Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Dapatkan Rona Wajah Yang Comel Dengan 7 Krim Blusher Terbaik

Comelnya pipi merah-merah tu, pakai pemerah pipi ke?

Kenali tona kulit anda sebelum anda membeli pemerah pipi untuk mengelakkan solekan daripada kelihatan janggal. Para wanita semestinya ingin mendapatkan hasil solekan yang menampakkan anda cantik dan manis. Oleh itu, dalam hal ini, pemerah pipi adalah alat solekan yang sangat penting.

Kali ini kami ingin memperkenalkan pemerah pipi jenis krim (cream blusher), yang kebiasaannya lebih mudah dipakai dan tahan lebih lama berbanding pemerah pipi jenis bedak. Ia juga mudah untuk dipakai kerana teksturnya. Berikut adalah beberapa jenis krim pemerah pipi yang terdapat di pasaran.

Blusher untuk kulit kering dan sensitif
Elizabeth Arden Cool Glow Cheek Tint 7ml
Blusher untuk kulit kering
From
RM155.60
Check Elizabeth Arden Cool Glow Cheek Tint 7ml price below:

Datang dalam 4 pilihan warna, cantikkan lagi solekan anda dengan pemerah pipi Elizabeth Arden ini yang mempunyai glowing effect. Ia menjadikan sentuhan lebih sempurna dan menyejukkan apabila dikenakan pada pipi. Selain itu, formulasi yang berasaskan air menjadikan pemerah pipi ini kelihatan semulajadi dan tidak mengeringkan kulit.

Blusher dari Korea terbaik yang terdapat di drugstore
Clio Pro Dual Contour Blusher (Limited Edition)
Blusher untuk remaja
From
RM95.45
Check Clio Pro Dual Contour Blusher (Limited Edition) price below:

Pemerah pipi jenis stik ini akan menjadikan anda kelihatan cantik semulajadi setelah memakainya, kerana warnanya yang sesuai untuk semua tona kulit. Tambahan pula, anda bukan sahaja boleh memakai produk ini sebagai pemerah pipi, tetapi ia juga boleh digunakan sebagai contour solekan. Pemerah pipi yang tidak melekit dan mudah digunakan, serta bersaiz kecil dan ringan, senang untuk dimuatkan di dalam beg tangan anda.

Blusher yang tahan lama dan sesuai untuk kulit gelap
Canmake Cream Cheek 2.3g
Blusher yang tahan lama
From
RM36.80
Check Canmake Cream Cheek 2.3g price below:

Hanya calit dan sapukan sahaja, pemerah pipi ini bagus kerana ia mempunyai formula jenis krim yang mudah meresap pada kulit dan boleh tahan lama. Oleh kerana diperbuat dari bahan yang melindungi kulit, ia selamat untuk digunakan bagi menyempurnakan setiap jenis solekan harian anda. Warna-warna yang menarik dari pemerah pipi ini menjadikannya sesuai untuk dikenakan pada semua tona wajah dari cerah hingga ke gelap.

Blusher untuk kulit putih
Etude House [Berry Delicious] Cream Blusher 6g
Etude House
Blusher untuk kulit putih
From
RM47.00
Check Etude House [Berry Delicious] Cream Blusher 6g price below:

Pemerah pipi dengan warna yang menarik ini mempunyai bau yang manis dan sesuai untuk dikenakan pada jenis kulit yang cerah. Dengan cara pemakaian yang betul, pipi anda akan nampak rona kemerah-merahan, membuatkan wajah anda kelihatan lebih manis. Bersaiz kecil dan ringan untuk di bawa ke mana sahaja. Krim ini mempunyai 3 pilihan warna untuk jenis kecerahan wajah anda.

Blusher untuk kulit kuning langsat dan sawo matang
A'pieu Creamy Cheek-Chok Blusher
Blusher untuk kulit kuning langsat dan sawo matang
From
RM23.50
Check A'pieu Creamy Cheek-Chok Blusher price below:

Pemerah pipi yang diformulasi daripada susu dan mentega koko ini baik untuk menghidratkan kulit dan mampu bertahan lebih lama kerana teksturnya yang diperbuat daripada krim lembut. Yang menariknya, ia dihasilkan dengan warna-warna yang cantik untuk tona kulit yang sawo matang atau kuning langsat. Pilih dari 4 warna yang menarik untuk menyempurnakan solekan harian anda

Blusher terbaik untuk remaja
(Light Pink) BIOAQUA Air Cushion Blusher Cream
Blusher yang nampak natural – sesuai untuk kulit sensitif
From
RM6.90
Check (Light Pink) BIOAQUA Air Cushion Blusher Cream price below:

Bioaqua pemerah pipi diformulasikan berasaskan air dan sesuai bagi yang berkulit sensitif. Pemerah pipi ini direka dengan span lembut untuk memudahkan aplikasi pada kulit, dan tahan lama kerana dirumus untuk pemakaian di atas pentas. Bukan sahaja mudah dari segi pengunaan, malah ia juga memberikan solekan anda nampak semulajadi setiap hari. Amat berbaloi dari segi harga!

Blusher yang nampak natural - sesuai untuk kulit berminyak
Innisfree Smart Drawing Blusher SPF26
Innisfree
Blusher Korea terbaik
From
RM36.00
Check Innisfree Smart Drawing Blusher SPF26 price below:

Anda akan tampil bergaya dengan solekan pemerah pipi dari jenama ini, yang juga mengandungi perlindungan UV matahari. Datang dengan bentuk tiub, anda hanya perlu picit dan sapukan pada pipi, menjadikan proses aplikasi lebih mudah dan menjimatkan masa.

Selain itu, ia juga mempunyai variasi warna yang lembut dan ceria untuk semua jenis kulit.  Dengan tekstur yang memastikan kulit anda tidak menjadi kering dan kelihatan berat untuk solekan, gunakan produk ini di mana sahaja anda suka!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article