Lipstik merupakan alat solek yang sangat penting bagi kaum wanita. Tanpa adanya lipstik dibibir, maka wanita akan berasa dirinya tidak lengkap. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengurangkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain.
Lipstik juga mempunyai trend tersendiri seiring dengan peredaran masa. Terdapat pelbagai jenis lipstik yang boleh anda dapatkan dipasaran sekarang. Ini adalah senarai lipstik liquid yang terbaik di Malaysia.

Anda suka memakai warna-warna lipstick menarik? Ini merupakan lipstik yang mempunyai 3 kali ganda pigmen dalam setiap titisan. Bukan itu sahaja, ia sangat mudah untuk dipakai pada bibir. Lipstick ini pasti akan menjadi kegemaran pada anda diluar sana yang sukakan lipstick matte!

Anda mempunyai masalah bibir hitam? Pilih warna terang dan tepat bagi mengelakkan bibir nampak lebih hitam. Produk ini mengeluarkan banyak liquid lipstick berwarna terang yang sesuai dipakai. Bibir pasti nampak mengancam dengan liquid lipstick pada musim Raya ini.

Lipstick ini sesuai untuk dipakai bagi anda yang mempunyai kulit sawo matang. Ia mempunyai warna lipstick lterang dan bertahan sehingga 10 jam. Teksturnya sangat halus dan lembut sesuai untuk dipakai sebagai pelembap bibir.

Lipstick selalu hilang selepas minum air atau makan? Gunakan lipstick yang pasti akan tahan lebih lama daripada biasa. Selain daripada tahan lama, lipstick ini juga boleh dipakai untuk bibir kering kerana ia mempunyai formula krim pelembap. Tertinggal lipstick dirumah pun tidak menjadi masalah lagi dengan adanya lipstick tahan lama!

Ini merupakan lipstick pilihan setiap remaja kerana ia mempunyai tekstur yang ringan dan lembut. Bukan itu sahaja, lipstik ini mampu bertahan lama dari pagi sehingga malam. Selain itu, ia juga cepat kering selepas disapukan pada bibir. Tidak perlu mengambil masa yang lama.

Anda mempunyai masalah bibir kering namun ingin memakai liquid lipstick seperti orang lain? Lipstick ini mengandungi Jojoba oil untuk mengelakkan bibir menjadi kering selama 4 jam. Bibir pasti nampak lebih cantik dan tiada masalah bibir kering!

Bagi yang sukakan lipstick matte, ini pasti akan menjadi salah satu lipstick kegemaran anda. Ini kerana ia mempunya pigmen yang tinggi serta senang untuk disapukan pada bibir. Bukan itu sahaja, lipstick matte ini amat selesa digunakan. Anda pasti lebih ceria dengan kehadiran lipstick matte terbaik.

Lipstick ini dijamin Halal serta selamat digunakan. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan hanya dengan sekali sapuan sahaja dapat menghasilkan warna sekata. Bukan itu sahaja, lipstick ini mengandungi vitamin E untuk memberikan kelembapan pada bibir.