Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
featured coway

Coway Tampil Tilam Pintar Pertama di Malaysia Sempena Ulang Tahun 19 Tahun

Coway pamer tilam pintar & produk inovatif sempena ulang tahun ke-19 di Malaysia.

Coway sambut ulang tahun ke-19 di Malaysia bukan dengan kek atau diskaun kilat, tapi dengan sesuatu yang jauh lebih menarik, iaitu Coway Innovation Fest (CIF) dan produk terbaru mereka yang mungkin akan ubah cara kita tidur: BEREX Smart Mattress.

Berlangsung dari 21 hingga 25 Mei di IOI City Mall Putrajaya, CIF bukan sekadar pameran produk, tetapi merupakan pengalaman rumah pintar masa depan yang boleh anda sentuh, duduk, dan alami sendiri.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

BEREX Smart Mattress: Tilam Yang ‘Faham’ Gaya Tidur Anda

Susah tidur sebab tak selesa?

BEREX Smart Mattress dilengkapi sensor pintar yang boleh baca pergerakan badan anda dan laraskan zon keselesaan secara automatik.

Tak kisah anda suka tidur meniarap, menyiring atau telentang, tilam ni akan bantu jaga penjajaran tulang belakang dan beri anda tidur yang lebih lena.

Tilam ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi hujung tahun ini, dan jujurnya tilam ni nampak macam next-level dalam dunia “wellness tech”.


Coway Turut Beri Pengalaman Cuba Produk Pintar Lain

Selain tilam pintar, Coway turut perkenalkan:

  • Mesin Basuh & Pengering 2-dalam-1: Cuci 10kg, kering 6kg dalam satu mesin dengan motor inverter senyap dan jimat tenaga.

  • Penyaman Udara P-Series: Sejukkan bilik sambil bersihkan udara dengan sistem penapisan 6 lapisan. Bonus: self-cleaning & inverter 5 bintang.

  • Penulen Air Villaem III: Dengan 48 tetapan suhu dan isipadu air, tangki 2.7L, dan sistem pensterilan UV automatik setiap 12 jam, sesuai untuk keluarga moden.


19 Tahun & Masih Terus Inovatif

Ketua Pemasaran Coway Malaysia, Ryan Jung, menyatakan bahawa Coway kini bukan hanya fokus pada produk, tetapi pada pengalaman.

“Setiap produk kami direka untuk menjadikan gaya hidup lebih sihat, selesa dan relevan dengan kehidupan harian,” jelas beliau.


Bagi yang nak rasai sendiri teknologi rumah masa depan — CIF masih berlangsung hingga 25 Mei. Kalau anda jenis yang minat rumah cantik, udara bersih dan tidur yang berkualiti, mungkin dah sampai masa upgrade gaya hidup anda, the Coway way.

End of Article