Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
PRISM+ Country Director, Eric Kam

PRISM+ Tawar Promosi Eksklusif Produk Baharu di TikTok Shop Super Brand Day, IOI Mall Puchong bermula 28 hingga 30 November

PRISM+ terus kukuhkan status sebagai jenama One-Stop Home & Living.

Jenama teknologi rumah terkenal PRISM+ terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama One-Stop Home & Living di Malaysia dengan pelancaran pelbagai produk baharu menjelang cuti hujung tahun.

Antara produk utama yang diumumkan termasuk mesin basuh siri Typhoon, penyaman udara pintar Luna Ultra, Roam Smart Lifestyle Displays, dan TV siri SQ QLED yang melengkapkan lagi ekosistem rumah pintar PRISM+.

Pelancaran ini turut bertepatan dengan acara TikTok Shop Super Brand Day di IOI Mall Puchong dari 28 hingga 30 November, di mana pengunjung boleh mencuba sendiri barisan produk baharu PRISM+ secara langsung serta menikmati promosi eksklusif.

Menurut Eric Kam, Pengarah Negara PRISM+ Malaysia, pelancaran kali ini menunjukkan komitmen PRISM+ untuk menjadikan teknologi pintar dan jimat tenaga lebih mampu dimiliki rakyat Malaysia.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Typhoon Washer: Mesin Basuh Pintar untuk Kegunaan Harian

Siri PRISM+ Typhoon Top-Load Washer menandakan kemasukan pertama jenama ini ke dalam kategori peralatan dobi.

Tersedia dalam kapasiti 8.5kg hingga 12.5kg, mesin basuh ini direka untuk kemudahan seharian dengan teknologi seperti Smart Wash, Easy Dosing Drawer, dan Auto Balance Control yang membantu mengurangkan gegaran serta mengelakkan pakaian menjadi kusut.

Dengan harga bermula serendah RM659, model Typhoon memberi fokus kepada operasi senyap, penggunaan air secara efisien dan kawalan mudah tanpa setting yang rumit, sesuai untuk keluarga moden yang mahu hasil cucian bersih dalam masa yang singkat.


Luna Ultra: Aircond Pintar Dengan 5 Bintang Penjimatan Tenaga

PRISM+ Luna Ultra pula menawarkan penyaman udara berkuasa tinggi dengan teknologi inverter 5 bintang yang menggunakan sehingga 45% kurang tenaga berbanding model konvensional.

Ia didatangkan dalam pilihan 1.0HP, 1.5HP dan 2.0HP dengan harga bermula dari RM1,199.

Antara ciri menariknya termasuk:

  • Multi-Layer Filtration System untuk menapis habuk, bakteria, dan bau.

  • GoldFin Anti-Corrosion Coating yang tahan lembapan dan cuaca tropika.

  • Kawalan melalui aplikasi PRISM+ Connect, membolehkan pengguna menukar suhu atau jadualkan operasi terus dari telefon pintar.

Setiap unit turut dilindungi jaminan 3 tahun untuk Fan Coil Unit dan 7 tahun untuk kompresor, memberikan ketenangan jangka panjang kepada pengguna.


Roam Smart Displays: Skrin Pintar Serba Guna Untuk Rumah Moden

Melengkapkan kategori skrin, PRISM+ memperkenalkan Roam 27” dan Roam Ultra 27”, dua paparan pintar yang direka untuk gaya hidup fleksibel.

Skrin ini boleh berfungsi sebagai stesen kerja, skrin dapur, teman senaman, atau hiburan rumah, lengkap dengan Android 14 OS, kamera 8MP dan sistem audio 40W.

Model Roam 27” menampilkan paparan Full HD, manakala Roam Ultra 27” pula hadir dengan paparan 4K UHD.

Harga bermula dari RM3,699.


SQ QLED TV: Hiburan Pintar Dengan Google TV

Jika anda bercadang untuk menukar ke TV baharu, siri SQ QLED menampilkan teknologi Quantum Dot untuk warna lebih hidup dan tajam, dilengkapi Dolby Audio serta sistem operasi Google TV.

Model yang ditawarkan termasuk:

  • SQ32 (32”) – RM749

  • SQ43 (43”) – RM999

Sama seperti produk lain, siri ini hadir dengan jaminan dua tahun.


Sedia Untuk Dimiliki Sekarang!

Semua produk dalam barisan baharu ini boleh didapati atau dipra-tempah mulai 26 November 2025 di laman rasmi PRISM+ Malaysia dan TikTok Shop.

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri, acara TikTok Shop Super Brand Day di IOI Mall Puchong akan menampilkan semua produk baharu berserta promosi khas dan aktiviti menarik.

End of Article