Samsung akhirnya perkenalkan model foldable paling mampu milik mereka, iaitu Samsung Galaxy Z Flip7 FE yang khas buat korang yang selama ni mengidamkan telefon lipat, tapi tak sanggup keluar bajet RM5,000 ke atas.
Model edisi FE (Fan Edition) ni bukan sekadar versi ‘murah’, tapi datang dengan spesifikasi yang mantap dan pengalaman foldable premium pada harga yang jauh lebih berpatutan!

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Harga dan Varian Galaxy Z Flip7 FE di Malaysia
Samsung menawarkan dua varian Galaxy Z Flip7 FE di Malaysia:
Model | Harga (RM) | RAM | Storan | Warna |
---|---|---|---|---|
Galaxy Z Flip7 FE (128GB) | RM3,999 | 8GB | 128GB | Hitam, Putih |
Galaxy Z Flip7 FE (256GB) | RM4,299 | 8GB | 256GB | Hitam, Putih |
Pra-tempahan dibuka dari 9 Julai hingga 31 Julai 2025 dan jualan rasmi bermula 1 Ogos 2025.
Apa Yang Best Tentang Galaxy Z Flip7 FE?
Walaupun membawa nama "Fan Edition", Galaxy Z Flip7 FE langsung tak rasa seperti versi downgrade.
Ia mengekalkan banyak ciri utama yang ada pada model andalan, termasuk reka bentuk yang kompak, spesifikasi yang mantap dan pengalaman penggunaan yang premium.
Dengan berat hanya 187g dan ketebalan 14.9mm apabila dilipat, telefon ini sangat selesa untuk dibawa ke mana sahaja,
Paling best, muat je bila letak dalam poket seluar atau beg kecil.

Skrin AMOLED dan Kamera flagship-level
Bahagian skrin juga tidak mengecewakan.
Skrin utamanya ialah paparan 6.7 inci Dynamic AMOLED 2X dengan refresh rate 120Hz yang sangat lancar, manakala skrin luarnya bersaiz 3.4 inci Super AMOLED yang cukup besar untuk semak notifikasi, ambil gambar selfie, atau jawab mesej pantas.
Untuk korang yang suka ambil gambar, Flip7 FE dilengkapi kamera belakang 50MP wide dan 12MP ultra-wide yang boleh hasilkan tangkapan jelas dan vibrant.
Kamera hadapannya pula 10MP, dan menariknya, korang boleh gunakan skrin luar sebagai viewfinder untuk swafoto yang lebih pro.

Bateri tahan seharian dan Tahan Lasak
Dari segi ketahanan, Galaxy Z Flip7 FE hadir dengan bateri 4,000mAh yang mampu bertahan seharian dengan penggunaan biasa.
Ia menyokong pengecasan pantas 25W dan mampu capai 50% dalam masa hanya 30 minit.
Selain itu, ia turut menyokong pengecasan tanpa wayar serta ciri Wireless PowerShare.
Untuk perlindungan fizikal pula, telefon ini dilengkapi bingkai Armor Aluminium, kaca Gorilla Glass Victus 2, serta penarafan kalis air dan habuk IP48.
Secara keseluruhan, korang masih dapat pengalaman flagship pada harga yang jauh lebih mesra poket.
Exynos 2400 Cip Baharu Untuk Model FE
Flip7 FE kali ini guna Exynos 2400, cip yang juga digunakan dalam beberapa flagship Samsung 2025.
Korang masih dapat kelancaran multitasking dan gaming yang baik, disokong oleh 8GB RAM dan One UI 8 berasaskan Android 16.
Flip7 FE vs Flip6: Apa Beza?
Walaupun reka bentuk dan kamera hampir sama, Flip7 FE:
-
Guna cip Exynos, bukan Snapdragon
-
Ada IP48 (lebih tahan lasak)
-
Jalankan One UI 8 (lebih baharu)
Harga juga jauh lebih murah, menjadikan Flip7 FE pilihan menarik kalau anda baru nak berjinak-jinak dengan dunia foldable!
Foldable Samsung Paling Berbaloi Setakat Ini?
Kalau korang teringin nak rasa pengalaman guna telefon boleh lipat tanpa perlu habiskan RM5,000 ke atas, Samsung Galaxy Z Flip7 FE memang jawapan dia.
Dengan harga bermula RM3,999, reka bentuk stylish, skrin cantik dan kamera berkualiti tinggi, ini antara foldable paling berbaloi untuk rakyat Malaysia sekarang.
Nak tahu tempat beli atau promosi terkini? Pantau je ProductNation di sini, Instagram dan TikTok juga.
Kami akan update selalu!