Liquid foundation atau cushion foundation lebih sesuai untuk kulit kering?
Salah satu perkara penting dalam solekan adalah penggunaan bedak asas samada jenis cushion (compact) atau cecair (liquid). Apa itu cushion? Cushion adalah sejenis produk coverage, didatangi dalam bentuk kompak untuk menutup bintik hitam atau cela dan juga berkesan bagi melindungi parut-parut kecil yang terhasil akibat jerawat. Setiap cushion dapat memenuhi kehendak jenis kulit yang berbeza. Bagi anda yang berkulit kering, pilihlah cushion yang dapat bertindak sebagai pelembap.
Kandungan dalam cushion ini haruslah mengandungi asid Hyaluronik, Kolagen atau agen pelembap yang lain. Cushion adalah bahan asas yang memiliki kesan efektif supaya hasil kemasan solekan anda tidak menjadi bercapuk. Berikut beberapa jenis bedak asas kusyen yang sesuai untuk jenis kulit kering.
Foundation full coverage ini mempunyai soft-focus teknologi dan serbuk emas untuk membuat kulit anda kelihatan segar dan berseri serta mempunyai spf 25 yang dapat melindungi kulit anda daripada sinaran mentari. Puff dengan rongga micro nya dapat menyerap produk secara maksima dan memberikan kemasan yang tampak natural terhadap si pemakai.
Solekan harian lebih mudah dengan adanya kusyen foundation jenama Maybelline ini, ianya memberikan kemasan matte yang mampu menutupi segala cela di wajah anda. Walaupun dipakai sehingga 12 jam, kulit wajah anda kekal cantik dan tidak menyebabkan muka kelihatan berminyak. Apa yang lebih menarik tentang foundation cushion ini, ia tidak melekit dan mempunyai pelindungan SPF25 PA. Foundation ini sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif dan juga kering.
Solekan tampak lebih halus dan kemas tanpa sebarang cela di wajah. Cushion foundation ini sangat sesuai bagi yang memiliki jenis kulit kering ataupun berminyak. Diformulasikan dari serbuk cairan yang melindungi kulit daripada sinaran merbahaya. Ia juga tidak membuatkan wajah anda terasa melekit dan solekan kekal walaupun selepas 8 jam penggunaan. Bekasnya yang unik, pasti akan menarik perhatian pengguna untuk membelinya.
Memiliki warna kulit yang tidak begitu cerah seperti sawo matang, bukanlah penghalang untuk anda bersolek. BB cushion ini menawarkan kulit yang lebih licin, menyerlah dan kekal terhidrat. Malah ia memberikan kelembapan pada kulit sehingga 12 jam penggunaan dengan adanya komponen seperti Narcissus. Tekstur cushion yang nipis, mudah untuk meratakan foundation ke seluruh wajah.
Sangat sesuai untuk semua jenis tona kulit, cushion ini terbaik dan terkenal di kalangan selebriti dan gadis-gadis Korea.
Cushion dengan teknologi double shot ini memastikan solekan anda kelihatan licin dan sempurna tanpa sebarang cela. Dengan hanya sekali sapuan ia mampu meliputi secara menyeluruh wajah anda. Selain itu, ia juga membantu untuk melembapkan kulit wajah dan melindungi kulit daripada sinaran UV yang merbahaya.
Tekstur cushion ini yang ringan, tidak akan membuatkan muka anda kelihatan bercapuk selepas memakai solekan.
Foundation BB ini membantu kulit kelihatan lebih sempurna dan bebas dari sebum. Dirumus khas daripada 4 bahan semulajadi iaitu ekstrak bunga Calendula, Wild Mango Butter, bunga Sakura dan daun Mulberi. Disamping mencantikkan kulit wajah, BB foundation ini juga membantu untuk melindungi kulit yang kekeringan dan kusam agar tampil lebih berseri. Bukan sahaja berpatutan dari segi harganya malahan ia juga sempurna untuk kegunaan harian solekan anda.
April Skin cushion dirumus khas 45% berasaskan air, ekstrak Bulberi dan lidah buaya untuk memberikan kelembapan yang sempurna kepada kulit wajah anda. Selain itu, ianya cushion yang tahan lama dan menjadikan setiap sapuan kelihatan licin dan kemas. Bagi mereka yang memiliki jenis kulit berminyak, kering, kombinasi dan normal amat disarankan untuk menggunakan foundation ini. Rasai kelainannya tersendiri dengan hanya sekali sapuan, solekan anda menjadi lebih sempurna.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!