Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kekalkan Sinar Mahkota Anda Dengan 7 Minyak Rambut Terbaik

Masa untuk menggayakan rambut, tiada lagi masalah!

Masih ingatkah anda pada zaman kita kecil dahulu, para ibu pasti meletakkan minyak rambut untuk merawat kulit kepala daripada kelemumur, kutu atau rambut kering. Tahukah anda kegunaan minyak rambut merupakan mineral semulajadi yang baik untuk memberi lapisan pada rambut dan akar agar sentiasa terlindung serta terjaga dengan sempurna. Sudah pasti setiap orang menginginkan rambut yang sihat dan segar.

Langkah yang betul haruslah digunapakai semasa menggunakan minyak rambut ini. Lakukannya 2 kali dalam seminggu untuk mendapatkan hasil rambut bersinar dan tidak lagi tampak keletihan serta kusam. Jom baca 7 pilihan minyak rambut dalam senarai dibawah;

Sesuai untuk rambut kering, membaikpulih dari akar rambut
VERB Ghost Oil
From
RM35.00
Check VERB Ghost Oil price below:

Produk dari jenama Verb Ghost Oil ini mengandungi campuran minyak Moringa yang meliputi setiap helaian rambut dengan nutrien penting. Ekstrak buluh menguatkan folikel rambut dan membantu mengekalkan kelembapan, Vitamin F meremajakan rambut yang sihat dan protein soya dalam memberikan penghidratan berpanjangan. 

Jika anda mewarnakan rambut, minyak ini menghalang perubahan rona rambut anda pudar warnanya. Bagi yang memiliki rambut keriting, rambut anda akan menjadi kekal terutus dan bersinar.

Bahan dari minyak Argan – terbaik untuk rambut gugur dan kelemumur
FERYAL Argan Oil
From
RM30.00
Check FERYAL Argan Oil price below:

Minyak rambut mengandungi ekstrak minyak Argan ini, menggunakan teknologi terkini yang tidak melekit. Kandungan minyak rambut ini telah diuji 100% bebas bahan kimia dan berfungsi untuk mengeluarkan sel kulit mati atau kelemumur. 

Produk ini juga dapat membersih dan melindungi rambut serta kulit kepala, mengendalikan peratusan kehilangan rambut untuk mengelakkan masalah botak dan membantu mengurangkan masalah rambut beruban. 

Minyak rambut dwi-fungsi, terbaik untuk rambut keriting dan mengembang
MAJESTIC Oil Fractionated Coconut Oil For Hair and Skin Care
From
RM98.00
Check MAJESTIC Oil Fractionated Coconut Oil For Hair and Skin Care price below:

MAJESTIC Oil Fractionated Coconut Oil For Hair and Skin Care ada minyak multifungsi yang berkualiti tinggi, sesuai digunakan untuk rambut dan badan. Berfungsi sebagai pelembap, ianya dapat menjaga kulit kepala serta badan dari menjadi kering. 

Minyak ini juga boleh digunakan sebagai deodoran, pencuci muka, pelembab rambut, remover untuk solekan dan krim cukur. Ianya dapat melindungi kulit dari pancaran sinar matahari, dijadikan minyak untuk mengurut badan dan aromaterapi. 

Minyak rambut untuk menghitam dan melebatkan rambut dengan ramuan asli
ZAM-ZAM Hair Oil
From
RM9.90
Check ZAM-ZAM Hair Oil price below:

Minyak rambut zam-zam adalah minyak rambut traditional yang tidak asing dari zaman dahulu lagi. Keberkesanan minyak rambut ini tidak perlu diragui kerana ia telah berada dipasaran sekian lama. Dirumus khas dengan kandungan herba dari bahan tumbuhan seperti akar kayu semula jadi untuk menjadikan rambut hitam, lebat dan bersinar. 

Ianya mampu merangsang kadar pertumbuhan, merawat akar rambut agar tumbuh dengan lebih lebat, sihat dan hitam. Sesuai dipakai untuk semua peringkat umur.

Sesuai untuk rambut panjang, minyak rambut terbaik untuk meluruskan
LUX Luminique Acai Berry Straight Hair Non-Silicone Treatment
From
RM39.40
Check LUX Luminique Acai Berry Straight Hair Non-Silicone Treatment price below:

Lux Luminique Acai Berry Straight Hair Non-Silicone Treatment adalah minyak rambut yang sesuai digunakan untuk meluruskan rambut. Dengan kandungan Superfood dari ekstrak Acai Berry, Shea Butter, raspberi hitam dan Vitamin E membantu memperbaiki rambut rosak, mengurangkan keguguran rambut yang menyebabkan rambut kusut serta penjagaan ekstra untuk rambut anda agar lebih sihat dari dalam. Ia juga sesuai untuk semua jenis rambut.

Minyak rambut terbaik untuk bayi dari bahan semulajadi Aloe Vera
JOHNSON’s Baby Oil Aloe Vera (125ml)
From
RM8.07
Check JOHNSON’s Baby Oil Aloe Vera (125ml) price below:

Minyak bayi pelbagai guna dari Johnson’s Baby ini dicipta khas untuk memberikan kelegaan dan menyuburkan kulit. Ia juga boleh digunakan sebagai minyak rambut untuk bayi dan orang dewasa. 

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi bahawa ia mempunyai tekstur yang ringan dan Hypoallergenic. Kegunaan lain minyak ini boleh dijadikan pelembab pada kawasan kulit kering seperti siku dan tumit, juga sebagai perapi rambut serta penanggal alat solekan.

Minyak rambut untuk rambut beruban
MOIST DIANE Moroccan Extra Damage Repair Hair Oil (100ml)
From
RM44.02
Check MOIST DIANE Moroccan Extra Damage Repair Hair Oil (100ml) price below:

Minyak rambut dari Moist Diane ini terbaik untuk memberi khasiat dan penghidratan yang secukupnya kepada rambut agar terasa ringan dan licin. Ia membaiki serta memelihara rambut kering dan rosak serta menghidupkan semula dan memulihkan kesihatan rambut agar bersinar. 

Hanya dengan beberapa titisan sahaja, ia mampu untuk mengubah rambut anda sepenuhnya. Double Formula Keratin untuk rawatan penghawa dingin yang intensif, dapat membaiki kerosakan rambut sehingga menjadikannya lebih sihat dan cantik. 

Artikel Berkaitan 

End of Article