Kalau anda ingat rumah pintar itu cuma berlaku dalam filem-filem sci-fi, anda mungkin perlu lihat produk-produk terbaru dari Midea ini.
Midea baru sahaja melancarkan rangkaian baru mereka di Malaysia yang dinamakan SMART MASTER, di mana ia jauh lebih daripada sekadar peti ais dan kipas biasa.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
18 Kedai Sekali Gus, Midea Catat Rekod Malaysia Book of Records
Dalam satu langkah bersejarah, Midea buka 18 buah kedai jenama secara serentak seluruh negara. Gila? Tapi betul dan ini pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records sebagai “Most Electrical Appliance Outlets Launching In An Event”.

Bayangkan mereka lancarkan 15 brand stores baru, 2 Pro‑Shop, dan satu showroom di Kuala Lumpur dibuka serentak.
Sekarang kalau anda duduk di mana‑mana negeri pun, ada je Midea store dalam radius rumah anda, jadi tak perlu ulang alik jauh nak tengok alat perkakas rumah dari jenama Midea.
Apa Istimewanya SMART MASTER?
SMART MASTER bukan setakat nama yang istimewa, tetapi ia jelmaan visi rumah pintar sebenar.
Dari penyaman udara, peti ais, kipas tanpa bilah, hingga vaccum robot, semuanya ada sensor, sambungan Internet dan dikuasakan oleh AI.
Bila ada alat SMART MASTER dalam rumah anda, rumah tu secara automatik boleh “faham” rutin anda, ikut keperluan dan bantu ringankan kerja rumah.
Nak mesin basuh automatik, peti ais yang simpan makanan untuk jangka masa panjang, hood dapur berteknologi, sistem rumah terhubung, semua boleh digunakan dengan mudah.
Kalau dulu anda layan rumah macam kerja sambilan, lepas penat balik kerja kena sambung kemas rumah, tapi dengan SMART MASTER, semua kerja anda di rumah makin mudah.

Alat Rumah Moden Dari Semua Segi
Jangan expect SMART MASTER tu sekadar AC dan peti ais. Midea bawa pelbagai jenis alatan seperti:
- Avigator series (air‑cond & pendingin udara)
- Insta‑Fit Master series (peti ais fit meja dapur moden)
- Laundry Suite (mesin basuh + pengering, siap dengan kecekapan tinggi)
- Cooker hood & hob moden dengan RFID
- Robotic Vacuum Cleaner (untuk rumah tak sempat mop)
- Bladeless fan, kipas tanpa bilah yang jimat ruang & senang bersihkan
Semua itu boleh disambung dengan aplikasi mudah alih Midea dan ia bukan sahaja boleh kawal dari telefon, tapi juga monitor penggunaan tenaga dan suhu.
Barulah betul-betul "Smart Home."
Promosi Pelancaran, Jangan Lepaskan!
Untuk sambut pelancaran gila‑gempak ni, Midea tengah jalankan pelbagai promo sepanjang Disember:
- Gift with Purchase (1–31 Disember 2025) beli model terpilih & dapat hadiah eksklusif
- Spin & Win (3–10 Disember) belanja RM288 & ke atas untuk peluang menang hadiah menarik
- Spend & Win (3–31 Disember) belanja lebih RM488 untuk masuk cabutan bertuah
Kalau anda plan nak upgrade rumah, ini masa terbaik. Tapi cepat, sebab semua ni sebelum stok masih ada.

Kenapa SMART MASTER Mungkin Best Untuk Rumah Anda
Kalau anda baru pindah rumah atau tengah dalam proses nak renovate, ini masa terbaik untuk integrasikan semua peralatan rumah dari awal biar semuanya boleh dihubungkan dan dikawal secara pintar.
Bagi anda yang sibuk kerja dan tak sempat nak mop, vakum, jemur baju atau urus dapur, kombinasi seperti robot vacuum dan Laundry Suite memang boleh bantu jimat masa dan tenaga.
Kalau anda memang minat teknologi dan suka konsep rumah pintar, rangkaian produk Midea yang lengkap dengan kawalan pintar dan sambungan internet memang akan buat hidup anda lebih fleksibel.
Dan yang paling penting, untuk anda yang peka tentang bil elektrik dan penjimatan tenaga, banyak peralatan dalam siri ini datang dengan sensor pintar dan teknologi efisiensi tenaga.
Pendek kata, rumah lebih smart, hidup pun lebih tenang.
Untuk maklumat lanjut, layari Midea Malaysia. Nak tahu lebih banyak info menarik? Ikuti ProductNation di laman ini, Instagram & juga TikTok.