Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Honor Magic8 Pro

HONOR Magic8 Pro - Telefon Flagship dengan Kamera 200MP & Bateri Besar 7,100mAh!

Kamera dia memang betul-betul gempak!

HONOR kembali gegarkan pasaran flagship Malaysia dengan pelancaran rasmi HONOR Magic8 Pro, yang bukan sahaja tampil bergaya dari segi rekaan, malah penuh dengan teknologi canggih, terutamanya dari segi kamera dan ketahanan bateri.

Kalau korang tengah mencari telefon pintar dengan kamera gempak dan prestasi tinggi, Magic8 Pro ini mungkin jawapannya.

Dua Varian untuk Pasaran Malaysia

HONOR Magic8 Pro ditawarkan dalam dua varian di Malaysia:

  • 12GB RAM + 512GB StorageRM4,599

  • 16GB RAM + 1TB StorageRM5,199

Harga ini diletakkan berpatutan untuk kelas flagship, terutama apabila melihat teknologi yang dibawa Magic8 Pro ini.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Kamera 200MP Ultra Night Telephoto – Zoom Jelas, Waktu Siang atau Malam

Highlight utama pada HONOR Magic8 Pro sudah tentu adalah kamera periskop telefoto 200MP Ultra Night, direka khas untuk tangkapan zoom jarak jauh dalam keadaan pencahayaan rendah.

Gabungan sensor besar dan sokongan AI menjadikan gambar malam lebih terang dan jelas tanpa perlu tripod.

Selain itu, telefon ini juga hadir dengan:

  • Kamera utama 50MP (wide)

  • Kamera ultrawide 50MP

Honor Magic8 Pro camera

Sistem tiga kamera ini diselaraskan dengan baik untuk memenuhi keperluan pencinta fotografi mudah alih, dari landscape hingga potret bokeh.


Bateri Besar 7,100mAh!

HONOR Magic8 Pro juga dilengkapi bateri 7,100mAh (versi global), antara yang terbesar dalam kategori flagship.

Kalau korang jenis heavy user, korang pasti hargai ketahanan bateri ni.

Sama ada untuk game, streaming atau kerja seharian, korang tak perlu risau mencari powerbank setiap masa.

Dan ya, ia turut menyokong pengecasan pantas yang mampu mengecas bateri telefon ini dari 0% ke 17% dalam masa 5 minit sahaja.

Jadi, bayangkan berapa minit je masa yang di ambil untuk mengecas penuh telefon Honor Magic8 Pro ini.


Reka Bentuk Premium dan Prestasi Flagship

HONOR Magic8 Pro bukan sekadar tentang kamera dan bateri.

Ia turut membawa prestasi mantap yang mampu bersaing dengan mana-mana flagship di pasaran.

Dengan RAM besar dan storan tinggi (hingga 1TB!), multitasking jadi lebih lancar dan game juga terasa smooth.

Rekaannya juga elegan dan solid, sesuai untuk korang yang mahukan telefon flagship dengan penampilan mewah.


Siapa Sesuai Guna HONOR Magic8 Pro?

  • Penggemar fotografi yang mahu hasil zoom ultra jelas

  • Kaki travel & outdoor sebab bateri tahan dan kamera mantap

  • Pengguna power-user yang perlukan prestasi konsisten sepanjang hari

  • Content creator yang perlukan gambar dan video berkualiti tinggi untuk sosial media


Berbaloi Tak?

Dengan harga bermula RM4,599, HONOR Magic8 Pro bukan sahaja menawarkan kamera periskop 200MP yang rare dalam pasaran, tetapi juga ketahanan bateri luar biasa dan storan besar.

Kalau korang cari telefon flagship yang seimbang dari segi kamera, prestasi dan ketahanan, HONOR Magic8 Pro patut ada dalam senarai.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic8 Pro, layari laman web rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/.

Kalau nak berita semasa yang lain, stay up-to-date dengan ProductNation di sini, Instagram & juga TikTok.

End of Article