POCO baru-baru ini melancarkan model terbaru mereka, POCO F7, yang menawarkan prestasi flagship dengan harga yang mampu milik.
Dikuasakan pemproses terbaru Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4 Mobile Platform, telefon pintar ini menawarkan prestasi lancar untuk pelbagai tugasan harian dan aplikasi berprestasi tinggi seperti permainan video.

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Ciri-Ciri Utama POCO F7
Paparan POCO F7 dilengkapi dengan skrin 6.83 inci ultra-cerah dengan resolusi 1.5K, menyokong kecerahan puncak sebanyak 3200 nits. Ini memastikan paparan jelas walaupun di bawah sinaran matahari yang terik.

Telefon ini mempunyai bateri berkapasiti 6500mAh, yang terbesar dalam siri POCO F, serta menyokong teknologi pengecasan 90W HyperCharge. Korang boleh mengecas sehingga 80% dalam masa sekitar 30 minit.
POCO F7 turut dilengkapi dengan "IceLoop System" yang direka untuk mencegah pemanasan berlebihan ketika digunakan secara intensif, terutamanya semasa bermain game atau menggunakan aplikasi berat.

Telefon ini menjalankan Xiaomi HyperOS 2 yang dioptimumkan untuk kelancaran dan gaming, dengan WildBoost Optimisation 4.0 dan Smart Frame Rate untuk pengalaman gaming yang lancar.
Selain itu, dilengkapi dengan kamera utama 50MP Sony IMX882 yang menyokong Penstabilan Gambar Optikal (OIS), menawarkan pelbagai focal length dan ciri fotografi berasaskan AI untuk mengambil gambar yang tajam dan jelas dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

POCO F7 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Hitam, Cyber Silver dan Putih dengan bingkai aluminium yang kukuh dan belakang kaca.
Edisi Cyber Silver menampilkan reka bentuk gaya mekanikal dengan logo Snapdragon yang menonjol.
Potongan Harga Sehingga RM300
Harga rasmi POCO F7 di Malaysia bermula dari RM1,799 untuk varian 12GB RAM + 256GB storan.

Namun, bagi pembelian awal sebelum 9 Julai 2025, pengguna boleh menikmati harga promosi istimewa:
-
12GB RAM + 256GB Storan: RM 1,599 (Harga biasa: RM 1,799)
-
12GB RAM + 512GB Storan: RM 1,999 (Harga biasa: RM 1,699)
Harga promosi ini hanya tersedia melalui kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada, serta laman web rasmi Xiaomi Malaysia.
Setelah tamat tempoh tawaran, harga akan kembali kepada harga asal.
Dengan harga yang kompetitif ini, POCO F7 menawarkan prestasi flagship pada harga yang lebih mampu milik, menjadikannya pilihan menarik bagi pengguna di Malaysia.
Kesimpulan
POCO F7 adalah pilihan yang menarik bagi mereka yang mencari telefon pintar dengan prestasi flagship tanpa perlu membayar harga yang tinggi.
Dengan paparan yang terang, prestasi yang mantap, sistem penyejukan yang efisien, serta kamera berprestasi tinggi, POCO F7 berpotensi untuk menjadi pilihan utama bagi pengguna yang memerlukan peranti berkuasa.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran pra-pesanan ini sebelum tamat pada 9 Julai ini.
Anda boleh melawat Kedai Rasmi POCO di Shopee atau laman web Xiaomi untuk maklumat lanjut.
Stay up-to-date dengan ProductNation di sini, Instagram & TikTok juga.