Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
beza ekosistem smartwatch feature

watchOS vs Wear OS vs Tizen, Mana Ekosistem Terbaik?

Bandingkan tiga ekosistem jam pintar terkemuka ini dari segi keserasian, aplikasi dan pengalaman pengguna.

Dalam dunia jam tangan pintar yang semakin berkembang, pilihan sistem operasi atau "ekosistem" boleh memberi kesan besar terhadap pengalaman penggunaan.

watchOS dari Apple, Wear OS dari Google dan Tizen (sebelum ini dibangunkan oleh Samsung) adalah antara tiga platform paling dominan dalam pasaran jam tangan pintar.

Tapi, yang mana satu paling sesuai untuk korang? Mari kita lihat perbandingan menyeluruh antara ketiga-tiga ekosistem ini.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Pengenalan Ekosistem Smartwatch

watchOS ialah sistem operasi khusus yang dibangunkan Apple untuk siri Apple Watch.

Wear OS pula, merupakan platform dari Google yang digunakan oleh pelbagai pengeluar seperti Fossil, TicWatch, dan Pixel Watch.

Sementara Tizen, walaupun semakin kurang digunakan, pernah menjadi OS utama untuk jam tangan Samsung seperti Galaxy Watch 3.

Memilih ekosistem yang sesuai penting kerana ia menentukan ciri-ciri yang boleh diakses, sokongan aplikasi, keserasian dengan telefon pintar, serta tahap kemas kini perisian.

Jom kita lihat beza setiap ekosistem jam tangan pintar ini.


watchOS (Apple)

watchOS menawarkan integrasi yang sangat lancar dengan iPhone dan peranti Apple lain.

Kalau korang pakai Apple Watch, korang boleh menerima notifikasi, menjawab mesej, membuat panggilan, mengawal muzik dan juga menggunakan ciri-ciri seperti Siri, Apple Pay dan Apple Health dengan lancar.

Antara mukanya juga responsif, intuitif dan direka khusus untuk skrin kecil.

Selain itu, watchOS turut menerima kemas kini tahunan yang membawa fungsi baru dan keselamatan terkini.

Namun, kekangan utama kalau korang gunakan Apple Watch adalah keserasiannya hanya dengan iPhone sahaja dan harga Apple Watch kebiasaannya dalam kategori premium.


Wear OS (Google)

Wear OS direka untuk disesuaikan dengan telefon Android dan dalam beberapa model iPhone juga (tetapi dengan fungsi yang terhad).

Ekosistem ini menawarkan akses kepada Google Assistant, Play Store, Google Fit, serta pelbagai aplikasi pihak ketiga.

Walaupun fungsinya banyak, prestasi Wear OS tidak begitu konsisten kerana bergantung pada pengeluar dan spesifikasi jam.

Isu utama termasuk bateri cepat habis, dan pengalaman pengguna yang tidak sama antara satu jenama dengan jenama lain.


Tizen (Samsung)

Tizen dikenali dengan prestasi yang lancar dan hayat bateri yang lebih baik berbanding Wear OS.

Ia digunakan dalam Galaxy Watch sebelum Samsung beralih sepenuhnya ke Wear OS.

Kelemahan utama Tizen ialah koleksi aplikasi yang terhad.

Namun, ia menawarkan pengalaman yang sangat baik untuk pengguna Galaxy kerana integrasinya dengan Samsung Health, SmartThings, dan Samsung Pay.

Tapi itu semua mungkin cerita dahulu kerana kini Tizen OS tidak lagi digunakan pada Galaxy Watch yang baru.

Galaxy Watch 3 merupakan yang terakhir menggunakan Tizen OS dan Galaxy Watch 4 ke atas mula menggunakan Wear OS dari Google.


Perbandingan Ciri Utama

  • Antara muka pengguna: watchOS dan Tizen menggunakan kawalan putar dan sentuhan yang intuitif. Wear OS juga menyokong kawalan swipe dan butang fizikal.

  • Aplikasi pihak ketiga: watchOS memiliki sokongan paling kuat di App Store. Wear OS menawarkan pelbagai pilihan melalui Google Play, manakala Tizen agak terhad.

  • Pembantu suara: Siri (watchOS), Google Assistant (Wear OS) dan Bixby (Tizen). Dari segi fungsi, Google Assistant dianggap paling pintar.

  • Pembayaran mudah alih: Apple Pay (watchOS) paling meluas digunakan, diikuti oleh Google Pay (Wear OS) dan Samsung Pay (Tizen).

Ketahanan Bateri dan Prestasi

  • watchOS boleh bertahan 1 hingga 1.5 hari dengan penggunaan biasa.

  • Wear OS boleh bertahan 1 hari atau kurang, bergantung pada model.

  • Tizen boleh bertahan 2 hingga 3 hari hayat bateri, menjadikannya antara yang paling tahan lama.

Jam tangan dengan LTE, GPS dan paparan sentiasa aktif (Always-On Display) boleh menurunkan hayat bateri pada ketiga-tiga platform.

Keserasian Peranti dan Ekosistem

  • watchOS hanya berfungsi dengan iPhone. Kelebihannya ialah synchronization yang mantap dengan AirPods, MacBook dan ekosistem Apple.

  • Wear OS berfungsi dengan Android dan sebahagiannya dengan iPhone. Sesuai untuk pengguna Google-centric.

  • Tizen pula terbaik untuk pengguna Samsung Galaxy, dengan sokongan peranti pintar Samsung dan ciri eksklusif seperti mengawal TV Samsung. Tapi hanya untuk Galaxy Watch yang lama. Galaxy Watch 4 dan ke atas tidak lagi menggunakan Tizen OS.


Kesimpulan dan Cadangan Pengguna

Setiap ekosistem smartwatch ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri:

  • watchOS sesuai untuk pengguna iPhone yang mahukan pengalaman premium dan kemas kini berterusan.

  • Wear OS lebih fleksibel untuk pengguna Android yang mahukan pelbagai pilihan jenama dan fungsi Google.

  • Tizen pula sesuai untuk pemilik Samsung yang utamakan bateri tahan lama dan prestasi lancar, walaupun ekosistem aplikasinya lebih kecil dan ia hanya untuk model Galaxy Watch yang lama.

Akhir sekali, tidak kira antara watchOS vs Wear OS vs Tizen, pilihan terbaik bergantung pada telefon yang anda guna, bajet, serta gaya hidup harian.

Untuk keserasian maksimum dan pengalaman paling stabil, pilihlah ekosistem yang serasi dengan ekosistem telefon anda sendiri.

End of Article