Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Hadiah Hari Jadi Yang ‘Praktikal’ Untuk Si Dia Sebagai Tanda Ingatan

Harga tak penting tetapi keikhlasan perlu ada

Siapa yang tidak suka apabila menerima hadiah pada hari jadi? Tentulah hati akan berbunga keriangan walaupun hadiah yang diterima tidak termasuk dalam birthday wish pada tahun tersebut. Namun, bukan mudah buat si pemberi hadiah untuk memilih hadiah hari jadi yang sesuai kerana terdapat pelbagai pilihan barangan di pasaran. Semasa memilih atau ingin membeli hadiah, pastikan untuk siapa terlebih dahulu. Jangan membuta tuli sahaja!

Bukan semua barangan sesuai untuk semua jantina atau peringkat umur. Perlu diambil kira ‘sentimental value’ yang boleh dijadikan melalui hadiah tersebut. Nah, sekiranya anda sedang tercari-cari hadiah sempena meraikan hari jadi seseorang, ikuti senarai pilihan hadiah untuk pelbagai status, jantina dan peringkat usia.

Hadiah hari jadi sesuai untuk anak lelaki anda
NO FEAR Scooter
From
RM89.00
Check NO FEAR Scooter price below:

Scooter jenama No Fear ini sangat sesuai untuk dihadiahkan buat anak lelaki yang berusia 5 tahun ke atas dengan berat maksimum 50 kg. Rangka scooter ini diperbuat daripada material aloi yang ringan dan direka agar mempunyai mekanisma quick release membuatkan ia mudah dilipat atau disimpan ke dalam kenderaan. 

Didatangi dengan beg simpanan, komponen scooter ini hadir dalam pelbagai warna yang menarik pada pemegang handlebar, tayar PU, brek kaki belakang dan disertakan dengan printed grip tape jenama No Fear yang tidak asing lagi di pasaran. 

Sesuai untuk anak perempuan remaja yang gemarkan barangan kecantikan
NIVEA Revitalizing Gift Set
From
RM33.92
Check NIVEA Revitalizing Gift Set price below:

Inilah hadiah hari jadi yang sesuai untuk anak perempuan yang sedang meningkat usia remaja. Set penjagaan badan Nivea ini dilengkapi Refining Peel Off Mask yang sesuai untuk kulit kombinasi dan White Oil Clear Super Mousse Facial Cleanser (150ml) dengan ekstrak Licorice, membantu mengekalkan kelembapan kulit. 

Ditambah pula deodoran Extra Whitening Spray (150ml) dengan kandungan Vitamin C yang menghilangkan bau badan serta membantu memutihkan ketiak. Body Skin Delight Relaxing Lavender  untuk memberi kesegaran pada kulit badan. Buat anak perempuan kesayangan anda yang gemar menjaga kecantikan kulit, produk ini sesuai untuknya.

Untuk penjagaan bibir lebih sempurna, khas buat kakak tersayang
ELIANTO Make Up Durian Musang King Moist Lip Care
From
RM39.90
Check ELIANTO Make Up Durian Musang King Moist Lip Care price below:

Jika anda ingin hadiahkan kakak anda sesuatu yang rare pada hari jadinya, pilihlah lipbalm jenama Elianto ini! Ia bukan sembarangan lipbalm kerana mempunyai perasa durian Musang King yang menjadi kegemaran ramai. 

Lipbalm ini diformulasi daripada bahan semulajadi seperti cocoa butter, olive oil dan vitamin E untuk memberi keselesaan dengan mengurangkan iritasi serta mengekalkan kelembapan maksimum pada bibir si pemakai. Terkandung SPF18 untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat terdedah kepada sinaran UV.

Adik lelaki anda rajin bersenam? Nah, hadiahkan sahaja pakaian ini
New Balance Liverpool FC 18/19 '6 Times' Home Shirt
From
RM489.00
Check New Balance Liverpool FC 18/19 '6 Times' Home Shirt price below:

Adik lelaki anda tentu gembira apabila menerima hadiah jersey Liverpool ini sempena hari jadinya. Diperbuat 100% daripada kain

poly fabrik  breathable yang ringan untuk keselesaan berpanjangan tanpa membuatkan adik anda terasa panas semasa memakainya. 

Direka dengan desain moden seperti ribbed crew neck dan droptail hem. Tagline Nike “JUST DO IT” menambah gaya pada t-shirt berwarna hitam ini. Pasti adik anda suka sekali menggayakannya. 

Tunjukkan perasaan sayang anda dengan hadiah buat kekasih atau isteri
Birthday Gift Retro Chocolates GiftBox By Chocolacious Coklat
From
RM59.00
Check Birthday Gift Retro Chocolates GiftBox By Chocolacious Coklat price below:

Bukan susah untuk memilih hadiah buat insan istimewa bergelar kekasih atau isteri. Coklat import disusun cantik di dalam kotak dengan ucapan yang customized pasti membuatkan hati si dia terasa berbunga-bunga apabila menerimanya. 

Belilah Birthday Gift Retro Chocolates GiftBox dari Langkawi ini yang akan dihantar terus ke pintu insan tersayang anda sempena hari jadinya. 

Sesuai dijadikan hadiah ‘birthday’ buat boyfriend atau suami
L'OCCITANE Gym Buddy Kit
From
RM70.00
Check L'OCCITANE Gym Buddy Kit price below:

Tidak dinafikan memang sukar untuk memilih hadiah buat lelaki teristimewa dalam hidup anda. Apa kata hadiahkan saja set barangan penjagaan diri jenama L’Occitane yang diberi gelaran Gym Buddy Kit ini untuknya? 

Set ini didatangi dengan Aromachologie Purifying Freshness Shampoo 75ml, Verbena Icey Body Shower Gel 70ml dan Shea Hand Cream 10ml yang juga sesuai untuk dibawa bersama ketika travelling. 

Sesuai untuk kawan lelaki anda, mengikut kemampuan bajet
KARRIMOR Aluminium Drinks Bottle (600ml)
KARRIMOR
From
RM17.00
Check KARRIMOR Aluminium Drinks Bottle (600ml) price below:

Karrimor adalah jenama yang tidak asing lagi dalam dunia outdoor kerana kualitinya yang baik. Sekiranya anda mempunyai bajet yang kecil, pilihlah botol minuman yang diperbuat daripada aluminium berjenama Karrimor ini untuk dihadiahkan sempena hari jadinya. 

Bentuk botol dengan kapasiti 600 ml ini sangat ideal untuk dibawa di dalam beg semasa aktiviti outdoor manakala klip Karabiner membolehkan botol ini digantung pada backpack. Apa yang lebih penting, bahagian dalam botol ini diselaputi dengan material anti-karat menjadikan air yang disimpan di dalamnya selamat untuk diminum. 

Pupuk sifat membaca buat budak lelaki dengan hadiah ini
Bedtime Stories: Kisah-Kisah Daripada Al-Quran dan Hadis
From
RM15.90
Check Bedtime Stories: Kisah-Kisah Daripada Al-Quran dan Hadis price below:

Bak kata pepatah Melayu, meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Buku dengan konsep bedtime stories ini sesuaikan dijadikan hadiah hari jadi agar pengajaran daripada kisah-kisah di dalam Al-Quran yang dibaca pada zaman kanak-kanak dapat dijadikan panduan untuk membentuk akhlak yang baik apabila meningkat dewasa nanti. 

Buku ini menghimpunkan kisah tentang perjalanan hidup Rasulullah SAW dan para sahabat serta kisah peperangan sepanjang zaman Nabi untuk menyebarkan agama Islam terutamanya pada tanggal Rabiulawal dan Rabiulakhir. Buku ini juga dipenuhi ilustrasi menarik berwarna-warni yang sangat sesuai sebagai bahan bacaan untuk si cilik.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article