Dalam dunia peranti boleh pakai, terutama jam tangan pintar atau gps smartwatch, sistem penjejakan lokasi memainkan peranan penting.
Tidak kira korang merupakan seorang pelari tegar, penunggang basikal, atau sekadar mahu merekod laluan harian, kefahaman tentang teknologi GPS yang digunakan amat penting.
Kali ini kitaorang akan membandingkan dua jenis utama, iaitu GPS terbina (built-in GPS) dan Connected GPS.
Jom kita lihat perbandingan antara dua jenis GPS ini!

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Apa Itu Teknologi GPS?
Built-in GPS merujuk kepada modul GPS yang disepadukan dalam jam tangan itu sendiri.
Sebaliknya, Connected GPS menggunakan isyarat GPS daripada telefon pintar melalui sambungan Bluetooth.
Pentingnya ketepatan lokasi bukan sahaja untuk merekod aktiviti sukan dengan tepat, tetapi juga untuk tujuan navigasi, keselamatan dan menjejaki atau mengetahui lokasi semasa.

Cara GPS Binaan Berfungsi
Jam yang dilengkapi dengan GPS terbina mempunyai cip penerima satelit yang dapat mengesan lokasi secara terus tanpa memerlukan telefon pintar.
Ia lebih cekap mendapatkan isyarat ("first fix") dan menawarkan ketepatan yang lebih tinggi.
Kelebihan:
-
Lebih tepat dalam rekod jarak dan laluan
-
Boleh digunakan tanpa telefon
-
Sesuai untuk lokasi terpencil
Kekurangan:
-
Menggunakan lebih banyak bateri
-
Kos peranti lebih mahal

Cara Connected GPS Berfungsi
Connected GPS pula tidak mempunyai cip GPS dalam jam itu sendiri.
Sebaliknya, ia sambung atau connected ke telefon pintar korang dan bergantung pada GPS telefon untuk merekod data lokasi.
Kelebihan:
-
Jimat bateri jam
-
Peranti lebih ringan dan murah
Kekurangan:
-
Tidak boleh digunakan tanpa telefon
-
Bergantung pada sambungan Bluetooth yang stabil
Perbandingan Ketepatan Lokasi
Dalam ujian larian dan kayuhan, GPS terbina biasanya memberikan rekod yang lebih tepat.
Connected GPS pula mungkin memberikan lokasi yang kurang tepat, terutamanya dalam kawasan yang mempunyai gangguan isyarat seperti bangunan tinggi, hutan, atau terowong.
GPS terbina juga lebih pantas mendapat "first fix", manakala Connected GPS bergantung kepada telefon dan mungkin mengambil masa lebih lama.

Perbandingan Hayat Bateri
Built-in GPS boleh menggunakan sehingga 5-10% bateri sejam bergantung pada model.
Connected GPS pula lebih menjimatkan bateri jam kerana hanya Bluetooth digunakan, tetapi ini meningkatkan penggunaan bateri telefon.
Faktor lain seperti paparan peta, notifikasi latar dan sambungan data juga memberi kesan terhadap hayat bateri.

Senario Penggunaan dan Kegunaan Harian
GPS Terbina:
-
Sesuai untuk korang bersukan di luar dan tidak mahu membawa telefon
-
Boleh guna semasa lakukan aktiviti lasak di kawasan terpencil
-
Sesuai untuk yang utamakan ketepatan maksimum
Connected GPS:
-
Kalau korang buat aktiviti ringan di luar dengan membawa telefon
-
Untuk korang yang nak jimat bateri jam

Kekangan dan Cabaran Setiap Teknologi
GPS Terbina:
-
Boleh terjejas dalam bangunan atau kawasan tertutup
-
Menambah kos pengeluaran peranti
Connected GPS:
-
Tidak berguna jika sambungan telefon terputus
-
Kualiti antena telefon mempengaruhi prestasi
Kesimpulan dan Cadangan Pemilihan GPS
Pilih GPS terbina jika korang merupakan seorang atlet, aktif bersukan, suka tarvel, atau korang merupakan individu yang serius tentang data kecergasan.
Tapi korang boleh pilih Connected GPS kalau korang merupakan pengguna kasual, mementingkan bajet dan gemar membawa telefon ketika bersenam.
Peranti dengan GPS terbina seperti gps smartwatch dalam kategori premium biasanya memberikan pengalaman terbaik untuk penggunaan aktif.
Natijahnya, kedua-dua jenis GPS ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Jika anda memerlukan ketepatan tinggi dan bebas dari telefon, GPS terbina ialah pilihan terbaik.
Namun jika anda mahu menjimatkan kos dan bateri, Connected GPS sudah mencukupi.
Apa-apa pun, pilihan bergantung kepada gaya hidup, tahap aktiviti dan bajet anda.
Kalau anda sedang mencari smartwatch terbaik yang lengkap dengan GPS terbina atau Connected, boleh terus baca sini: 8 Jam Pintar Smartwatch Terbaik di Malaysia 2025