90mm. Ianya sesuai untuk keperluan setiap pemandu yang perlu menggunakan aplikasi seperti map ataupun waze. 

Lekapan yang kuat membolehkan anda melekatkan pemegang ini pada mana-mana permukaan rata.

Pemegang telefon magnet – hanya lekatkan sahaja smartphone
No Brand
mulai
RM5.40
Semak Car Phone Mount Magnetic Air Vent Cell Phone Holder harga dibawah:

Pemegang telefon ini bukan sahaja berbaloi untuk dimiliki kerana harganya tetapi ia juga pemegang yang dapat memegang semua jenis bentuk telefon. Ia direka dengan lantai magnet yang menarik dan memegang kuat. Pemegang telefon ini mudah dipasang dengan hanya memasang pada lubang penghawa dingin kereta. 

Kini anda boleh memusingkan telefon bimbit anda mengikut arah yang diingini.

Pemegang telefon pada air vent jenis universal
mulai
RM5.99
Semak Universal Smartphone Holder for Car harga dibawah:

Pemegang telefon jenis ini sangat ringkas tentang cara pemasangannya dan ia sesuai untuk kegunaan telefon dari saiz 4 inci sehingga ke 6 inci lebih. Bukan sahaja itu, ia juga memegang teguh skrin telefon bimbit anda walaupun berlaku gegaran. 

Anda juga tidak perlu risau tentang kehabisan bateri ketika menggunakan waze kerana pemegang telefon ini boleh mengecas telefon sambil menggunakan aplikasi tersebut. Pemegang telefon ini sesuai digunakan pada semua bentuk pengudaraan.

Pemegang telefon untuk kegunaan di steering wheel/ roda stereng
mulai
RM1.70
Semak Pemegang telefon Di Steering harga dibawah:

Pemegang telefon yang diklipkan pada roda stereng ini sesuai digunakan pada telefon mudah alih, gps, mp4 ataupun lain-lain. Ianya berfungsi untuk memastikan penglihatan anda lebih dekat dengan telefon mudah alih bagi memudahkan anda menjawab sebarang panggilan. 

Bukan sahaja itu, malah ia juga pemegang telefon yang tidak menyebabkan telefon anda mudah calar dengan adanya silikon pad yang tersedia. Walaupun adanya pemegang telefon ini anda juga harus memastikan keselamatan anda terpelihara dan elak daripada bermain permainan video ketika memandu.

Pemegang telefon getah untuk motosikal
mulai
RM8.40
Semak UNIVERSAL Motosikal MTB Bike Basikal Pemegang harga dibawah:

Pemegang telefon dengan reka bentuk tali ini direka untuk tidak mudah jatuh dan memegang telefon dengan teguh walaupun dalam gegaran yang kuat. Pemegang getah yang direka untuk memegang telefon anda ini memastikan semua saiz telefon dapat dimuatkan kerana ianya daripada silikon elastik. Sesuai digunakan pada basikal, motosikal ataupun dimana sahaja kawasan pemegang yang diingini.

Pemegang telefon dalam kereta untuk dashboard
mulai
RM19.90
Semak Smartphone Holder for Dashbord harga dibawah:

Pemegang telefon bersaiz sederhana ini semestinya sesuai untuk memegang telefon tidak kira android ataupun iPhone. Ianya boleh dilekatkan pada dashboard, cermin hadapan ataupun untuk kegunaan di atas meja. Malah ia juga boleh diselaraskan untuk pergerakan ke kiri dan ke kanan serta mampu berpusing sehingga 360 darjah. 

Anda boleh membiarkannya memegang telefon mengikut rotasi yang diinginkan sama ada secara menegak ataupun melintang. Dengan adanya pemegang seperti ini di dalam kenderaan anda, ianya dapat memastikan anda kekal fokus ketika memandu sambil melihat arah peta yang ingin ditujui.

Cincin pemegang telefon murah – mudah untuk menonton drama/bergaming
mulai
RM3.30
Semak Pemegang telefon/Phone Ring Holder harga dibawah:

Cincin pemegang telefon ini memudahkan anda untuk menonton video atau mengambil gambar tanpa perlu memegang. Ianya pad yang boleh ditanggalkan semula dan memegang telefon anda dalam kedudukan berdiri. Anda juga boleh menggunakannya dengan cara meletakkan jari melalui cincin untuk memegang telefon dengan selamat tanpa perlu risau terjatuh atau slipping

Apa sahaja cara anda menggunakannya, cincin pemegang 360 ° adalah aksesori setiap keperluan telefon pintar.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article