Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Rakam Peristiwa Yang Berlaku Sepanjang Perjalanan Dengan 7 Dash Cam Dibawah RM150

Keselamatan anda lebih terjamin!

Product in this article

Dash cam merupakan kamera yang diletakkan pada bahagian dashboard atau cermin depan kereta untuk merakam sepanjang perjalanan anda. Ianya semakin banyak digunakan kerana seringkali kita lihat apabila terdapat kemalangan yang tidak dijangka, kita sukar untuk menentukan pihak yang salah ataupun betul. Selain itu, dash cam juga boleh merakam persekitaran dalam kenderaan anda. Ini amat penting terutamanya buat pemandu Grabcar atau teksi kerana kes jenayah terhadap pemandu sering berlaku. 

Yang penting, dengan dash cam ini keselamatan anda lebih terjamin dan boleh dijadikan sebagai bukti. Jika anda hendak memasang dash cam dan masih tercari-cari yang berkualiti serta murah, ikuti artikel ini. Ayuh kita lihat beberapa jenis dash cam yang boleh dibeli dengan bajet kurang dari RM150.

XIAOMI 70MAI Car Recorder Dash Cam

RM 118
1. XIAOMI 70MAI Car Recorder Dash Cam
Dash cam dengan ciri WiFi mudah untuk sambungan terus ke gajet pintar

Dash cam ini mempunyai WiFi untuk memudahkan proses pemindahan data. Ianya menjimatkan masa sekaligus membolehkan anda terus merakam video perjalanan anda. Dash cam ini dilengkapi dengan Sony Image sensor serta wide angle lens untuk merakam kawasan sekeliling yang lebih besar dan luas. Kualitinya amat serupa dengan dash cam yang lebih mahal.

1080P HD 3 Lens Car DVR Dash Cam

RM 39
2. 1080P HD 3 Lens Car DVR Dash Cam
Dash cam jenis kamera depan dan belakang untuk rakaman menyeluruh

Rakam persekitaran depan dan belakang anda untuk lebih jaminan keselamatan. Kita tidak boleh menjangka apabila kemalangan berlaku. Kamera dash cam ini mempunyai wide angle lens diantara 140 sehingga 170 darjah. 

Ianya juga mempunyai kamera untuk merakam video di dalam kenderaan dan skrin 4 incinya akan memberikan anda pemandangan yang menyeluruh. Anda akan dapat melihat semula segala perihal yang dirakam oleh kamera dash cam ini.

ANYTEK X28 Dash Cam

RM 65
3. ANYTEK X28 Dash Cam
Dash cam khas sesuai untuk monitor Android

Untuk yang mempunyai pemain rekod jenis Android di dalam kereta, dash cam ini sesuai buat anda. Ianya direka khas untuk sistem Android bagi memudahkan anda mengendalikan tetapan kamera serta melihat semula video yang telah dirakam. Dash cam ini mempunyai 5 lensa kaca untuk memberi kualiti gambar dan video yang tiptop.

A10 Dual Lens Dash Cam

RM 105
4. A10 Dual Lens Dash Cam
Dash cam dengan G-Sensor pilihan terbaik pengguna

Pastikan anda membeli dash cam yang mempunyai G-Sensor kerana fungsi ini amat penting jika anda terlibat dalam kemalangan. Sensor ini harus di on setiap masa kerana jika kereta anda terkena impak kemalangan, sensor ini akan terus lock video pada detik kecemasan itu dan ianya tidak akan dapat dipadamkan. 

Video ini akan menjadi bukti pada apa yang terjadi ketika itu. Jadi anda tidak perlu risau siapa yang bersalah. Lihat sahaja rakaman video dalam dash cam ini semula.

OMNICEN M1 Full HD Dash Cam

RM 119
5. OMNICEN M1 Full HD Dash Cam
Lengkap dengan slot SD Card, menyimpan lebih banyak memori

Merakam video mahupun gambar memerlukan memori simpanan yang besar. Kebiasaannya, built-in memori peranti elektronik tidak besar dan anda harus memindahkan data yang lama sebaik sahaja memori baru dirakam. Justeru, anda harus membeli sendiri kad memori untuk dimasukkan ke dalam gajet anda. 

Omnicen dash cam mempunyai slot kad memori ekstra anda agar anda tidak akan kekurangan ruang simpanan dan tidak perlu menghapuskan atau memindahkan data yang lama dengan kerap.

Autobot Eye HD Dash Cam

RM 80
6. Autobot Eye HD Dash Cam
Dash cam berkualiti dengan sistem aplikasi iOS

Buat pengguna produk Apple, ini untuk anda. Kebanyakan peranti elektronik selalunya tidak sesuai digandingkan dengan produk Apple. Namun, dash cam Autobot menyokong penggunaan semua jenis peranti pintar daripada produk Apple. Hanya muat turun aplikasi pada Apple App Store. Anda boleh mengendalikan dash cam anda hanya dari smartphone.

Dash cam ini diperbuat daripada aluminium untuk memberi reka bentuk yang sleek dan mahal. Dengan harga yang murah, dash cam ini lengkap dengan ciri asas dash cam lebih mahal.

P1 Touch Screen Dash Cam

RM 60
7. P1 Touch Screen Dash Cam
Dash cam berteknologi canggih dengan fungsi skrin sentuh

Untuk anda tech junkie, pasti anda mahukan dash cam yang sebegini. Ianya moden dan mempunyai ciri touch screen. Dilengkapi dengan kamera depan dan belakang, dash cam ini menawarkan skrin Super LCD HD sebesar 4 inci bagi memudahkan penggunanya mengendalikan tetapan dash cam tersebut. 

Menariknya, kamera belakang dash cam ini adalah kalis air (waterproof). Dengan harga yang murah, anda boleh dapatkan produk berkualiti ini.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article