Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
4K vs 8K 5

Video 4K vs 8K, Mana Format Rakaman Terbaik untuk Smartphone?

Bandingkan rakaman 4K dan 8K pada telefon pintar dari segi kualiti visual, saiz fail dan keperluan hardware.

Sekarang semua smartphone wajib ada kamera dan banyak je smartphone dengan kamera canggih serta kualiti seperti DSLR.

Tapi kamera bukan lagi sekadar untuk ambil gambar cantik, ramai pengguna kini menjadikan telefon mereka sebagai alat utama untuk rakaman video.

Salah satu persoalan utama yang sering timbul adalah, patut ke korang rakam video dalam 4K atau terus lompat ke 8K?

Kedua-dua format ini menawarkan kualiti tinggi, tetapi adakah 8K benar-benar lebih baik dalam semua keadaan?

Jom fahami perbezaannya untuk bantu korang buat keputusan yang paling bijak.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Apa Maksud Video 4K dan 8K?

Video 4K mempunyai resolusi 3840x2160 piksel, manakala 8K melonjakkan jumlah piksel kepada 7680x4320, empat kali ganda lebih banyak.

Secara teori, ini bermakna 8K dapat hasilkan video yang jauh lebih tajam dan penuh butiran.

Tapi, lebih tinggi resolusi bukan bermakna lebih baik untuk semua orang.


Kenapa 8K Kedengaran Hebat?

Rakaman 8K memang menarik kerana ia benarkan anda crop atau zoom masuk ke dalam rakaman tanpa kehilangan kualiti.

Ia juga menyokong bit-rate tinggi, yang bantu hasilkan video dengan warna lebih hidup dan dynamic range yang luas.

Malah, untuk masa depan seperti penyuntingan realiti maya (VR) dan penstriman ultra-HD, 8K ialah satu kelebihan.

Tapi hakikatnya, tak semua peranti atau platform sokong playback 8K dengan baik, ini termasuk kebanyakan skrin TV dan komputer sekarang.

Praktikal ke Rakaman 4K?

Sebaliknya, 4K ialah format "boleh pakai terus" di mana failnya lebih ringan, senang disimpan dan disokong meluas oleh platform seperti YouTube, Instagram, Netflix dan TikTok.

Ia juga tidak membebankan pemproses atau memori telefon korang, jadi lebih stabil semasa rakaman panjang.

Kalau korang jenis suka rakam, edit cepat di telefon dan terus muat naik, 4K adalah pilihan terbaik dan paling praktikal untuk korang.


Apa Kesan Rakaman Resolusi Tinggi kepada Telefon Anda?

Rakaman 8K bukan kerja ringan.

Ia perlukan sensor kamera besar, pemproses imej yang kuat dan sistem penyejukan yang baik.

Jika tidak, telefon korang mudah jadi panas dan mula jadi slow atau lag disebabkan throttling.

Selain itu, telefon korang juga perlukan storan pantas seperti UFS 3.1 atau UFS 4.0 untuk menulis fail besar tanpa tersekat-sekat.


Bagaimana Kualiti Rakaman Berbeza?

Kalau korang rakam subjek statik seperti bangunan atau lanskap, 8K memang beri kelebihan dari segi butiran.

Tapi untuk rakaman bergerak, 4K masih lebih stabil kerana sokongan EIS (Electronic Image Stabilization) dan OIS (Optical Image Stabilization) yang lebih baik dalam mod ini.

Untuk rakaman langsung atau live streaming, 4K juga lebih sesuai kerana pemprosesannya kurang berat, jadi video lebih lancar.


Saiz Fail dan Pengurusan Storan

Satu minit rakaman 4K pada 60fps boleh hasilkan fail sekitar 500MB.

Untuk 8K pada 30fps pula, saiz fail boleh cecah 1GB atau lebih.

Kalau korang tak ada storan besar atau kad memori tambahan, rakam dalam 8K boleh jadi mimpi ngeri.

Codec seperti HEVC (H.265) boleh bantu jimat ruang, tapi tak semua peranti atau perisian menyokongnya secara smooth.

Jadi periksa dahulu sebelum guna.

Siapa Patut Guna 8K?

  • Pencipta kandungan profesional yang edit untuk tayangan besar atau YouTube 8K.

  • Mereka yang perlukan fleksibiliti cropping atau zoom dalam penyuntingan.

  • Pemilik peranti flagship dengan storan besar dan sistem penyejukan mantap.

Siapa Sesuai Guna 4K?

  • Vlogger dan YouTuber biasa yang mahukan kualiti tinggi tanpa pening kepala.

  • Pengguna harian yang rakam detik penting dan kongsi di media sosial.

  • Sesiapa sahaja yang tak mahu storan cepat penuh atau telefon terlalu panas.


Kesimpulan

Kalau korang nak keseimbangan terbaik antara kualiti, storan dan kemudahan edit, 4K adalah pilihan terbaik untuk kebanyakan pengguna.

Tapi kalau korang seorang yang serius dalam penghasilan video profesional dan ada keperluan khas, barulah berbaloi guna 8K.

End of Article