Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
XPAD 20

Infinix XPAD 20 Kini Disahkan Tiba di Malaysia – Ini Tarikh & Spesifikasinya

Tablet AI bajet dengan skrin 90Hz dan ciri pintar.

Infinix Malaysia secara rasmi telah mengesahkan bahawa tablet terbaru mereka, Infinix XPAD 20, bakal dilancarkan di pasaran tempatan pada 8 Julai 2025.

Tablet ini dijangka menjadi pilihan menarik buat pengguna yang mencari tablet bajet dengan ciri-ciri pintar dan reka bentuk moden.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Tablet AI Mampu Milik dengan Paparan 90Hz

Infinix XPAD 20 dilengkapi dengan paparan 11-inci Full HD+ (1200 × 1920) jenis IPS LCD yang menyokong kadar segar semula 90Hz, sesuai untuk kegunaan harian mahupun hiburan.

Skrin ini juga menerima pensijilan TÜV Rheinland, menjadikannya lebih selamat untuk mata, terutamanya ketika digunakan dalam jangka masa panjang.


Dikuasakan Ciri Pintar “Infinix AI”

Antara ciri paling menarik adalah sokongan AI terbina:

  • DeepSeek-R1 Voice Assistant – pembantu suara khas dari Infinix

  • AI Screen Recognition – mengesan kandungan pada skrin untuk salin teks atau terjemahan

  • AI Live Translation – menterjemah perbualan atau kandungan secara langsung

Ciri-ciri ini menjadikan XPAD 20 bukan sekadar tablet biasa, malah sesuai untuk pelajar, pengguna profesional dan mereka yang kerap bekerja secara hybrid.


Cip Helio G88 & Bateri 7000mAh

Tablet ini dipercayai akan dijana oleh MediaTek Helio G88, bersama bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan 10W serta fungsi reverse charging yang boleh digunakan untuk mengecas peranti lain.


Kamera, Storan & Sambungan

Untuk keperluan fotografi asas, Infinix XPAD 20 dilengkapi dengan kamera belakang 8MP serta kamera hadapan 5MP yang sesuai untuk sesi video call atau tangkapan imej kasual.

Dari segi sambungan, tablet ini menyokong rangkaian 4G LTE dengan fungsi dwi-SIM, membolehkan pengguna kekal berhubung di mana-mana sahaja tanpa bergantung kepada Wi-Fi.

Selain itu, terdapat slot kad microSD yang membolehkan pengguna menambah storan sehingga 1TB, sangat berguna kalau korang suka simpan banyak dokumen, gambar atau video.


Harga & Tarikh Pelancaran di Malaysia

Berdasarkan jangkaan, harga Infinix XPAD 20 di Malaysia sekitar RM999, menjadikannya antara tablet paling berbaloi untuk segmen bajet tahun ini.

Tarikh pelancaran rasmi: 8 Julai 2025
Pilihan warna: Stellar Grey, Forest Green, Dreamy Purple, Rising Red
Sistem operasi: Android 15 dengan jaminan kemas kini keselamatan selama 2 tahun


Ringkasan Spesifikasi (Malaysia)

Ciri Butiran
Paparan 11” FHD+, 90Hz, TÜV Rheinland
Cip Pemprosesan MediaTek Helio G88
Bateri 7000mAh, 10W charging, reverse charge
Kamera Belakang 8MP, Hadapan 5MP
Sambungan 4G LTE, dual SIM, microSD hingga 1TB
Ciri Pintar (AI) Voice assistant, screen recognition, translation
Harga (anggaran) RM999
Tarikh Pelancaran 8 Julai 2025
Warna Grey, Green, Purple, Red
Sistem Operasi Android 15 + 2 tahun patch keselamatan

Patut Beli Ke?

Kalau korang tengah cari tablet yang mesra bajet, ringan dibawa dan penuh dengan ciri pintar, Infinix XPAD 20 sememangnya patut masuk dalam senarai.

Ia hadir dengan spesifikasi yang praktikal untuk kerja ringan, pembelajaran atas talian dan hiburan harian.

Paling penting, semua ciri-ciri canggih ini korang boleh dapat bawah RM1,000.

Jangan lupa 8 Julai 2025. Nantikan pengumuman rasmi dari Infinix Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai jualan dan promosi pelancaran.

Untuk info lanjut tentang Infinix XPAD 20 dan perkembangan terkini jenama Infinix, layari laman web rasmi Infinix Malaysia serta ikuti mereka di Facebook, Instagram, dan TikTok.

Nak tahu lebih banyak tentang produk menarik lain di pasaran? Jangan lupa juga follow ProductNation di laman ini, Instagram, dan TikTok untuk kekal up-to-date!

End of Article