Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Gunakan 7 Face Mask Ini Secara Konsisten untuk Menjaga Kulit Kombinasi Anda

Kembalikan keremajaan dan keanjalan kulit wajah anda

Kulit kombinasi adalah jenis kulit yang dimiliki oleh kebanyakkan wanita di luar sana. Sekiranya berada dalam kumpulan kulit kombi, anda mungkin berasa seperti mempunyai 2 jenis kulit yang berbeza. Terutamanya pada bahagian T-Zon, anda akan rasa seperti licin dan berminyak manakala bahagian lain adalah kulit kering. Jenis kulit kombi mempunyai kelenjar minyak yang lebih aktif di sekitar hidung, dagu dan dahi yang menyebabkan liang pori menjadi terlalu besar. Sebaliknya, pipi anda mungkin mempunyai kelenjar minyak yang kurang aktif yang mengakibatkan penampilan lebih kering.

Jika kulit kombinasi tidak dijaga dengan betul menggunakan produk sesuai, anda mungkin mengalami kesulitan mencari regimen penjagaan kulit yang memberi keseimbangan pada wajah anda. Paling leceh bila ingin membeli produk tetapi tidak tahu yang sesuai untuk kulit kombinasi ini. Antara jenis-jenis mask yang sesuai untuk kulit kombinasi adalah seperti dibawah ini;

Face mask dari bahan tanah liat (clay) yang sesuai untuk kulit kombinasi
Fresh Umbrian Clay Purifying Mask
Fresh
From
RM89.00
Check Fresh Umbrian Clay Purifying Mask price below:
add_circle Nyahtoksin dan regenerasi sel kulit baru
add_circle Kekalkan hidrasi pada kulit
add_circle Seimbangkan pH kulit
remove_circle Untuk kulit kering & sensitif, dapatkan nasihat pakar

Umbrian Clay® Purifying Mask adalah topeng rawatan muka pelbagai fungsi 3-dalam-1 yang juga boleh digunakan sebagai pembersih serta mengurangkan ketidaksempurnaan kecil pada wajah. Ia juga mampu untuk meminimumkan liang pori serta detoksifikasi kulit tanpa menghakis kelembapan yang penting untuk menjadikan kulit lebih seimbang dan sihat. 

Dirumus khas dengan tanah liat Umbrian yang kaya dengan mineral. Ia juga diperkaya dengan minyak cendana dan mempunyai sifat astringen manakala ekstrak Chamomile dan Lavender pula dapat membantu menenangkan kulit tegang. Bebas dari paraben, sulfat dan phthalate.

Gunakan sleeping mask ini untuk kulit kombinasi, hanya di waktu malam
COSRX Ultimate Nourishing Rice Overnight Spa Mask
From
RM43.50
Check COSRX Ultimate Nourishing Rice Overnight Spa Mask price below:

Diformulasi dengan bahan yang lembut tetapi berkesan dan mengandungi lebih daripada 68.9% ekstrak beras. Ia dirumus khas untuk mencerah, menyuburkan dan menghidrat bagi mengurangkan tona kulit yang kusam kepada kulit sihat dan berseri. 

Bahan semulajadi tulen yang terdapat di dalam produk ini adalah untuk memberi kelembutan kepada kulit agar tampil halus dan berseri. Manjakan kulit anda dengan produk dari Cosrx ini melalui penjagaan kulit yang betul dan secara konsisten. Kulit tampak bersinar dari jauh!

Face mask diterbangkan khas dari Korea, buat si pemilik kulit kombinasi
LANEIGE Fresh Calming Quick Morning Mask
From
RM115.00
Check LANEIGE Fresh Calming Quick Morning Mask price below:

Topeng muka dari jenama terkenal di Korea ini, dirumus khas dengan formula yang baik untuk semua jenis kulit wajah termasuk sensitif. Produk ini telah menjalani ujian secara klinikal dan diiktiraf oleh ahli dermatologi bahawa produk ini terbukti selamat digunakan kerana tidak mengandungi pewangi tiruan. 

Formula topeng muka ini telah dipertingkat untuk menyeimbangkan lembapan dan minyak serta kesan yang menenangkan kulit. Mengandungi ekstrak Lychee yang berfungsi untuk melegakan dan memberi ketahanan pada kulit dengan bahan panthenol. Teksturnya yang ringan membuatkan topeng muka ini mudah menyerap jauh ke dalam kulit.

Buat si pemilik kulit kombinasi, sheet mask ini sesuai untuk anda
DR. MORITA Hyaluronic Acid Long Lasting Facial Mask
DR. MORITA
From
RM20.00
Check DR. MORITA Hyaluronic Acid Long Lasting Facial Mask price below:

Diperbuat daripada sutera semulajadi, topeng muka dapat memberi penghidratan yang berterusan selama 24 jam untuk melembutkan agar kulit kekal keanjalan lebih baik. Protein sutera yang digabungkan dengan asid Hyaluronik mampu mengekalkan lembapan luar biasa untuk mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan. 

Dengan ekstrak Luffa, pati herba dan Collagen Hydrolystate untuk mengekalkan penghidratan yang mendalam dan berpanjangan untuk kulit anda.

Mud mask terbaik untuk kulit kombinasi
DIRTY BENEFITS Youth Facial Clay Mud Mask
From
RM54.00
Check DIRTY BENEFITS Youth Facial Clay Mud Mask price below:

Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kombinasi dengan fungsi anti-penuaan dan menjadikan anda tampil awet muda. Kandungan Pink Clay, matcha dan kopi dalam produk ini adalah untuk memperbaiki tanda-tanda penuaan serta menghalangnya daripada berlaku agar kulit wajah anda kekal berseri dan bermaya. 

Kaedah kopi halus membantu sebagai pengelupasan untuk menghapus sel-sel kulit mati. Kopi mengandungi sejenis antioksidan untuk mencegah kedutan dan membuatkan kulit wajah bernafas dengan sempurna. Jadi, penggunaan mud mask ini mampu menjadikan kulit anda berseri dan bertenaga.

Hydrating mask bagus untuk kulit kombinasi – menyerap minyak lebih berkesan
KOSE Sekkisei Herbal Esthetic Mask (150ml)
From
RM204.00
Check KOSE Sekkisei Herbal Esthetic Mask (150ml) price below:

Krim topeng unik ini meningkatkan kelicinan kulit hanya dalam masa 2 minit. Sesuai untuk kulit kombinasi kerana ianya mampu menyerap minyak tanpa mengeringkan kulit muka. Fungsi utama topeng ini adalah memberi penjagaan pemutihan secara intensif dengan merangsang pengeluaran melanin dan mengurangkan penampilan bintik gelap. 

Produk ini juga dapat meningkatkan peredaran darah melalui kaedah urutan yang menjadikan kulit rasa terhidrat, berseri dan licin. Face mask ini mampu meluncur lancar ke atas permukaan kulit. Dengan mengandungi ekstrak akar Angelica, Melothria dan biji Coix untuk memutihkan kulit serta memberi kesan ‘glowing’ lebih ekstra. 

Dengan bertekstur gel – gunakan face mask ini pada waktu malam
L’OREAL Dermo Expertise Hydrafresh Night Elixir (50ml)
From
RM56.46
Check L’OREAL Dermo Expertise Hydrafresh Night Elixir (50ml) price below:

Face mask dari L’Oreal ini menjadikan kulit muka licin dan berseri dalam hanya beberapa kali penggunaan sahaja. Ianya mampu menghidrat pada tahap yang optimum agar kulit berasa lebih anjal dan lembut. Bertekstur jenis gel, face mask ini tidak melekit pada kulit wajah dan menghalang penghasilan minyak. 

Kandungan French Grape Polyphenols dalam gel ini pula bertindak sebagai antioksidan berkesan membantu meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh pencemaran. Kaya dengan mineral, produk ini tidak akan menyebabkan kulit anda menjadi iritasi atau merengsa. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article