Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Serlahkan Wajah Anda dengan 8 CC Cream Terbaik Dipasaran

Masa untuk berhias.

Ingin serlahkan kulit lebih cantik dan menawan? CC Cream ada jawapannya. Color Correcting Cream, secara ringkasnya CC Cream, tidak hanya berfungsi sebagai asas solekan tetapi sebagai krim untuk menutup wajah warna kulit wajah yang berbeza, kemerah-merahan serta bintik hitam pada wajah. Jika anda menggunakan krim ini, warna wajah kulit anda akan tampak sekata dan licin bersinar.  

Pelbagai jenis CC Cream ada di pasaran terkini pasti menjadi pilihan anda. Ada yang berfungsi seperti foundation dan ada juga yang sesuai untuk kulit natural. Bahan yang terkandung di dalam krim ini lebih ringan berbanding BB Cream. Tak tahu jenis-jenis CC Cream yang ada di pasaran Malaysia? Jom lihat senarai dibawah ini. Pasti akan dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat.

CC Cream terbaik yang mengandungi SPF
Mary Kay CC Cream Sunscreen SPF15 29ml
CC Cream terbaik yang mengandungi SPF
From
RM48.98
Check Mary Kay CC Cream Sunscreen SPF15 29ml price below:

Krim asas ini bertindak sebagai pelindung kulit wajah anda dari pancaran sinar UVA dan UVB yang boleh merosakkan kulit. Wajah kulit anda akan kekal cerah dan bersinar sepanjang hari. Formula asas yang ringan dalam krim berasaskan mineral mampu untuk menutup cela wajah anda.   

CC Cream asli dari Mary Kay ini mampu untuk menghalang kulit wajah anda dari kemerah-merahan dan berjerawat. Pelembap yang terdapat di dalam krim ini boleh menghidratkan kulit anda selama 10 jam tanpa perlu anda kerapkali menyapu di wajah.   

CC Cream yang bagus untuk kulit kering
NUTOX CC Cream Natural Beige 30ml
CC Cream yang bagus untuk kulit kering
From
RM42.41
Check NUTOX CC Cream Natural Beige 30ml price below:

CC Cream dari Nutox dipertingkatkan dengan teknologi Smart Colour Control yang membuatkan warna kulit anda menjadi satu tona lebih bercahaya. Dalam masa yang sama krim ini juga mempunyai beberapa manfaat yang sesuai bagi anda yang berkulit kering.

Krim asas solekan ini bertindak sebagai penjagaan kulit seperti melembapkan, memutihkan, regenerasi kulit, meminimumkan liang pori, menenangkan serta menghidratkan kulit selama 24 jam. Tekstur cecairnya pasti tidak akan membuatkan kulit anda kelihatan bercapuk.

CC Cream terbaik untuk kesan ‘glowing’
Clinique Moisture Surge CC Cream SPF30
CC Cream terbaik untuk kesan ‘glowing’
From
RM139.00
Check Clinique Moisture Surge CC Cream SPF30 price below:

Satu langkah mudah untuk mencerahkan kulit adalah dengan penghidratan bebas minyak yang sempurna serta melindungi kulit anda dari kotoran dan sinaran matahari. Selepas memakai krim ini, wajah anda akan nampak kesan glowing yang nyata serta dapat mengurangkan kemerahan pada kulit anda.

Bahan yang terkandung di dalam krim asas ini tidak membahayakan kulit dan pasti selamat selepas menggunakannya serta tiada wangian. Kulit anda pasti akan ‘glowing’ dengan CC Cream dari jenama terkenal solekan, Clinique ini. Cubalah sekarang!

CC Cream memutihkan kulit dan full coverage
B.liv CC Pores Away 30ml
CC Cream memutihkan kulit dan full coverage
From
RM35.00
Check B.liv CC Pores Away 30ml price below:

Fungsi utama CC Cream ini adalah untuk memperbaiki kulit serta melindungi dan menutup cela liang pori yang terbuka. Kulit anda akan menjadi lembut seperti porselin dan kelihatan sempurna jika anda memakai krim ini sebagai asas solekan anda.

Tekstur yang terkandung mampu untuk memutihkan kulit wajah anda dalam masa 5 minit saja. Kalau anda sukakan wajah natural, tidak perlu memakai mekap pun selepas memakai krim ini. Bedak juga tidak perlu. Krim ini memberikan full coverage yang anda inginkan dan anda akan tampak berseri dari jauh!    

CC Cream yang non-comedogenic - terbaik untuk kulit berminyak
Olay Total Effects CC Cream (Light) 50g
CC Cream yang non-comedogenic - terbaik untuk kulit berminyak
From
RM31.40
Check Olay Total Effects CC Cream (Light) 50g price below:

Krim asas Olay ini sesuai untuk wanita yang memiliki kulit berminyak dan terdiri dari dua tona berbeza yang boleh dijadikan pilihan untuk anda yang berkulit cerah dan gelap. Krim asas ini berfungsi untuk menutup cela di kulit wajah dengan sempurna dan menghilangkan tanda penuaan.  

Vita Niacin Complex dalam krim asas ini mengandungi Vitamin E, B5 dan B3 dapat memberikan kesan kulit wajah yang lebih muda, segar dan membantu pengelupasan kulit dengan sempurna. Diuji secara dermatologi bebas minyak dan non-comedogenic (tidak menyumbat liang pori). Jom cuba!

CC Cream yang sesuai untuk kulit sensitif dan kering
Etude House CC Cream SPF30 35g
CC Cream yang sesuai untuk kulit sensitif dan kering
From
RM50.00
Check Etude House CC Cream SPF30 35g price below:

Salah satu jenama solekan terkenal di Korea, Etude House telah mengeluarkan rangkaian CC Cream yang bersesuaian untuk jenis kulit yang berbeza. Krim ini bertujuan untuk memberikan penjagaan kulit sempurna dengan ekstrak Rock Rose.

Tekstur yang mengandungi polyphenols, antioksidan yang kuat dan penjagaan anti-radang ini adalah semulajadi dan sesuai untuk anda berkulit sensitif yang cenderung untuk kering. Anda was-was hendak memilih krim asas yang sesuai untuk kulit sensitif anda? CC Cream dari Etude House ini ada jawapannya.

CC Cream tahan lebih lama dan matte sesuai dipakai setiap hari
MYLARA Skincare Matte Miracle CC Cream SPF30
CC Cream tahan lebih lama dan matte sesuai dipakai setiap hari
From
RM29.00
Check MYLARA Skincare Matte Miracle CC Cream SPF30 price below:

Krim asas yang digunakan setiap masa ini berwarna natural sesuai untuk semua jenis tona kulit. Teksturnya sangat lembut, tidak melekit, tidak berkilat dan matte membuatkan krim ini tidak berminyak semasa anda menyapu di kulit serta kekal lama sehingga 10 jam.

Diekstrak dari buah Almond dan Argan oil, wajah anda akan sentiasa kekal lembap dan tiada sisa bahan kimia tertinggal di atas lapisan kulit anda. Yang penting, tiada pewarna atau pewangi sintetik yang akan membuatkan anda kurang selesa.

Artikel Berkaitan

End of Article