Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Snapdragon 8 Gen 5

Qualcomm Perkenal Snapdragon 8 Gen 5 & X2 Elite di Snapdragon Summit 2025

Qualcomm mempercepat integrasi AI ke dalam peranti harian.

Qualcomm secara rasmi melancarkan dua cip pemprosesan baharu dalam acara tahunan Snapdragon Summit 2025 iaitu Snapdragon 8 Gen 5 untuk telefon pintar flagship dan Snapdragon X2 Elite Series untuk komputer riba Windows premium.

Kedua-duanya menekankan prestasi lebih pantas, kecekapan tenaga lebih baik, serta integrasi kecerdasan buatan (AI) generasi baharu.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Snapdragon 8 Gen 5, Kuasa AI dalam Telefon Pintar

Snapdragon 8 Gen 5 hadir dengan 3rd Gen Qualcomm Oryon CPU yang didakwa sebagai CPU mudah alih terpantas setakat ini.

Cip ini disasarkan untuk telefon pintar flagship daripada jenama utama seperti Samsung, Xiaomi, dan OnePlus.

Snapdragon 8 Gen 5 (1)

Antara ciri utama yang diperkenalkan ialah agentic AI on-device iaitu pembantu maya pintar yang mampu mempelajari rutin, memahami keutamaan dan berinteraksi dengan aplikasi mengikut konteks.

AI ini direka untuk bertindak secara proaktif, menjadikan pengalaman pengguna lebih lancar dan peribadi.

Dalam aspek fotografi dan videografi, Qualcomm memperkenalkan Advanced Professional Video (APV), iaitu set alat rakaman setaraf profesional dengan ciri HDR mesra pengguna, instant highlights, serta algoritma context-aware AF/AE/AWB.

Gabungan teknologi ini memberi hasil rakaman lebih konsisten dan berkualiti tinggi terus dari peranti mudah alih.


Snapdragon X2 Elite: Laptop Windows Premium dengan AI

Selain telefon pintar, Qualcomm turut memperkenalkan Snapdragon X2 Elite Series yang terdiri daripada model X2 Elite Extreme dan X2 Elite.

Siri ini disasarkan untuk komputer riba Windows 11 yang nipis, ringan dan mempunyai hayat bateri lebih lama sehingga beberapa hari penggunaan.

Dari segi prestasi, cip baharu ini menawarkan peningkatan sehingga 31% lebih pantas pada tahap kuasa sama berbanding generasi sebelumnya, sambil menggunakan sehingga 43% kuasa lebih rendah.

Lebih menarik, ia hadir dengan NPU terpantas untuk komputer riba, menyokong pelbagai beban kerja AI secara serentak.

Ini sekaligus memperkasakan ekosistem Copilot+ PCs dengan keupayaan menyambung sehingga tiga monitor luaran pada resolusi 5K 60Hz.


Pelancaran Snapdragon 8 Gen 5 dan X2 Elite membuktikan fokus Qualcomm dalam mempercepatkan integrasi AI ke dalam peranti harian, sama ada untuk pengguna telefon pintar ataupun komputer riba premium.

Untuk berita semasa lain, stay up-to-date dengan ProductNation di sini, Instagram & juga TikTok.

End of Article