Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
ipad vs ipad

iPad Air vs iPad Pro, Mana Pilihan Tablet Terbaik untuk Content Creator di Malaysia?

Pilih iPad terbaik untuk content creator dari ilustrasi hingga editing video.

Content creator memerlukan peranti yang bukan sahaja ringan dan mudah dibawa, tetapi juga cukup bertenaga untuk mengendalikan aplikasi editing video, lukisan digital, dan produksi audio.

Dua pilihan popular dalam ekosistem Apple adalah iPad Air dan iPad Pro.

Artikel ini membedah ciri utama, prestasi dan nilai pelaburan kedua-dua model ini agar anda dapat memilih tablet yang paling sesuai.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Spesifikasi Teras

Kedua-dua model kini menggunakan cip Apple berasaskan ARM, tetapi dengan perbezaan prestasi:

  • iPad Air (M1): 8‑core CPU, 8‑core GPU, 8GB RAM.

  • iPad Pro (M2/M4): 8‑core CPU, 10‑core GPU (M2) atau lebih tinggi (M4), sehingga 16GB RAM.

Perbezaan ini menjadikan iPad Pro lebih pantas dalam rendering video dan multitasking, manakala iPad Air sudah memadai untuk kebanyakan tugas kreatif ringan.

Jadi perbezaan paling ketara adalah dari segi kelajuan kedua-dua tablet ini mengendalikan tugas.


Paparan & Kualiti Skrin

Paparan memainkan peranan penting dalam pewarnaan dan ketepatan grafik.

  • iPad Air dilengkapi Liquid Retina 10.9" (IPS) 60Hz, kecerahan 500 nits.

  • iPad Pro pula dilengkapi Liquid Retina XDR 12.9" OLED mini-LED (Pro) atau Liquid Retina 11" 120Hz, kecerahan hingga 1000 nits dan ProMotion.

Jika anda memerlukan kecerahan tinggi dan kadar segar semula adaptif untuk animasi yang lancar, iPad Pro mampu berikan pengalaman yang lebih baik.


Stylus dan Input

Apple Pencil boleh dikatakan sebagai aksesori wajib untuk iPad.

Bagi generasi Ke-2 (Air dan Pro), latency kedua-duanya agak rendah, namun mempunyai sokongan gesture tap.

Bagaimapun, iPad Pro menyokong ciri hover (M4) dan kepekaan tekanan yang lebih halus, sesuai untuk lukisan digital profesional.


Prestasi Aplikasi Kreatif

Bagi kedua-dua boleh ini, terdapat sedikit perbezaan dari segi prestasi semasa menggunakan aplikasi kreatif.

  • Video Editing (LumaFusion): iPad Pro menyelesaikan rendering 4K 10-bit lebih cepat sekitar 20–30% berbanding Air.

  • Ilustrasi (Procreate): iPad Pro boleh mengendalikan kanvas bersaiz lebih besar dengan berbilang layer tanpa lag.

Jika kerja anda melibatkan projek berat atau bekerja pada fail bersaiz besar, menggunakan iPad Pro lebih efisien dan anda tidak perlu risau masalah lag.


Bateri dan Mobiliti

Kedua-dua model menawarkan ketahanan bateri sehingga 10 jam penggunaan. Beza utama adalah:

  • Berat dan Ketebalan: iPad Air lebih ringan (462g vs 682g Pro 12.9").

  • Portabiliti: iPad Air lebih mudah dibawa ke mana sahaja, manakala Pro lebih sesuai untuk kerja di pejabat atau rumah.

Jika anda utamakan mobiliti, iPad Air dilihat lebih sesuai untuk anda dan baterinya juga boleh dikatakan tahan seharian penggunaan.


Harga dan Nilai Pelaburan

  • iPad Air: Bermula RM2,799 (64GB) tanpa aksesori.

  • iPad Pro: Bermula RM4,799 (128GB) untuk 11 inci, sehingga RM6,899 untuk 13 inci 512GB.

Pertimbangkan juga harga Apple Pencil dan Magic Keyboard yang akan menambah kos anda RM800 ke RM1,200.

Harga ini adalah harga semasa artikel ini ditulis, iaitu Mei 2025. Jadi, berkemungkinan harga akan berbeza pada masa akan datang.


Kesimpulan dan Cadangan

  • iPad Air lebih Ideal bagi content creator pemula atau freelancing secara sambilan kerana ia gabungan prestasi dengan harga berbaloi.

  • iPad Pro pula sesuai untuk golongan profesional yang menghasilkan video, grafik dan audio yang memerlukan prestasi maksimum serta skrin terbaik.

Berdasarkan bajet dan keperluan projek, pilih tablet yang mengoptimumkan aliran kerja anda tanpa kompromi.

Jika anda sedang mencari iPad terbaik yang sesuai dengan kerja dan juga bajet anda, boleh baca di sini: 6 iPad Terbaik Malaysia 2025

End of Article