Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Casetify x care bears

CASETiFY Lancar Koleksi Care Bears Yang Comel, Bukan Sekadar Tahan Lasak!

CASETiFY lancar koleksi Care Bears & musim cuti!

Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Sempena musim cuti dan Tahun Baru ni, kalau anda tengah cari casing baru yang bukan je tahan lasak tapi juga super cute, CASETiFY baru saja lancarkan koleksi Care Bears dan edisi khas musim cuti yang confirm buat phone anda nampak lebih ceria.


Casing Care Bears yang Comel & Nostalgia Gila

CASETiFY memang terkenal dengan pilihan rekaan yang fun dan trendy, tapi koleksi Care Bears ni memang next level cute.

Dari warna pastel sampai ke karakter ikonik macam Cheer Bear dan Grumpy Bear, casing ni memang perfect untuk peminat nostalgia 80-an atau sesiapa je yang nak vibe ceria hujung tahun ni.

Setiap casing bukan setakat comel je, tapi material dia memang mantap, tahan hentakan (military grade!) dan selesa dipegang.

Anda boleh pilih jenis casing ikut kesesuaian, ada Impact Case, Mirror Case, Ultra Impact dan banyak lagi.

Dan paling best, boleh custom nama sendiri kat casing tu. Nak letak nama sendiri? Nama bestie? Semua boleh!


Untuk Pengguna Apple Watch, Jangan Risau

CASETiFY juga ada Apple Watch straps yang match dengan vibe casing. Strap dia bukan je sedap pakai, tapi reka bentuk pun sangat elegen.

Sesuai sangat kalau anda nak full matching look untuk musim cuti ni.


Snappy™ Grip Stand, Phone Stand Yang Lebih Bergaya

Kalau anda pengguna iPhone dengan sokongan MagSafe, atau anda guna casing yang ada magnetik di belakang, mesti anda suka aksesori Snappy™ Grip Stand dari CASETiFY ni.

Ia boleh melekat di belakang casing MagSafe dan berfungsi sebagai phone grip dan stand, jadi senang nak tengok Netflix, rakam video, atau join call sambil makan kerepek.

Design dia pun sleek dan datang dengan beberapa pilihan warna.


Casing cantik, tahan lasak, boleh custom dan aksesori tambahan yang praktikal semua ni ada dalam koleksi musim cuti CASETiFY kali ini.

Sama ada untuk diri sendiri atau sebagai hadiah untuk yang tersayang, ini memang antara pilihan tech accessory paling berbaloi untuk musim cuti hujung tahun ni. Koleksi Care Bears dan edisi cuti CASETiFY kini boleh didapati di laman web rasmi CASETiFY.

End of Article