Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
vivo Watch GT

vivo Watch GT Kini Dilancarkan dari RM499 — Jam Pintar Skrin Petak Pertama vivo!

Jam pintar pertama vivo dengan skrin petak, bateri tahan 21 hari dan harga dari RM499.

Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

vivo secara rasminya telah melancarkan vivo Watch GT, jam tangan pintar berbentuk segi empat (square) pertama mereka, serentak dengan pelancaran vivo X200 FE.

Dengan harga bermula serendah RM499, jam ini bukan sahaja bergaya, tetapi juga praktikal untuk kegunaan harian.

Paling penting, jam pintar vivo ni lulus SIRIM!


Reka Bentuk Moden & Premium

vivo Watch GT tampil dengan rekaan skrin 2.5D melengkung, berat hanya 33g, serta kemasan mahkota digital berasaskan keluli tahan karat yang tampak eksklusif.

Untuk kawalan, pengguna hanya perlu putar untuk tukar antara paparan, atau tekan untuk kembali ke skrin utama, jadi nak guna memang mudah dan sangat responsif.

Tak cukup dengan itu, korang juga boleh tukar rupa jam ikut mood atau style pakaian korang dengan pelbagai pilihan watch face menarik yang boleh disesuaikan.


Sokong 6 Mod Sukan Profesional

Dari sudut fungsi kecergasan, vivo Watch GT menyokong enam mod sukan profesional seperti badminton, tenis dan pickleball.

Setiap aktiviti disertakan dengan data penjejakan terperinci termasuk kiraan hayunan dan pecahan strok, sesuai untuk mereka yang serius dalam meningkatkan prestasi sukan masing-masing.


Bateri Tahan Sehingga 21 Hari

Tak perlu risau untuk cas setiap hari sebab vivo Watch GT mampu bertahan sehingga 21 hari dengan satu pengecasan penuh, menjadikannya antara jam pintar paling tahan lama dalam kelasnya.


Harga & Ketersediaan di Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, vivo Watch GT ditawarkan dalam dua warna menarik iaitu Cloud White yang berharga RM499, dan Summer Black pada harga RM549.

Korang dah boleh buat pra-tempahan hari ini menerusi kedai konsep vivo, kedai rasmi, serta platform dalam talian rasmi seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop vivo Malaysia.

Nak tahu lebih banyak berita teknologi terkini? Ikuti ProductNation di sini, serta di Instagram dan TikTok untuk info yang paling fresh dan berguna!

End of Article