Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Inginkan Penampilan Bak Selebriti Wanita Korea? 13 Produk Kecantikan Ini Sedia Membantu

Lengkapkan regim kecantikan anda melalui K-Beauty

Apakah maksud K Beauty?

Pernahkah anda terfikir semasa menonton drama Korea, apakah penjagaan kulit yang dilakukan untuk kulit yang kelihatan sangat cantik tanpa jeragat atau kesan jerawat pada kulit wajah. K beauty adalah rangkaian produk skincare yang diperbuat dengan formula semulajadi yang lembut dan berkesan seperti ramuan botani, sesuai untuk penggunaan oleh semua wanita di seluruh dunia.

Nah, dibawah ini list tentang produk kecantikan dari Korea yang harus anda jadikan koleksi untuk mendapatkan kulit flawless bagaikan Kim Tae Hee! 

Bersihkan wajah anda dengan cleanser ini - berkesan untuk mencerahkan wajah
Laneige Multi Deep Clean Cleanser (150ml)
Laneige
Laneige Multi Deep Clean Cleanser (150ml)
From
RM10.90
Check Laneige Multi Deep Clean Cleanser (150ml) price below:
add_circle Membersih sel mati pada kulit wajah
add_circle Mencerahkan wajah
add_circle Sesuai untuk bersih make-up tebal
remove_circle Saiz kecil sahaja

Pencuci muka dari jenama Korea ini yang diformulasi dengan enzim Papain dan ekstrak Blueberry. Pembersih ini juga berfungsi untuk menjadikan kulit lebih bersih dan cerah. Ianya dapat menghilangkan sel-sel kulit mati yang degil, kotoran dan lebihan sebum dari liang pori. 

Dengan pengunaan yang kerap, produk ini mampu menjaga sel kulit tanpa merosakkan kulit dan kesannya membuatkan kulit anda kelihatan cerah berpanjangan. 

Cleansing oil untuk hapuskan sel kulit mati dengan bahan 100% semulajadi
Innisfree Apple Seed Cleansing Oil (150ml)
Innisfree
From
RM60.00
Check Innisfree Apple Seed Cleansing Oil (150ml) price below:

Cleansing Oil ini adalah minyak untuk membersihkan kulit yang dirumus khas dengan benih biji epal dan ekstraknya bagi membantu untuk menghapuskan solekan sambil mengekalkan kulit segar dan lembut. Aroma epal yang segar akan membuatkan anda berasa lebih baik dan santai serta menyamankan kulit. 

Ekstrak epal ini kaya dengan vitamin dan asid organik untuk merawat sel kulit mati yang mengelupas dan membuka liang pori untuk menghapuskan kotoran yang tertanam pada kulit wajah secara berkesan.

Tanggalkan sel kulit mati dengan produk pengelupasan ini
The Face Shop Smart Peeling White Jewel (120ml)
The Face Shop
From
RM49.50
Check The Face Shop Smart Peeling White Jewel (120ml) price below:

Produk dari jenama The Face Shop ini adalah penjagaan kulit untuk menghapuskan kotoran di wajah serta kotoran degil yang tersimpan di dalam liang pori. Diperkaya dengan serbuk mutiara yang dapat membantu menyuburkan kulit dan menyerap masuk ke dalam lapisan paling dalam. 

Serbuk mutiara menjadikan kulit cerah dan berseri selepas pengelupasan manakala selulosa semulajadi berfungsi pada kulit untuk menanggalkan sel-sel kulit mati serta menjadikan kulit sihat berseri.

Toner untuk memberikan penghidratan pada kulit sepanjang hari
Mamonde Rose Water Toner 250ml
Mamonde
Mamonde Rose Water Toner 250ml
From
RM85.00
Check Mamonde Rose Water Toner 250ml price below:
add_circle Menggunakan bahan organik
add_circle Melembapkan kulit wajah
add_circle Diformulasi dari watery essence
remove_circle Harga mahal

Penyegar wajah yang mengandungi 90.97% air mawar ini, tiada campuran air biasa. Ia berfungsi untuk penghidratan yang lebih menenangkan setiapkali pengunaan. Toner ini menjadikan kulit wajah anda kelihatan jelas dan bertenaga. 

Berkesan untuk menghapuskan sel-sel kulit mati dan menjaga tekstur kulit agar kelihatan lebih segar. Rumusannya bebas daripada 7 bahan ini iaitu berasaskan haiwan, minyak mineral, Polyacrylamide, Imidazolidinyl Rrea, Triethanoamine, minyak silikon, pigmen sintetik

Diterbangkan khas dari Korea, serum berasaskan Vitamin C baik untuk kulit
By Wishtrend Pure Vitamin C 21.5 Advanced Serum (30ml)
By Wishtrend
From
RM74.38
Check By Wishtrend Pure Vitamin C 21.5 Advanced Serum (30ml) price below:
add_circle Tidak melekit pada kulit
add_circle Bebas paraben
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Serum vitamin ini berkesan untuk memperbaiki nada dan tekstur keseluruhan kulit wajah anda. Dengan mengandungi Vitamin C yang tulen, ianya produk yang bebas dari paraben dan bahan-bahan berbahaya lain untuk mengurangkan kerengsaan pada kulit. Dirumuskan dengan 10 ramuan penting untuk mendapatkan hasil yang cepat dan berkesan. 

Diperkaya dengan kandungan 70% Vitamin Tree, ia menambahkan kelembapan pada kulit. Kulit anda akan menjadi anjal dan awet muda.

Lawan penuaan dengan essence anti-penuaan terbaik dari Korea ini
Guerisson Red Ginseng Skin Essence (120ml)
Guerisson
From
RM74.50
Check Guerisson Red Ginseng Skin Essence (120ml) price below:

Essense jenama Guerisson dari Korea ini berfungsi sebagai anti-penuaan yang meningkatkan tekstur kulit dan mengurangkan kadar kedutan serta garis halus. Gabungan potensi minyak kuda dan akar ginseng merah menambah kekuatan kepada kulit. 

Apabila umur semakin meningkat, kulit kehilangan kekuatan semulajadi dan menyebabkan sistem imun kulit wajah anda menjadi lemah. Guerisson Red Ginseng membantu anda mendapatkan tenaga kuat kulit yang lebih muda. Anda akan mempunyai kulit yang lebih cantik dan utuh. Tunggu apa lagi? Cubalah sekarang!

Krim malam ini bertindak sebagai agen penghapus jeragat
Erborian Yuza Sorbet Night Cream (50ml)
Erborian
From
RM231.00
Check Erborian Yuza Sorbet Night Cream (50ml) price below:

Krim malam yang mempunyai bahan kandungan terbaik dari Shea Butter dan Vitamin C untuk menghidrat dan menenangkan kulit wajah tegang. Mengandungi Beeswax yang bersifat anti-radang untuk memberikan lapisan perlindungan buat kulit wajah agar kekal berseri. Diperkaya dengan  Yuza yang secara semulajadi memberi tenaga dengan ciri-ciri yang mencerah, dengan antioksidan yang menguatkan perlindungan kulit. 

Ekstrak Liquorice pula berfungsi mengurangkan pengeluaran melanin bagi tujuan untuk menghalang pigmentasi. Minyak Almond yang kaya dengan Vitamin E pula membantu melembapkan kulit dan Vitamin A yang membantu meningkatkan keanjalan kulit.

Kekal terhidrat dengan foundation ini
Canmake Juicy Glow Skin Base
Canmake
From
RM38.00
Check Canmake Juicy Glow Skin Base price below:

Foundation dengan asas kilauan ini menjadikan kulit kelihatan terhidrat dan terjaga dengan baik. Dirumus dengan bahan yang dapat memberikan lembapan berpanjangan. Mengandungi tiga jenis zarah mutiara halus untuk menghasilkan kilauan semulajadi agar kulit tampak segar. 

Produk ini juga mampu untuk menyeimbangkan penghasilan sebum dan minyak agar wajah anda tidak tampil kusam.. Ia menggabungkan 5 fungsi dalam satu, foundation ini adalah yang anda perlukan untuk menyelesaikan masalah rejim penjagaan kulit anda.

Cushion foundation dari pilihan solekan artis profesional
Peripera Airy Ink Cushion
Peripera
BB cushion terbaik untuk kulit kering
From
RM68.00
Check Peripera Airy Ink Cushion price below:

Diformulasi dengan sistem perlindungan kedap udara kerana ia adalah cushion foundation yang mempunyai tekstur sangat ringan. Liputannya yang ringan membalut kulit anda, meninggalkan kemasan semulajadi. Anda akan terasa seperti tidak memakai sebarang foundation pada kulit wajah. 

Serbuknya yang cecair menyentuh pigmen warna ke kulit untuk kemasan ‘velvety’, tidak rasa melekit selepas anda sapukan pada wajah. Double-Ink-Lasting adalah kesan tinta dua kali ganda yang mengekalkan solekan tanpa perlu anda mengaplikasikannya berulangkali.

Bedak kompak dari Korea, wajah anda tampil berseri dan bersinar
Etude House Dream On Powder
Etude House
From
RM55.68
Check Etude House Dream On Powder price below:

Etude House Dream On Powder  adalah bedak serbuk yang halus, menyerap minyak yang berlebihan serta menghaluskan permukaan kulit untuk penampilan lebih segar dan berseri. Pelembap yang ada di dalam bedak kompak ini adalah untuk mengekalkan kulit terhidrasi sepanjang masa, optimum tahap kelembapan kulit dan menghalang terdedah kepada cahaya yang berlebihan. 

Untuk solek yang tahan lama, aplikasikan bedak ini pada zon T. Sapukan seberapa kerap yang diperlukan.

Dapatkan alis mata lebih menawan dengan eyeliner ini
Clio Gelpresso Waterproof Pencil Gel Liner
Clio
From
RM45.90
Check Clio Gelpresso Waterproof Pencil Gel Liner price below:

Direka khas dengan tekstur gel gelongsor dalam pensil auto yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda untuk menggunakannya. Ia meluncur dengan lancar dan memberikan garis mata lebih jelas seperti yang diingini. Garisan mata yang dilukis tahan lama sepanjang hari tanpa mencomotkannya walaupun anda berpeluh di sekitar kawasan mata.

Bibir tampil mungil dengan lipstik kemasan matte ini
It's Skin Life Color Lip Crush Matte
It's Skin
From
RM52.00
Check It's Skin Life Color Lip Crush Matte price below:

Lipstik dari jenama ternama di Korea ini dilengkapi dengan tekstur matte sutera yang lembut dan ringan pada bibir tanpa terasa melekit. Cecair rouge yang melengkapkan bibir dengan kemasan matte menarik sekali dan didatangi warna terang untuk penampilan bibir lebih mungil dan trendy. 

Untuk kesan tahan lebih lama, gunakan produk ini kerana ianya mengandungi pigmen yang dapat mengekalkan rona lipstik pada bibir. Penampilan yang sempurna haruslah dilengkapi dengan bibir menawan!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article