Dalam era digital masa kini, tablet semakin menjadi pilihan ramai sebagai peranti harian.
Sama ada untuk kerja, belajar, atau hiburan, tablet menawarkan kebebasan mobiliti dan kemudahan penggunaan.
Namun begitu, pengguna sebenarnya mempunyai dua pilihan tablet, iaitu antara tablet 2-in-1 laptop atau tablet tradisional.
Jadi, yang mana satu lebih versatil dan sesuai untuk gaya hidup anda di Malaysia?

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Tablet 2-in-1 dan Tablet Tradisional
Tablet tradisional atau tablet yang biasa kebanyakkannya merupakan peranti yang fokus pada penggunaan secara sentuhan (touch), bersaiz ringan dan mudah alih.
Ia direka khas untuk hiburan, pembelajaran ringan, atau kalau anda nak membaca secara digital melalui eBook.

Sebaliknya, tablet 2-in-1 atau laptop 2 in 1 ini menggabungkan ciri tablet dan komputer riba (laptop), di mana ia boleh digunakan sebagai tablet, atau disambungkan dengan papan kekunci untuk digunakan seperti laptop.
Dalam banyak kes, tablet 2-in-1 dilihat sebagai alternatif fleksibel kepada komputer riba konvensional kerana menawarkan lebih banyak fungsi produktiviti sambil mengekalkan reka bentuk yang portable.
Perbezaan Ciri-ciri Utama
Skrin Sentuh & Aksesori
Kedua-dua jenis tablet menyokong skrin sentuh, tetapi tablet 2-in-1 sering dilengkapi dengan stylus dan papan kekunci fizikal.
Ini menjadikannya lebih sesuai untuk tugasan menaip panjang atau lakaran digital berketepatan tinggi.
Sesetengah model seperti Microsoft Surface dan Lenovo Yoga juga menyokong penyesuaian sudut paparan, secara tak langsung memberikan fleksibiliti yang lebih tinggi.

Sistem Operasi & Prestasi
Tablet yang biasa selalunya menggunakan sistem operasi mudah alih seperti Android atau iPadOS.
Ia dioptimumkan untuk aplikasi ringan dan bateri tahan lama.
Berbeza dengan tablet 2-in-1 laptop yang kebanyakannya menjalankan Windows 11, dan ada juga versi yang menyokong Chrome OS atau Android.
Ini memberi kelebihan kepada peranti untuk menjalankan aplikasi desktop penuh seperti Microsoft Office, Adobe Creative Suite dan sebagainya.
Dari segi prestasi, tablet 2-in-1 lazimnya dilengkapi pemproses lebih kuat dan RAM yang lebih besar, menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk multitasking.
Mobiliti dan Penggunaan Harian
Tablet tradisional sememangnya ringan dan mudah disimpan, sesuai untuk anda yang sentiasa perlu bekerja di luar, contohnya seperti agen insuran yang memang memerlukan tablet kerana sering berjumpa klien di luar kawasan.
Tablet 2-in-1 pula sedikit lebih berat kerana dilengkapi keyboard dan spesifikasi yang lebih tinggi, tetapi masih lebih ringan berbanding laptop biasa.
Kelebihan dan Kekurangan Tablet 2-in-1
Kelebihan:
-
Boleh digunakan sebagai laptop dan tablet.
-
Menyokong papan kekunci fizikal untuk menaip.
-
Menjalankan aplikasi desktop penuh.
-
Lebih sesuai untuk kerja profesional dan pelajar universiti.
Kekurangan:
-
Lebih berat dan mahal daripada tablet tradisional.
-
Bateri mungkin kurang tahan jika digunakan dalam mod laptop.

Kelebihan dan Kekurangan Tablet Tradisional
Kelebihan:
-
Lebih ringan dan senang dibawa ke mana-mana.
-
Antaramuka mesra pengguna dengan aplikasi mudah alih.
-
Hayat bateri lebih panjang dalam penggunaan harian biasa.
Kekurangan:
-
Tidak sesuai untuk kerja berat atau aplikasi desktop.
-
Ketiadaan keyboard fizikal menyukarkan kerja dokumen panjang.
Perbandingan Versatiliti
Kegunaan Produktiviti (Kerja dan Belajar)
Jika anda seorang pelajar universiti, freelancer, atau profesional yang perlukan akses kepada Microsoft Word, Excel, atau software grafik, tablet 2-in-1 jelas lebih sesuai.
Ia hampir setara dengan laptop dari segi prestasi, malah boleh menggantikan sepenuhnya fungsi komputer riba.
Tablet tradisional pula cukup untuk pelajar sekolah rendah atau menengah yang hanya memerlukan Google Classroom, Zoom, dan aplikasi nota ringkas.

Hiburan dan Multimedia
Untuk menonton Netflix, YouTube, membaca eBook atau bermain game kasual, tablet tradisional lebih mesra pengguna kerana ia ringan dan mudah dikendalikan di atas katil atau sofa.
Namun, tablet 2-in-1 tetap memberi kelebihan dari segi skrin lebih besar dan speaker yang lebih baik dalam sesetengah model.
Mobiliti dan Kemudahan Dibawa
Tablet tradisional memiliki kelebihan dari aspek ini kerana saiz kompak dan berat yang ringan.
Tetapi, sekiranya anda memerlukan satu peranti yang fleksibel untuk kerja dan hiburan tanpa perlu bawa laptop berasingan, tablet 2 in 1 laptop adalah pilihan lebih bijak.
Tablet 2-in-1 atau Tablet Tradisional Sesuai untuk Siapa?
Jenis Pengguna | Disyorkan Tablet |
---|---|
Pelajar universiti | Tablet 2-in-1 |
Pengguna santai | Tablet tradisional |
Profesional kerja jarak jauh | Tablet 2-in-1 |
Kanak-kanak atau warga emas | Tablet tradisional |
Pencipta kandungan ringan | Tablet 2-in-1 |
Kesimpulan: Mana Lebih Sesuai Untuk Anda?
Kesimpulannya, pilihan terbaik bergantung kepada keperluan dan gaya hidup anda.
Jika anda perlukan peranti serba guna untuk kerja dan hiburan, tablet 2-in-1 laptop adalah pilihan paling versatil di pasaran Malaysia sekarang.
Namun, jika anda mahukan peranti mudah alih untuk hiburan dan pembelajaran ringan, tablet tradisional tetap relevan kerana ia lebih ringan, lebih murah dan lebih mudah digunakan.
Jika anda sedang mencari tablet murah dan terbaik, boleh terus baca sini: 10 Tablet Murah dan Berkualiti di Malaysia 2025