
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Di Huawei Cloud AI Ecosystem Summit APAC 2025 yang berlangsung di MITEC baru-baru ini, Huawei mengumumkan pelan besar untuk memacu ekosistem kecerdasan buatan (AI) negara.
Ini termasuk melatih 30,000 pakar AI tempatan dalam tempoh tiga tahun.
Latihan ini akan melibatkan pelajar, penjawat awam, ketua industri, think tank, pertubuhan dan pelbagai kumpulan lain.

Huawei juga berhasrat membangunkan 200 rakan kongsi AI tempatan melalui pertukaran pengetahuan dan kerjasama dengan syarikat ternama dari China.
Selain itu, Huawei Cloud bakal membawa masuk pelaburan AI dari China untuk membina inovasi bersama bakat tempatan.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut merasmikan inisiatif ini (HUAWEI Cloud APAC AI Ecosystem) sempena pembukaan ASEAN AI Summit 2025, dengan kehadiran Menteri Digital YB Gobind Singh Deo yang berkesempatan menyampaikan ucaptama beliau.

Dalam ucaptamanya, Gobind menegaskan kepentingan membangunkan “AI Nation” di bawah RMK-13, termasuk memantapkan infrastruktur, keselamatan siber dan pembangunan bakat tempatan.
Kata beliau, perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan pendekatan inklusif agar manfaat AI sampai kepada semua rakyat Malaysia.
Huawei Malaysia dipuji kerana peranannya dalam memperkasa bakat digital melalui Huawei ICT Academy dan AI Talent Development Plan, selain mempamerkan infrastruktur AI-Native Cloud yang dibangunkan bersama rakan tempatan.
Dengan langkah ini, Malaysia bersedia meletakkan diri sebagai hab AI serantau yang beretika, mampan dan berskala global.
Untuk berita semasa lain, stay up-to-date dengan ProductNation di sini, Instagram & juga TikTok.