Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
feature igame x senna

AI untuk Gamers versi 'Sopan' Pertama Dilancarkan di Malaysia

Colorful Technology melancarkan iGame x Senna di Malaysia, AI digital companion pertama mereka untuk gamer dan pencipta kandungan.

Colorful Technology Company Limited (Colorful), jenama terkemuka dalam komponen PC gaming dan rakan strategik kepada NVIDIA, AMD serta Intel, secara rasmi memperkenalkan iGame x Senna buat kali pertama di luar China menerusi acara pelancaran di The Grey Box, GMBB Kuala Lumpur.

Yes, Malaysia dulu! Sebabnya? Pasaran kita memang panas dengan lebih 20 juta gamer, komuniti creator makin besar dan vibes content tempatan yang laju berkembang.

Dalam acara ini, Colorful turut bawa tetamu istimewa dari NVIDIA (Marco Xu, Director of Consumer Business, APAC South) sebagai sokongan dan menandakan betapa seriusnya Colorful nak all-in dekat rantau ni.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

iGame x Senna, AI untuk Gamers yang 'Sopan'

Bayangkan ada “member” dalam PC yang jaga performance untuk korang masa korang main game. Itulah iGame x Senna, AI companion yang duduk dalam iGame Center.

Dia punya Kerja:

  • Pantau prestasi sistem live

  • Ingatkan bila kena update

  • Dan auto-optimise hardware supaya game jalan smooth, stream tak tersangkut dan kerja editing tak drag.

Paling penting Senna yang dilancarkan di Malaysia ni versi sopan yang disesuaikan dengan budaya setempat, berbeza dengan Senna yang ada di negara lain.

Senna ni target tiga kumpulan utama iaitu gamer, streamer, dan creator.

Untuk gamer, FPS jadi lebih konsisten; untuk streamer, sesi live berjalan tanpa gangguan; dan untuk creator, multitasking serta proses render terasa lebih ringan. Dah macam ada “teammate” yang senyap-senyap urus semuanya di belakang tabir.


Kenapa Malaysia jadi Negara Pertama Pasaran Asia Tenggara?

Colorful dah ada jejak sejak 2017. Bermula dengan produk storan, kemudian berkembang ke GPU, motherboard, dan laptop.

Pelancaran kali ini, dengan kerjasama GMC Worldwide Malaysia, menandakan mereka nak kekal lama di sini, bukan “datang, launch, hilang”.

Komuniti kita aktif, event gaming ada sepanjang tahun, dan creator local pun makin ramai buat kerja on-the-go, jadi Senna memang sesuai untuk workflow macam ni.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan kemas kini terkini Colorful, layari laman rasmi Colorful.

Kalau nak berita semasa yang lain, stay up-to-date dengan ProductNation di sini, Instagram & juga TikTok.

End of Article