Memiliki kulit jenis kering semestinya membuatkan kita terasa was-was untuk memakai bedak. Tetapi jenis kulit kering tidak seharusnya berasa demikian kerana anda harus pandai memilih bedak yang bersesuaian dengan anda. Elakkan memilih bedak yang terlalu berat, pilihlah jenis tekstur yang ringan.
Pastikan juga anda memilih bedak yang menjaga hidrasi kulit anda dan tidak bertompok apabila memakainya. Berikut beberapa jenis bedak yang mungkin bersesuaian dengan anda.
Bedak ini mampu menutup cela pada wajah, memberikan hasil tata rias halus tanpa kilau, tampak natural dan tahan lama. Bedak yang didatangi dengan 8 warna seperti tropical beige, natural beige, ivory, yellow beige, natural white, golden beige, oriental yellow dan white cream ini mengandungi spf 15 yang melindungi kulit daripada cahaya matahari dan menaikkan seri wajah.
Bedak asas dengan kandungan titanium dioksida sebagai UV Protection. Teksturnya yang lembut dan creamy menjadikannya mudah untuk diratakan supaya tidak bercapuk serta bertindak sebagai pelembap untuk kulit kering atau normal.
Ia juga mempunyai oil absorber yang membuatkan kulit tidak berminyak dan tidak mudah luntur kerana peluh atau air. Bedak dengan kemasan matte ini dapat menutup cela hitam dan bekas jerawat serta garis halus.
Bedak Maybelline Clear Smooth All In One ini sangat menakjubkan. Ia bedak yang dapat mencantikkan wajah walaupun anda mempunyai kesan cela di wajah anda. Dengan bedak ini, walaupun seharian di luar ia tetap kekal di wajah dan juga dapat mengawal minyak yang berlebihan.
Selain itu juga, ia turut mempunyai SPF 20 yang dapat melindungi kulit dari sinaran UV dan membantu bagi melindungi kulit kering agar tidak terdedah di bawah sinaran.
Bedak muka ini membantu anda untuk memastikan kulit kelihatan cantik di siang hari. Bukan sahaja itu, malah ia juga mampu bertahan pada wajah sehingga 16 jam. Dengan formula yang ringan, ia menjadikan pemakaian seharian sangat selesa dan sesuai untuk dipakai pada jenis tona cerah hingga ke gelap. Bedak yang tidak mengeringkan kulit anda bahkan memberi lebih kesempurnaan pada solekan harian.
Bedak Magic BB ini diformulasikan dari bahan semulajadi seperti ekstrak bunga calendula, ekstrak sakura dan daun mulberry. Ia menyerap minyak berlebihan terutamanya bagi para remaja yang sering terdedah di bawah sinaran dan juga mengelakkan kulit kekeringan. Dengan ekstrak sakura dan mulberry, ia dapat membantu bagi memastikan kulit wajah kekal hidrasi. Bedak ini terdapat dalam 3 warna untuk jenis kulit anda.
Bedak yang menakjubkan dan bagus adalah bedak yang dapat menutupi kesan cela dan juga apa jua masalah. Ia merupakan bedak yang akan menjadikan wajah anda licin sempurna. Bukan sahaja itu, bedak ini juga dapat membantu penyerapan minyak dan juga memastikan wajah anda tidak kelihatan bercapuk.
Anda tidak perlu risau kerana ia bedak yang tidak menyumbat liang pori anda malah ia turut mengawal hidrasi kulit wajah dari pada menjadi kering walaupun pemakaian seharian.
No-Sebum Mineral Powder adalah untuk mengemaskan solekan harian anda. Anda tidak perlu risau lagi tentang masalah sebum pada T-zon di wajah kerana ia juga mampu bertindak sebagai kertas pembilas minyak. Bahan seperti vitamin E pada bedak ini membantu untuk memberi kelembapan pada kulit kering dan juga membantu kulit yang bermasalah. Bedak ini terbukti kebaikannya bagi kulit berjerawat kerana ia bebas haruman dan paraben.
Bedak ini memberikan kemasan lengkap untuk solekan harian anda. Ia juga diformulasi bebas minyak dan sesuai untuk semua jenis kulit. Bedak ini terdapat dalam pelbagai warna yang cantik untuk keserasian tona kulit dengan kemasan sempurna. Teksturnya yang ringan menjadikan muka tidak kelihatan capuk dan kering. Dapatkan bedak ini untuk kemasan matte yang membantu anda mencapai kulit yang sempurna.
Anda mungkin jatuh cinta dengan bedak dari Laneige ini. Ia jenis yang ringan dan selesa bagi kulit yang sensitif agar dapat kekal memberikan liang kulit pernafasan. Kulit anda akan kelihatan licin dan bersih walaupun anda berpeluh dan berada di luar sepanjang hari. Dengan adanya bedak ini minyak berlebihan pada kulit dapat dikawal dan ia memastikan kulit tidak mudah iritasi walaupun dipakai seharian.
Chriszen memastikan kemasan solekan anda menjadi sempurna. Malah ia juga bedak yang ringan dari segi teksturnya dan semestinya halal. Wajah anda akan terasa lebih licin dan bebas dari kesan cela kerana ia membantu menutupi segalanya. Selain itu, kulit akan kelihatan cerah dan tidak menjadi kering kerana ia boleh mengawal wajah dari kekeringan dan mengelakkan solekan kelihatan bercapuk.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!